Tahniah kerana pengaruh Islam Hadhari  telah
berkembang ke Singapore.
Singapore akhirnya akur untuk membina pusat judi
kasino.

Ganjaran besar yang diperolehi ialah:
1.   Menyekat pengaliran wang kaki judi Singapore ke
pusat judi Malaysia terutamanya Genting.
2.   Menarik tahi judi Islam Hadhari Malaysia untuk
berjudi di Singapore.  Di kasino Malaysia orang yang
mengaku Islam di larang memasukinya.  Di Singapore
tiada halangan untuk semua.

Pada hari Maulidul Rasul mereka memuji Nabi Muhammad,
kerana Islam Had-ada-hari.   Pada hari-hari yang lain
mereka menentang dan menghina Nabi Muhammad dan
peraturan Allah.
Tahniah sekali lagi kepada UMNO Baru yang berjaya
membawa ramai manusia menjadi calon ke Neraka Jahanam.
**************************************************************************************************************

Pembinaan kasino di Singapura dikhuatiri tingkatkan
masalah sosial di Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 April  - Pengerusi Lajnah
Antarabangsa PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli khuatir
pembinaan dua kasino di Singapura akan meningkatkan
kunjungan rakyat Malaysia ke negara itu untuk
melakukan aktiviti perjudian.

Beliau tidak terkejut sekiranya kerajaan Malaysia
mengambil sikap menggalakkan rakyatnya datang ke
Singapura, memandangkan pusat kasino khususnya di
Genting Highlands dilarang bagi orang Islam. 

Menurut beliau, walapun pembinaan dua kasino itu
merupakan hal pentadbiran kerajaan Singapura, ia tetap
akan memberi kesan sampingan terhadap rakyat Malaysia
tanpa mengira bangsa dan agama. 

Dr Hatta yang juga AJK PAS Pusat mengulas kelulusan
kerajaan Singapura yang akan membina dua kasino
bernilai S$5 bilion (RM11.4 bilion) dengan tujuan
menarik wang pelancong dan menggilap imej hambar
republik itu. 

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memberitahu
Parlimen, kerajaan mengambil keputusan untuk
meluluskan pembangunan dua kasino dan akan dibina di
Marina Bay dekat pusat bandar raya dan satu lagi di
pulau peranginan Sentosa. 

Mengulas tindakan tersebut, Dr Hatta berkata, jika
dilihat tujuan Singapura membina kasino untuk menarik
wang pelancong, ia bermakna pimpinan kerajaan itu mahu
menjadikan perjudian sebagai sumber utama pendapatan
negara. 

"Selain itu ia juga berkemungkinan disebabkan
kedatangan pelancong ke negara itu berkurangan,"
katanya ketika dihubungi Harakahdaily, tengah hari
tadi. 

Bagaimanapun, tambah beliau, dari segi sosial
pembinaan kasino itu bukan satu perkara baru
sebaliknya sudah menjadi kebiasaan bahawa perjudian
akan menyumbang ke arah keruntuhan institusi
kekeluargaan. 

Katanya, kesan itu dapat dibuktikan kerana sebahagian
besar antara penyebab keruntuhan institusi
kekeluargaan di Malaysia disebabkan kesan daripada
aktiviti perjudian. 

Sementara itu Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor,
Salahuddin Ayub beranggapan, pembinaan dua kasino itu
merupakan satu konspirasi yang rapi untuk mewujudkan
budaya lalai dan berfoya-foya. 

Beliau bimbang kesan kewujudan kasino itu akan
mendatangkan masalah sosial di Johor kerana negeri itu
adalah jiran terdekat Singapura. 

Salahuddin turut melahirkan kebimbangan memandangkan
Singapura merupakan negara di Asia Tenggara dan
sebahagian besar penduduk rantau ini beragama Islam. 

Katanya, oleh itu pembinaan dua kasino itu sudah pasti
akan memberi kesan negatif kepada rakyat di Malaysia
khsususnya umat Islam yang akan terpengaruh dengan
perjudian dan akan melupakan nilai-nilai serta amalan
agama Islam. 

Salahuddin yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
turut berharap dengan pembinaan dua buah kasino
tersebut, Malaysia dapat menutup semua kasino yang
sedia ada sesuai dengan pelaksanaan sebagai sebuah
negara Islam. – lanh 





                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Plan great trips with Yahoo! Travel: Now over 17,000 guides!
http://travel.yahoo.com/p-travelguide


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/0Z9NuA/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to