Anjing lawan Anjing.
AWAS kencing&tahi anjing bertaburan ...

http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=2250&Itemid=28

DVD Dr M kecam Pak Lah dijangka laris      
Oleh Abu Bakar Rahman  

KUALA LUMPUR, 12 Mei - Jika di zaman Reformasi kaset
dan CD bekas Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Anwar
Ibrahim begitu laris di kalangan mereka yang prihatin
dengan pergolakan politik tanah air, kali ini sebuah
DVD yang mengandungi kritikan Tun Dr.Mahathir Mohamad
terhadap pemimpin negara dijangka akan menguasai
pasaran.

Menariknya, DVD seolah-olah dilancarkan dalam
ulangtahun ke-60 Umno di Johor Bahru semalam apabila
ia kali pertama dilihat dijual kepada umum di dalam
perayaan itu. 

DVD itu juga boleh dianggap tindakbalas pertama sejak
Mahathir diberi amaran oleh Perdana Menteri, Dato'
Seri Abdullah Badawi melalui lidah Menteri di Jabatan
Perdana Menteri Dato' Seri Mohamed Nazri Aziz supaya
jangan campur tangan dalam urusan kerajaan. 

Walaupun sama-sama menghadiri perayaan yang diadakan
di istana Sultan Johor itu, ketegangan antara Abdullah
dan Mahathir dilaporkan oleh Reuter sebagai begitu
ketara. Mereka berdua, lapor agensi berita itu, hampir
tidak bercakap antara satu sama lain. 

Menurut The Straits Times Singapura pula, dalam
penampilan bersama yang pertama di hadapan umum sejak
kontroversi pembatalan jambatan bengkok ke Singapura,
mereka tidak bercakap dan bersalaman di hadapan umum. 

Begitu juga ketika mereka bertemu pada malam
sebelumnya di sebuah masjid di Johor Bahru di mana
para pemimpin Umno dan Sultan Johor turut hadir. 

Apabila tiba masa untuk bergambar beramai-ramai,
Sultan Johor, yang berdiri di sebelah Perdana Menteri
menjemput Dr Mahathir bergambar bersama. Mahathir
dengan sopan menolak, lapor ST. 

Ketika berucap pada perhimpunan yang dihadiri
kira-kira 20,000 orang itu, Sultan Johor seakan-akan
menyatakan rasa tidak senangnya terhadap apa yang
berlaku itu apabila Reuter memetiknya: "Saya
menasihati orang-orang Melayu supaya bersatu.
Bersatulah di dalam Umno." 

Bagaimanapun rasa tidak puas hati orang-orang Melayu
tidak dapat dibendung lagi terutama dengan tindakan
kerajaan Abdullah menaikkan harga minyak manakala
kadar faedah pula telah melonjak naik tiga kali sejak
November lalu. Sejak tujuh tahun sebelum itu, kadar
faedah tidak pernah dinaikkan. 

"Rakyat, terutama di kampung-kampung tidak berpuas
hati," kata Zahidi Zainal Abidin, seorang pemimpin
Umno Perlis, kepada Reuter. "Kos hidup semakin
meningkat". 

Umno terus dituduh mengamalkan rasuah dan nepotism.
Janji Abdullah untuk menanganinya, kata AFP, tidak
menunjukan sebarang kesan. 

Agensi berita itu memetik pensyarah sains politik
Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Mohamad Agus Yusof
yang mengakui wujudnya rasa tidak puas hati terhadap
Umno akibat nepotisme dan diskriminasi. 

Baru-baru ini, Mahathir menyifatkan kerajaan Malaysia
hari ini yang dipimpin Abdullah sebagai "lembik dan
dayus" (half-past six with no guts). 

Di dalam rakaman DVD selama 2 jam itu, Mahathir antara
lain membidas para pemimpin negara yang disifatkannya
sebagai pengecut. 

"Jika kita mahu sesuatu dilakukan dengan betul, kita
mesti berani mengambil risiko. Tetapi sekarang ini
saya lihat tiada siapa yang berani mengambil risiko
walaupun negara ini jatuh ke tangan pihak tidak
bertanggungjawab," Malaysiakini yang melaporkan
kandungan DVD itu memetik Mahathir sebagai berkata. 

