Perdana Menteri ke 5 Malaysia semakin hilang
arah-tujuan dan haluan.
Inilah akibatnya mempermainkan ISLAM dan hukum ALLAH.
Kini ternyata UMNO Barang Naik semakin huru-hara dan
hara-huru, bercakaran sesama sendiri.
Masing-masing Menteri / Timbalan Menteri membuat
kenyataan mengikut kehendak nafsu dan bukan
berdasarkan IMAN dan TAQWA kepada Allah.
Dollah Badawi kini seperti patung bernyawa, sering
meracau macam orang gila ATAU dia memang betul-betul
sudah gila !!!

Bila PM kita kelabu.....
Oleh ROSLAN SMS 
[EMAIL PROTECTED] 

Seluruh negara yang menyaksikan Buletin Utama TV3
semalam pastinya menjadi terpinga-pinga, confused,
berdukacita dan apa sahaja sikap yang malang-malang
melihat Pak Lah di kaca TV menjawab pertanyaan para
wartawan berkenaan menyanyikan lagu kebangsaan sebelum
mana-mana majlis rasmi ataupun tidak rasmi.

Kebetulan lagu kebangsaan dinyanyikan sebelum beliau
merasmikan Persidangan Kebangsaan Cabaran di Era
Globalisasi anjuran Union Network International
Malaysian Liaison Council (UNI-MLC) itu. 

Pak Lah bila ditanya adakah nyanyian lagu kebangsaan
ini menjadi arahan pihak kerajaan beliau berkata: 

That was spontaneous. I didnt give any instruction, no
suggestion of the sort. (THE STAR) 

Ianya berlaku spontan. Saya tidak memberi sebarang
arahan, atau apa sahaja cadangan. 

Dan apabila para wartawan yang hadir memaklumkan
beliau bahawa cadangan ini berbangkit dari Kementerian
Penerangan lalu Pak Lah sebagaimana disaksikan oleh
semua yang menonton siaran berita itu berkata: 

Ooo ... datangnya (cadangan itu) dari Kementerian
Penerangan, majoriti mahu menyanyi, jadi kena
nyanyilah. 

Kata UTUSAN Pak Lah secara berseloroh tidak tahu
Kementerian Penerangan telah mencadangkan lagu
kebangsaan itu dinyanyikan di panggung wayang. 

Saya sendiri dan saya percaya ramai lagi melihat dalam
TV malam tadi jelas Pak Lah bukannya berseloroh ketika
itu. 

Pak Lah kelihatan tidak berapa faham dengan maksud
soalan para wartawan yang sebenarnya cuba kaitkan
dengan polemik berhubung nyanyian lagu kebangsaan yang
menjadi isu dalam akhbar-akhbar tempatan sejak
kebelakangan ini. 

Walaupun saya secara peribadi tidak subscribe pada
politik Pak Lah namun suka tak suka beliau adalah
Perdana Menteri kita. 

Maka apabila PM Malaysia dilihat seolah-olah kelabu
dan tidak tahu perjalanan dan perkembangan semasa,
sudah pasti kita juga akan turut keciwa dan malu. 

Beginikah PM negara dunia pertama? 

http://n32.blogspot.com/ 









                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Find what you need with new enhanced search. 
http://info.mail.yahoo.com/mail_250


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Would you Help a Child in need?
It is easier than you think.
Click Here to meet a Child you can help.
http://us.click.yahoo.com/sTR6_D/I_qJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to