http://www.dso.org.sg/home/about/about_story.aspx
http://www.kuda-kepang.blogspot.com/

Tauke Singapura Ternak Babi Di Melaka
Rejim Abdullah Tak Peduli Mengenainya?

Di era kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
kita sering terdengar pelbagai desas-desus pasal
Singapura. Hal ini menjadikan segolongan rakyat jelata
berasa meluat, muak, jelak dan jengkel terhadap
kerajaan kebelakangan ini.

Abdullah sendiri didesas-desuskan sebagai Perdana
Menteri Malaysia yang paling pro kepada Singapura.
Menantu Abdullah - Khairy Jamaluddin -
didesas-desuskan sebagai anak emas Singapura. Orang
kuat Abdullah - Kalimullah Hassan - didesas-desuskan
sebagai talibarut Singapura. Kesemua ini tidak pernah
dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh mana-mana
pihak!

Begitu juga kisah Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).
Projek mega yang dikatakan diilhamkan oleh Abdullah
ini menimbulkan persepsi bahawa ia adalah wilayah
lanjutan kepada utara Singapura. Persepsi ini juga
belum pernah dinafikan setegas-tegasnya!

Lepas itu, timbul cerita ahli-ahli kongsi gelap yang
kini sedang menggugat Tanah Melayu. Elemen jenayah ini
juga dipercayai datang dari Singapura.

Kemudiannya, adalah desas-desus saudagar dadah paling
licik di negara ini juga dikatakan mempunyai talian
dengan segolongan sindiket atau kapitalis Singapura
yang dikatakan aktif “berniaga” di Mynmar.
Kebelakangan ini sindiket Singapura ini dikatakan
mengedarkan air kencing kuda bunting - satu jenis
perangsang seks daripada Amerika Syarikat - yang
disasarkan khas kepada remaja perempuan di Pantai
Timur.. [blog ini akan dedahkan kes ini selepas kita
selesai menjalani ibadah Ramadhan..]

Terbaru sekali adalah kisah ratusan ribu babi yang
sedang mencetuskan kontroversi di Melaka sekarang ini.
Banyak pihak yakin ladang babi itu pun milik pemodal
atau kapitalis Singapura.

Anda bacalah sendiri tulisan Saudara Subky Latif, di
muka surat 16, akhbar tabloid Siasah 16-22 September
2007, dengan tajuk Merdeka Dengan Kandang Babi
Singapura, seperti berikut:

Diberitakan betapa industri (penternakan babi) itu
dibiayai oleh pelabur dari Singapura. Hasil ternakan
itu dieksport ke Singapura. Kira-kira, ia adalah
ladang ternakan saudagar-saudagar Singapura.

Hakikat inikah yang menyebabkan kerajaan kita
teragak-agak untuk menutup ladang babi tersebut?
Mengapakah kerajaan tergamak betindak begitu?
Mengapakah kerajaan sanggup mengkompromikan
kesejahteraan masyarakat setempat? Mengapakah kera di
hutan disusukan? Mengapakah anak sendiri
dianaktirikan? Di manakah maruah bangsa Melayu di bumi
bertuah yang bernama Tanah Melayu?

Apa nak jadi dengan Malaysia? Atau, apa dah jadi
dengan Malaysia? Apakah yang menyebabkan Singapura
seolah-olah bermaharajalela di Malaysia sekarang?
Apakah senjata sulit Singapura yang menyebabkan
Abdullah kini seakan-akan tidak terdaya langsung untuk
menentang? 

Malang sungguh Malaysia. Segala desas-desus mengenai
Singapura mutakhir ini dibiarkan terus
melatarbelakangi landskap ekonomi, sosial dan politik
negara. Ia dibiarkan meracuni pemikiran rakyat,
menyemarakkan kemarahan rakyat, dan menjejaskan
perpaduan negara dan ketahanan nasional.

Sampai berapa lama lagikah rakyat Malaysia akan sabar
menghadapi perkembangan seperti ini? Selama mana
lagikah rejim Abdullah akan memberikan layanan
teristimewa kepada Singapura? Apakah kita rela
kecundang kerana permainan Singapura? Kalau tidak, apa
harus kita lakukan untuk menyekat perkembangan seperti
ini? - oleh Ruhanie Ahmad










       
____________________________________________________________________________________
Need a vacation? Get great deals
to amazing places on Yahoo! Travel.
http://travel.yahoo.com/


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Reply via email to