Demonstrasi bantah kenaikan tol 26 Disember ini
 
KUALA LUMPUR, 23 Dis 2004 - Jawatankuasa Bertindak
Membantah Kenaikan Harga Tol (JBMKHT) akan mengadakan
demonstrasi sesi pertama membantah kenaikan tol 10
peratus jam 5 petang, 26 Disember ini.

Timbalan Pengerusi JBMKHT, Salahuddin Ayub berharap
rakyat dapat turut serta menyertai demonstrasi itu
bagi memberi tekanan kepada kerajaan Barisan Nasional
(BN) supaya membatalkan kenaikan tersebut. 

Katanya, demonstrasi itu diadakan di tiga lokasi utama
di tol Plus Juru (Kedah), tol Sungai Besi dan tol
Skudai (Johor). 

Beliau berkata, siri pertama demonstrasi itu di bawah
Jawatankuasa ahli Parlimen pembangkang (PAS, DAP dan
KeADILan) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). 

Tambah beliau, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) turut
mengadakan demonstrasi membantah kenaikan tol pada 1
Januari ini di semua tol Plus di setiap negeri. 

Sementara itu DPPP juga akan melancarkan kempen
'Kembara Dakwah' menjelang tahun baru 2005 ini. 

Ketua Penerangannya, Mazlan Aliman berkata, ada
anak-anak muda menyambut tahun baru tanpa menepati
budaya yang sihat dan sesuai dengan ajaran Islam. 

Menurut beliau, sudah menjadi kebiasaan sesetengah
anak-anak muda khususnya bangsa Melayu akan menyambut
tahun baru dengan aktiviti liar seperti minum arak,
melakukan perbuatan sumbang, menagih dadah dan
terbabit dalam perlumbaan haram. 

Katanya, kempen 'Kembara Dakwah' itu akan bermula pada
25 Disember ini di Kedah dengan pihaknya mengedarkan
risalah dan bertemu anak-anak muda di beberapa lokasi
seperti di pusat membelah-belah, taman reakrasi dan
pusat hiburan. 

"Dewan Pemuda mengambil langkah yang berlainan untuk
memberi pendekatan agama kepada anak-anak muda supaya
mereka tidak terus terpesong," katanya ketika
dihubungi Harakahdaily, pagi tadi. 

Mazlan berkata, pada 27 Disember jam 10 malam Pemuda
PAS akan turun ke Chow Kit, Bangsar dan beberapa
lokasi utama di Kuala Lumpur. 

Tambah beliau, kemuncak kempen ‘Kembara Dakwah’ adalah
pada 31 Disember ini di mana Pemuda PAS negeri akan
terlibat dengan kempen tersebut yang akan dilakukan di
seluruh negara.  




                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Read only the mail you want - Yahoo! Mail SpamGuard. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give hope to a child.
Helping a needy child is easier than you think.
Click here to meet someone who needs your help.
http://us.click.yahoo.com/DtaQcA/HohJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to