Halang demo anti AS: Sebagai Pengerusi OIC, Malaysia
patut malu

KUALA LUMPUR, 22 Mac - Parti Keadilan Rakyat (PKR)
berkata sebagai Pengerusi OIC, Malaysia seharusnya
malu dengan tindakan ganas polis menyurai perhimpunan
aman anti Amerika Ahad lepas.

Perhimpunan yang disertai oleh lebih 500 orang itu
ialah bagi mengingati genap dua tahun penjajahan
Amerika ke atas Iraq. 
 
Polis tidak membenarkan perhimpunan aman itu
sebaliknya menggunakan semburan asid dan bom asap ke
atas perserta perhimpunan termasuk wanita, kanak-kanak
dan warga tua. 

Menurut Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail
, sebagai Pengerusi Pertubuhan Negera-Negara Islam
(OIC), Malaysia seharusnya mengambil langkah menerajui
bantahan tersebut.

"Tetapi malangnya sikap takut pemimpin kerajaan dalam
mendepani perkembangan ini dengan serius telah
menjadikan semua peserta perhimpunan aman tersebut
sebagai mangsa. 

"Malaysia seharusnya malu dengan langkah ini," kata
Azizah. 

Hampir semua bandar utama di seluruh dunia mengadakan
perhimpunan aman pada 19 dan 20 Mac bagi mengingati
dan membantah penjajahn Amerika ke atas negara Islam
itu. 

Menurut Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail,
hampir semua perhimpunan di seluruh dunia berakhir
dengan aman tanpa ada ketegangan serius antara peserta
dan pihak berkuasa. 

Malah di beberapa tempat di Britain dan Amerika
sendiri perhimpunan yang diadakan lebih besar dan
berakhir dengan aman. 

"Malangnya di negara ini, perhimpunan yang serupa
berakhir dengan keganasan polis. Ini amat memalukan
kerana tindakkan ganas yang diberi liputan media
seluruh dunia ini akan memperkukuhkan pandangan dunia
terhadap pencabulan hak berhimpun dan menyuarakan
pendapat di negara ini," katanya. 

Perhimpunan aman di Kuala Lumpur ini menunjukkan
semangat solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat
Iraq. 

Tindakan ini telah dianjur oleh pertubuhan-pertubuhan
NGO dan parti-parti politik yang cintakan keamanan
sejagat. 

Pemimpin-peminpin yang menyertai perhimpunan aman ini
termasuklah Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali, Naib
Presiden Sivarasa Rasiah dan Timbalan Ketua Angkatan
Muda Faizal Sanusi. 

Turut serta adalah AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli dan
Ronnie Liu, Setiausaha Antarabangsa DAP. 

"PKR juga mengucapkan tahniah kepada semua peserta
perhimpunan aman yang berani untuk menunjukkan
solidariti menetang peperangan dan penjajahan Amerika
ke atas Iraq," kata Azizah. 




                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Small Business - Try our new resources site!
http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to