"Rohayah .........." <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 

Ilmu Hisab Darjah Satu Oleh Dr Ekonomi (Laman [EMAIL PROTECTED])

Seorang bekas pemimpin berceloteh mengenai kenaikan
harga minyak yang dia anggap tersangatlah munasabah
dan sungguh masuk akal. Antara lain, dia berhujah
dengan hujah yang sudah lapuk lagi mual iaitu harga
minyak di Malaysia masih lagi terendah jika
dibandingkan dengan negara-negara lain. Dia memberi
contoh, di Britain harga minyak lebih kurang dalam RM7
seliter, jauh lebih tinggi, berlipat kali ganda
daripada harga di Malaysia.

Sayang seribu kali sayang, begitulah pemikiran seorang
pemimpin bangang, ilmu hisab darjah satu pun masih tak
paham-paham. Dalam ilmu hisab, kita ada diajarkan
dengan tajuk PERATUS. Naik sekolah menengah, ada tajuk
advance sikit: NISBAH DAN KADARAN. Tajuk-tajuk ini
adalah tajuk yang paling asas (basic) dalam ilmu
hisab. Kalau tajuk-tajuk ini pun kita tak boleh paham,
makna kata, memang kita buta ilmu hisab.

Bila kita kata harga minyak kita jauh lebih rendah
dengan Britain, kita mesti tanya balik: Berapa NISBAH
perbelanjaan minyak seliter orang Britain
(British) BERBANDING dengan gaji sebulan mereka?
Kemudian, kita kira pula nisbah perbelanjaan minyak
seliter orang Malaysia pula (berbanding dengan gaji
sebulan). Kemudian, baru kita boleh buat satu
perbandingan yang adil dan tidak berat sebelah (fair
comparison).

Ambil contoh kelas menengah di Britain dan di
Malaysia. Gaji eksekutif muda di Britain lebih kurang
dalam £2,000 sebulan. Gaji eksekutif muda di Malaysia
pun lebih kurang dalam RM2,000 sebulan. Eksekutif di
Britain hanya membayar sebanyak 81 pence (£0.81)
seliter. Eksekutif di Malaysia pula kena bayar RM1.48
seliter. Sekarang, tolong kira berapa NISBAH harga
minyak seliter dengan gaji sebulan bagi kedua-dua
negara? Siapa yang lebih rendah dan siapa pulak yang
lebih tinggi?

Itu baru cerita pasal minyak. Belum cerita pasal harga
barang makanan lagi.
Eksekutif di Britain boleh beli barang-barang dapur
dengan harga yang amat murah. Barang-barang makan
seperti bijirin sarapan pagi masih boleh dibeli pada
harga di bawah £1. Coklat Snickers boleh dibeli pada
harga 30 pence satu. Bak kata orang, kalau bawa £50
pergi membeli-belah, jawabnya 2-3 troli kena pakai
bawa barang keluar. Banding pula dengan eksekutif di
Malaysia. Boleh beli barang makan di bawah harga RM1?
Boleh jumpa Snickers pada harga 30 sen? Berapa banyak
barang boleh dapat kalau bawa M50???
Dengar cerita, sardin cap ayam pun dah dekat RM5
setin, mampus tak makanlah kalau orang takde duit!
Memang tak hairan kalau eksekutif muda Britain boleh
pakai BMW second-hand, boleh beli tunai (cash) lepas
kerja 6 bulan.
Eksekutif di Malaysia?? Kancil cabuk pun kena
berhutang sampai 7 tahun. Nak beli BMW second-hand??
Kirim salam.......

Jadi, bila campur-campur semua ni, kita boleh dapat
NISBAH besar PERBELANJAAN BERBANDING dengan
PENDAPATAN. Perbandingan nisbah adalah perbandingan
yang lebih munasabah, adil dan masuk akal. Kalau
membanding dengan kos yang ditukarkan ke mata wang
Malaysia, memang jelas dan terang seolah-olah harga di
Malaysia adalah yang terendah dalam dunia, tapi jangan
kita lupa pula gaji bulanan kita pun terendah juga!
Jangan ambil sekerat-sekerat, jangan highlight satu
aspek sahaja, tapi aspek lain cuba disorok-sorokkan.

Kadang-kadang, bila jabatan-jabatan kerajaan dan
media-media keluarkan statistik, nampak macam tak
pernah pergi sekolah punya orang. Nak kata tak pergi
sekolah, tapi di belakangnya bergulung-gulung ijazah
dan PhD sana sini, kononnya akulah yang terhebat dalam
dunia. Tapi, apa yang diwar-warkan lebih rendah dari
taraf hampas kelapa sebab hampas kelapa masih lagi
boleh diberi makan kepada ayam.

Dr. Ekonomi - 07.05.2005

--- "Mohd.Monier B Mat Din"
<[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> 
> Ni aku nak sembang sikit pasal rega minyak naik.
> Seronok gak minyak naik, boleh pi maki hamun UMNO
> merata jalan, sapa pun tak
> kisah dah.
> 
> Kisahnya camni:
> 
> Dua tiga malam lepas, masa aku tgh nak bayar kat
> cashier sabuah minimarket
> yg agak besar kat tempat aku tinggal ni (situ ada 4
> cashier); aku dok
> terdengar suara org dok pumpam pam sorang-sorang kat
> belakang aku dok maki
> sapa entah. Aku pusin tengok; nampak la sorang
> pakcik tgh dok beratur bawa
> beras nak bayar, sambil beratur dia dok kata:
> 
> "Apa punya kerajaan, minyak naik, barang naik,
> minggu ini brg naik sekupang
> minggu depan lagi sekupang, lepas tu naik lagi
> sekupang....ha, padan muka
> sapa-sapa yg undi Barisan!!"
> 
> (Aku dok perati keliling, ramai org dok Q, tak tau
> parti mana depa undi,
> masing2 pakat dok ignore pakcik tu).
> 
> Lepas tu pakcik tu kata lagi:
> 
> "Ini siapa-siapa yg undi BN itu macam cerita
> P.Ramlee tu la.....cerita apa
> entah; P.Ramlee kata "....MAI LAH ROMPAK RUMAH
> AKU....AKU ORANG
> KAYA!!"......ha, undi lagi Barisan!!"
> 
> Bila aku tengok semua org senyap termasuk la Cashier
> tu macam tension
> semacam aje, macam dok ignore pakcik tu, macam dok
> anggap pakcik tu kurang
> siuman, lepas bayar duit, aku pun pusin belakang,
> aku kata kat pakcik tu:
> 
> "Pakcik, la macam ini lah senang kira, 'KITA KIRA
> SIAPA-SIAPA YANG UNDI
> BARISAN ITU MEMANG BODOH, MEMANG BANGANG....UNDI
> LAGI, MINYAK NAIK, HARGA
> BARANG NAIK...PADAN MUKA...BODOH, BANGANG!!!"
> 
> Lepas tu, aku terus belah dari situ; semua org
> termasuk la pakcik tu tak
> terkata apa...
> 
> Fuh! Puas hati...
> 
 



                
__________________________________ 
Yahoo! Mail Mobile 
Take Yahoo! Mail with you! Check email on your mobile phone. 
http://mobile.yahoo.com/learn/mail 


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to