Kehebatan UMNO/BN terserlah dengan Laporan Suruhanjaya
Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis
Diraja Malaysia.
Bayangkan bagaimana jika di adakan Laporan Suruhanjaya
Diraja Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan
Kerajaan UMNO/BN.
Rasuah dan kejahatan UMNO/BN mungkin beribu kali ganda
lebih dahsyat dari yang dilakukan oleh Polis.
Bijak UMNO/BN menutup kejahatan mereka sendiri dengan
menekan kelemahan Polis yang sentiasa terpaksa menjadi
hamba-abdi alat UMNO/BN.
Maka Malaysia akan terus dijajah oleh Penyamun UMNO/BN
hingga Hari Qiamat ...

Suruhanjaya Diraja: PAS simpati pada polis

SETIU, 21 Mei  – “Kita kasihan pada polis,” kata
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
sebagai mengulas Laporan Suruhanjaya Diraja
Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja
Malaysia.

Beliau menerima sebuah buku laporan itu daripada Tun
Mohd Salleh Abas, seorang ahli suruhanjaya itu di
rumahnya di Kampung Rusila selepas menyampaikan kuliah
pagi Jumaat, semalam. 
Katanya, suruhanjaya diraja yang diwujudkan oleh
kerajaan itu adalah bertujuan untuk menyiasat
kelemahan-kelemahan polis. 

“Kerajaan lantik satu suruhanjaya, siasat
kelemahan-kelemahan polis, nak suruh polis jadi molek
dan kita kena simpati pada polis,” ujarnya ketika
berucap pada majlis ceramah mengenai perobohan rumah
peserta RTB Pengkalan Merbau di Pekan Sungai Tong,
malam tadi. 

Katanya, laporan itu telah disiarkan oleh media massa
yang mendedahkan kelemahan-kelemahan polis, antaranya
terdapat anggota polis yang menerima rasuah sehingga
berpuluh-puluh juta ringgit. 

“Ada yang salah guna kuasa, ini menghina polis kasihan
polis, kita kasihan kepada polis. Yang sebenarnya
kalau kita nak baiki, tak boleh baiki polis sahaja,
kena baiki semua sekali,” ujarnya yang belum meneliti
laporan itu sepenuhnya, hanya sempat melihat sedikit
sahaja. 

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya kerajaan
juga perlu mengadakan suruhanjaya bagi menyiasat
menteri-menteri, Badan Pencegah Rasuah (BPR), Program
Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kastam, Risda dan
lain-lain yang terlibat dengan rasuah. 

“Inilah bala yang menimpa kita sekarang, habis rasuah
belaka, bukan polis sahaja. Kalau nak baiki, tak boleh
baiki polis sahaja, menteri-menteri pun kena baiki,
politik pun kena baiki. 

“Pasal apa jadi begini, sebab kita buat acuan lagu
(macam) ni, acuan yang memerintah negeri kita hari ini
acuan rasuah, nak pilih ketua bahagian Umno kena
bahagi pitih (duit), nak pilih pemimpin tertinggi Umno
kena bahagi pitih, nak menang pilihan raya bahagi
pitih,” ujarnya lagi. 

Tambahnya, apa yang berlaku dalam pemilihan Umno itu
adalah rasuah walaupun ada pihak yang mengatakan ianya
adalah politik wang. 

“Politik wang, rasuahlah. Inilah penyakit yang sedang
melanda kita pada hari ini,” ujarnya lagi 



                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Make Yahoo! your home page 
http://www.yahoo.com/r/hs


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to