Bekas Perdana Menteri yang berusia 82 tahun itu kesal
kerana para pemimpin yang ada kini lebih rela
mendiamkan diri daripada bersuara kerana mahu menjaga
diri masing-masing. 

Kritikan keras Mahathir itu dibuat dalam satu majlis
dialog dengan sekumpulan profesional Melayu pada
hujung tahun lalu. Rakaman DVD itu diedarkan oleh
Institut Kajian Ekonomi dan Politik (Ikape). 

Dalam perjumpaan tertutup itu, Mahathir juga bercakap
mengenai pembatalan pembinaan jambatan baru
menggantikan Tambak Johor, isu Proton, dasar pertanian
negara dan Anwar Ibrahim. 

Majlis dialog tersebut bertajuk 'Isu-isu semasa dalam
politik Malaysia' dianjurkan oleh Ikape pada Disember
lalu. Institut tersebut diketuai oleh bekas Ketua
Pengarag akhbar New Straits Times, Tan Sri Abdullah
Ahmad. 

Mahathir juga bercakap mengenai isu permit import
kereta (AP). Menurutnya sudah lama penyelewengan
berlaku dalam pengagihan AP tersebut tetapi tiada
siapa berani menegurnya. 

"Jadi saya terpaksa bersuara, membuat kenyataan umum
mengenainya walaupun saya pernah berjanji tidak akan
mencampuri urusan kerajaan lagi apabila bersara. 

" Penyelewengan AP ini adalah satu penyalahgunaan
kuasa yang bertentangan dengan kepentingan nasional.
Saya tidak boleh mendiamkan apabila ada pihak diperas
supaya membayar lebih RM300 juta wang pendahuluan
kepada beberapa orang bagi mendapatkan AP mengimport
kereta," jelasnya. 

Menurut beliau, lebih mengecewakan lagi apabila di
dalam Umno sendiri tiada siapa mahu membetulkan atau
mengkritik kesalahan yang berlaku di depan mata
mereka. 

"Lihatlah dalam Wanita Umno, mentang-mentang Rafidah
Aziz adalah ketua mereka dan menteri yang
bertanggungjawab terhadap AP, ahli-ahli Wanita hanya
mendiamkan diri. 

" Sedangkan pada zaman saya, ahli-ahli mengkritik
saya, Umno menegur saya malah ada yang melawan saya,
cuba menjatuhkan saya. Tetapi hari ini apabila berlaku
sesuatu yang tidak betul, mereka tidak mahu bersuara.
Kalau begini keadaannya, kita bukan lagi satu kuasa
politik sebenar," tambahnya. 

Mahathir berkata, beliau tidak pernah mendiamkan diri
apabila melihat penyelewengan atau kesalahan berlaku
di depan matanya sebagaimana yang dilakukannya pada
era allahyarham Tunku Abdul Rahman dulu. 

"Ketika itu tiada siapa mahu bersuara tentang Tunku
Abdul Rahman, saya bangkit menegurnya hingga akhirnya
disingkir dari Umno," ujarnya. 

Bekas Perdana Menteri itu menekankan, jika rakyat mahu
sesuatu dilakukan dengan betul atau diperbetulkan,
mereka mesti bangkit bersuara dan mengambil risiko. 

Mahathir juga ditanya mengenai ciri-ciri 'Melayu baru'
dalam majlis dialog tersebut dan beliau menjelaskan,
'Melayu baru" yang ingin dilihatnya ialah orang yang
sanggup berkerja keras, bukannya mengharapkan wang
mudah atau rezeki terpijak. 

" Dapat payung kuning satu, satu kereta Rolls Royce,
dapat istana dengan pencen. Apa lagi nak? Tak payah
buat kerja! Ini bukannya Melayu baru yang kita hendak.
Tujuan kita ialah mengubah sistem nilai yang selama
ini tidak membantu kemajuan orang Melayu," jelas
beliau. 

Mahathir juga bercakap mengenai hala tuju masa depan
negara ini yang mana pada pendapatnya tidak berada di
landasan yang betul sekarang. - mr

 


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around 
http://mail.yahoo.com 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Get to your groups with one click. Know instantly when new email arrives
http://us.click.yahoo.com/.7bhrC/MGxNAA/yQLSAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to