Pasukan pendakwa raya diketuai sendiri oleh Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail hanya kerana
seorang Polis cedera ringan.

Bagi kes pembunuhan Altantuya Monggolia, perkara
sebenar ditutup rapat kerana pembunuhan melibatkan
Datuk Sri Najib Razak,  Timbalan Ketua Penyamun UMNO
Baru.

UMNO Baru dan RASUAH sudah tidak dapat dipisahkan
lagi, ibarat TAHI dan KENTUT !



Kesalahan didakwa dilakukan pada perhimpunan haram di
Batu Caves 

SHAH ALAM: Seramai 26 lelaki didakwa di Mahkamah
Sesyen di sini semalam atas tuduhan cubaan membunuh
seorang pegawai polis dalam satu perhimpunan haram di
Batu Caves, Gombak, akhir bulan lalu. 

Semua lelaki berumur antara 18 hingga 45 tahun itu,
dituduh melakukan kesalahan berkenaan ketika menyertai
perhimpunan haram di antara jam 1 pagi hingga 8 pagi,
25 November lalu. 

Mereka menghadapi tuduhan bersama menunjukkan
kekerasan jenayah bagi menakutkan seorang pegawai
polis, Dadi Abdul Rani. 

Mengikut tuduhan itu, seorang atau lebih daripada
mereka didakwa melakukan perbuatan dengan pengetahuan
bahawa ia boleh menyebabkan kematian. Mereka didakwa
mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang boleh
dipenjara sehingga 20 tahun jika sabit kesalahan. 

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua menyebabkan
kerosakan dua kereta serta dua pintu kuil di tempat
dan masa sama. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa
mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan yang boleh
dihukum lima tahun penjara dan denda mengikut Seksyen
440 kanun sama. Semua tertuduh mengaku tidak bersalah
terhadap kedua-dua tuduhan itu. 

Sementara itu, 10 daripada 26 lelaki itu juga
menghadapi tuduhan ketiga menyertai perhimpunan haram
di tempat dan masa sama mengikut Seksyen 27 (5) Akta
Polis 1967 serta tuduhan pilihan menakutkan pegawai
polis mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan. Semua 10
tertuduh juga mengaku tidak salah. 

Pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azimah Omar
dengan pasukan pendakwa raya diketuai sendiri Peguam
Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail, manakala 26
tertuduh diwakili 17 peguam yang diketuai M Manoharan.


Ketika prosiding bermula, 11 lelaki didakwa mengikut
Akta Polis tetapi Manoharan mengatakan seorang
tertuduh, G Suman, 20, sudah didakwa dengan kesalahan
sama di Mahkamah Sesyen Selayang, minggu lalu. 

Abdul Ghani cuba mempertahankan dakwaan ke atas lelaki
itu dengan mengemukakan nama yang berbeza, tetapi
peguam bela dapat membuktikan yang nombor kad
pengenalan tertuduh menunjukkan orang sama. 

Beliau mengaku kesilapan dan bersetuju dakwaan ke atas
lelaki itu digugurkan. Ketika prosiding, tiga peguam
menarik diri daripada mewakili tertuduh atas alasan
yang tidak disebut di mahkamah. 

Terdahulu, Manoharan mempersoalkan kenapa penjamin dan
ahli keluarga tertuduh tidak dibenarkan memasuki kamar
mahkamah, tetapi Azimah memberitahu ia bukan isu
kerana mahkamah belum mendengar permohonan jaminan. 

Mahkamah juga diberitahu ramai di kalangan tertuduh
berada dalam keadaan lemah kerana tidak diberi makanan
dan minuman sejak ditahan sejak jam 2 pagi semalam. 

Manoharan meminta mahkamah membenarkan semua tertuduh
dibebaskan dengan jaminan sementara kerana selain
kepenatan, dua daripada 26 tertuduh, masing-masing
menghidap penyakit buah pinggang dan jantung
berlubang. 

Bagaimanapun, Abdul Ghani membantah tertuduh diberikan
jaminan sementara tetapi mahkamah boleh menggunakan
budi bicara untuk membenarkan mereka diikat jamin. 

Azimah tidak membenarkan jaminan sementara kerana isu
jaminan belum dibangkitkan kedua-dua pihak dan
menetapkan hari ini untuk hujahan mengenainya serta
mengarahkan semua tertuduh ditahan di lokap Ibu
pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Seksyen 11 di
sini. 









      
____________________________________________________________________________________
Never miss a thing.  Make Yahoo your home page. 
http://www.yahoo.com/r/hs


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to