Gangster UMNO berdegar-degar kununnya mahu rampas jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dari Cina. Tapi yang UMNO berani buat hanya roboh rumah orang-orang Melayu yang miskin dan daif. Polis (FRU) bukan mahu berubah dengan cadangan Suruhanjaya, malah semakin ganas menjadi alat UMNO untuk menyiksa orang Melayu yang papa kedana di negara sendiri. UMNO hanya ada telur untuk buli orang Melayu. UMNO mudah dibeli oleh Cina dengan rasuah.
UMNO dan rasuah sudah tidak dapat dipisahkan, ibarat tahi dan kentut ....... UMNO lapar rasuah. Rasuah RM34 juta oleh seorang anggota Polis adalah terlalu kecil buat UMNO. Solat hajat mohon selamat rumah peserta RTB Bujal KEMAMAN, 25 Mei – Para peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal, kira-kira 30 kilometer dari sini menyeru umat Islam mengadakan solat hajat malam ini memohon kepada Allah menyelamatkan rumah mereka daripada dirobohkan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) negeri. Ini kerana mereka difahamkan kerajaan BN negeri melalui Pejabat Tanah Kemaman (PTK) kemungkinan akan mengadakan operasi merobohkan rumah mereka esok. Pengerusi pembinaan masjid di kawasan RTB itu, Ustaz Kamarudin Embong berkata, para peserta mendapat maklumat bahawa PTK dengan dikawal oleh pasukan polis termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) akan mengadakan operasi merobohkan rumah seawal jam 6 pagi. “Dengan maklumat yang kami terima itu, saya bagi pihak seluruh peserta RTB Bujal ini menyeru umat Islam supaya mengadakan solat hajat pada malam ini agar Allah menguatkan pendirian kami dan menyelamatkan rumah kami daripada dirobohkan oleh pihak berkenaan,” ujarnya. Sementara itu, tinjauan Harakahdaily hari ini mendapati masjid yang dibina secara gotong royong oleh para peserta RTB itu sudah hampir 70 peratus siap. Menurut Kamarudin, masjid tersebut yang sudah mendapat bekalan eletrik pada pertengahan bulan ini telah digunakan oleh para peserta untuk aktiviti keagamaan mulai awal bulan ini. Katanya, masjid yang boleh memuatkan kira-kira 300 ahli jemaah itu mula rancak dibina setelah operasi merobohkan rumah peserta RTB tersebut gagal dilaksanakan oleh pihak PTK pada 16 Mac lalu. Harakahdaily difahamkan PTK mendapat `suntikan semangat’ untuk merobohkan rumah peserta RTB Bujal itu setelah Pejabat Tanah Setiu berjaya merobohkan sebuah rumah peserta RTB Pengkalan Merbau, Sungai Tong pada 19 Mei lalu. Pada 16 Mac lalu, pihak PTK menangguhkan operasi untuk merobohkan rumah setelah wakil peserta dan kepimpinan PAS kawasan mengadakan solat hajat di tapak RTB itu dan berbincang dengan pihak polis dan wakil PTK. RTB Bujal mempunyai 125 peserta di mana 42 rumah telah didirikan manakala lima daripadanya sudah diduduki. Bagi 125 peserta RTB Kampung Bujal itu, mereka telah menerima Lesen Menduduki Sementara (LMS) yang bertarikh 15 September 2003 daripada Kerajaan PAS negeri sebelum ini. Penyerahan LMS itu telah dilakukan sendiri oleh Menteri Besar ketika itu, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada para peserta pada satu majlis yang meriah yang diadakan di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal. __________________________________ Do you Yahoo!? Yahoo! Small Business - Try our new Resources site http://smallbusiness.yahoo.com/resources/ ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Would you Help a Child in need? It is easier than you think. Click Here to meet a Child you can help. http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif (BA) unless otherwise stated Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED] To Sub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] To Unsub : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/