Mangsa tertimbus lapan hari berjaya diselamatkan
pasukan doktor PAS
Oleh Zulkifli Sulong, yang baru pulang dari Aceh 

BANDA ACEH, 3 Jan 2005 – Usaha tungkus lumus pasukan
bantuan kemanusiaan dari PAS ke Aceh memberikan hasil
yang memberangsangkan apabila menjadi doktor pertama
yang merawat seorang mangsa tsunami yang masih hidup
selepas lapan hari terperangkap di bawah tuntuhan. 

Tengku Sofian, 17 tahun, berjaya dikeluarkan dari
dalam sebuah bot yang terdampar di celah-celah
runtuhan Banda Aceh kira-kira jam 12 tengahari waktu
Malaysia pada 1 Januari semalam. 

Dr Rani (kanan) dan Dr Ismail (kiri) sedang merawat
mangsa tsunami di sebuah pusat pemindahan di Aceh.
Mereka antara doktor PAS yang pertama merawat Tengku
Sofian yang masih hidup selepas lapan hari
terperangkap. 

“Tekanan nadi dan jantung beliau kuat dan insya Allah
beliau akan selamat,” kata Dr Hamdan Mohd Khalib,
selepas memeriksa Tengku Sofian sebaik saja di
keluarkan dari celah-celah tuntuhan bangunan di tengah
banda Aceh. 

Dr Hamdan adalah salah seorang anggota pasukan lima
doktor PAS yang ke Acheh sejak Khamis, 28 Disember
lepas. 

Mereka adalah antara pasukan pertama dari Malaysia
yang tiba ke Aceh untuk memberikan bantuan semampu
mungkin. 

Di Aceh, mereka bergabung dengan pasukan bantuan dari
Parti Keadilan Sejahtera (PKS) yang merupakan pasukan
yang paling aktif membantu mangsa tsunami di Aceh. 

Kumpulan pertama misi kemanusiaan ini diketuai oleh
AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi. 

Doktor yang menyertai misi ini selain Dr Hamdan adalah
Dr Haji Abd. Rani Osman (Selangor), Dr Ismail Salleh
(Kedah), Dr Syed Ahmad Syed Mohd (Selangor) dan Dr
Haji Mamad Puteh (Terengganu). 

Turut serta adalah wartawan Harakahdaily, Zulkifli
Sulong. 

Sebaik saja tiba dari Medan 29 Disember lepas, pasukan
ini telah menjalankan operasi bantuan perubatan di
pusat-pusat perpindahan yang berselerak di luar banda
Aceh yang hampir 70 peratus musnah. 

Sebaik saja tiba pada hari Jumaat, mereka memberikan
bantuan kepada mangsa yang berpindah ke sebuah masjid
dekat Lambaro, Aceh Besar. 

Di sini, pemeriksaan dibuat oleh para doktor manakala
Ketua Pasukan, DR Syeed Azman menyarahkan sedikit
bantuan kepada imam masjid itu untuk diagih-agihkan
kepada mangsa yang berlindung di situ. 

Pada hari kedua di Aceh, pasukan ini mula dihantar ke
pusat-pusat perpindahana berdasarkan koordinasi yang
dibuat oleh Bulan Sabit Merah Indonesia iaitu sebuah
badan NGO seakan-akan Persatuan Palang Merah kerana
Indonesia satu-satunya negara Islam yang masih
menggunakan Palang Merah bukannya Bulan Sabit Merah
sebagai badan bantuan perubatan rasmi. 





                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - Helps protect you from nasty viruses. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Give hope to a child.
Helping a needy child is easier than you think.
Click here to meet someone who needs your help.
http://us.click.yahoo.com/hq3f6C/iJlJAA/i1hLAA/JcWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Reply via email to