Dollah Badawi patut letak jawatan sebagai PM dan
Menteri Dalam Negeri.
Kejahatan pegawai penjara dan polis berleluasa.
Dollah terlalu lembik dan lembap.
UMNO dan rasuah semakin intim, ibarat tahi dan kentut
setelah Dollah berkuasa.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Ibu minta kematian anak di penjara diberi pembelaan
Oleh: NORIZAN ABDUL MUHID

MELAKA 6 Mac - ``Tolonglah mak cik, anak mak cik
dibelasah teruk di Penjara Sungai Buloh.

``Kematiannya wajar mendapat pembelaan,'' rintih
Zubaidah Ibrahim, 50, ibu kepada seorang remaja yang
meninggal dunia sewaktu dalam tahanan semalam, disyaki
akibat dibelasah oleh pegawai Penjara Sungai Buloh.

Anak bongsu daripada lima beradik, Rastam Talib, 19,
meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL)
kira-kira pukul 2 pagi semalam, selepas sebulan koma
di Unit Rawatan Rapi Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia (HUKM) dipercayai akibat pendarahan teruk
pada kepalanya.

``Mak cik amat sedih dengan kejadian menimpa Rastam.
Mak cik anggap itu satu perbuatan tidak
berperikemanusiaan kepada sesiapa yang menganiaya anak
mak cik,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan
Balai Panjang, Bakar Batu dekat sini, hari ini.

Zubaidah yang sesekali kelihatan tercungap-cungap,
gagal menahan kesedihan kerana menjangkakan anaknya
akan pulih seperti sedia kala kerana mereka sekeluarga
telah diyakinkan oleh pihak hospital bahawa keadaan
Rastam telah stabil.

Ketika diminta menceritakan lebih lanjut, Zubaidah
yang berniaga ikan bakar di Taman Setiawangsa, Kuala
Lumpur memberitahu, Rastam ditahan di Penjara Sungai
Buloh sejak Disember tahun lalu dan kali terakhir dia
melihat anaknya itu pada 24 Januari lalu di Mahkamah
Majistret Kajang.

``Mak cik lihat dia (Rastam) tertoleh-toleh memandang
mak cik sambil mengesat air mata, dia seperti ingin
berkata sesuatu, tetapi kami berdua tidak
berkesempatan,'' katanya.

Katanya, dia kemudian datang ke Penjara Sungai Buloh
untuk melawat Rastam pada 7 Februari lalu.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak dibenarkan oleh pihak
penjara dengan alasan Rastam sedang menjalani rawatan
lanjut.

``Setelah menunggu hampir lima jam, makcik akur dan
balik ke rumah di Keramat.

``Bagaimanapun, kira-kira pukul 11 malam, dua anggota
polis datang dan memberitahu makcik bahawa Rastam
sedang sakit tenat dan makcik perlu datang ke HUKM
untuk membenarkan Rastam dibedah.

``Sejak itu, Rastam tidak sedarkan diri selama sebulan
dan setiap hari makcik melawatnya dan berharap agar
dia sedar serta boleh berbual, namun harapan itu
berkecai,'' katanya.

Zubaidah berharap kematian Rastam diberi perhatian
sewajarnya oleh pihak berkuasa bagi menyiasat punca
kematian anaknya itu.






        
                
__________________________________ 
Celebrate Yahoo!'s 10th Birthday! 
Yahoo! Netrospective: 100 Moments of the Web 
http://birthday.yahoo.com/netrospective/


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
What would our lives be like without music, dance, and theater?
Donate or volunteer in the arts today at Network for Good!
http://us.click.yahoo.com/WwRTUD/SOnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to