Lawak jenaka para pengamal rasuah UMNO Baru di PWTC
minggu ini sungguh lucu.
Merekalah yang menodai DEB, merosakkan Melayu dan
menolak hukum Islam.
Tapi lakunan UMNO Baru di PWTC hanyalah sandiwara
buaya berbulu itik ............ sungguh jelek dan
kotor, para penyamun negara.

Tahniah kepada UMNO Baru yg telah menghapuskan
biasiswa dan pinjaman pelajaran....Mara, TPTN dll.

Petikan Utusan Malaysia ... BUKTI JELAS UMNO ADALAH
PEROSAK SEGALA-GALANYA DI MALAYSIA !!!

Nurul Nabila perlu bantuan teruskan pengajian di UTP

ALOR STAR 20 Julai - Nurul Nabila Abu Bakar, pelajar
jurusan Teknologi Maklumat (IT) di Universiti
Teknologi Petronas (UTP) di Tronoh, Perak, berasa
keberatan untuk mendaftar semula di UTP apabila cuti
semester selama sebulan berakhir. 

Hasratnya selama ini ialah untuk membebaskan diri
daripada belenggu kemiskinan dengan menimba ilmu
tetapi melihatkan laluan getir yang bakal dihadapinya
untuk menamatkan pengajian, terlintas juga dalam
fikirannya lebih baik ambil keputusan berhenti sahaja.


Sekalipun keputusan itu mendapat bantahan keras datuk
dan nenek saudaranya, Ismail Man, 81, dan Ku Mariam
Abu Bakar, 65, Nurul Nabila berkata, dia tidak
mempunyai sumber kewangan dan tidak boleh bergantung
kepada datuk dan neneknya itu yang hidup daif. 

``Semua pelajar dimestikan mendaftar 24 Julai ini.
Jika keadaan tidak berubah, saya akan berhenti,'' kata
pelajar berusia 18 tahun itu dengan sedih ketika
ditemui Bernama di rumah datuk dan nenek saudaranya di
Batu 6 1/2, Titi Gajah, di sini.

Kesempitan hidup ketika ini semakin terasa apabila
terpaksa membayar segera wang RM800 yang dipinjam
daripada saudara mara ketika mendaftar untuk semester
pertama di UTP, awal tahun ini. 

Nurul Nabila, anak bongsu daripada enam beradik,
dijaga oleh Ismail dan Ku Mariam sejak berusia lima
bulan setelah kedua-dua ibu bapanya, Abu Bakar Mohamed
Isa dan Ku Siti Khalijah Ku Said bercerai. 

Dua kakak dan tiga abangnya dijaga oleh keluarga
angkat masing-masing manakala Nurul Nabila diberikan
kepada Ismail dan Ku Mariam.

Nurul Nabila merupakan pelajar cemerlang dalam Ujian
Penilaian Sekolah Rendah apabila memperolehi 5A serta
mencatat keputusan 8A dalam Penilaian Menengah Rendah
dan Sijil Pelajaran Malaysia. 

Bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara Langkawi itu
berkata kesempitan hidup adakalanya menyebabkan datuk
dan nenek saudaranya, orang yang dianggapnya banyak
berjasa, tidak menjamah makanan dan mengikat perut
kerana perlu memberi wang kepadanya ketika bersekolah
dulu. 

Beliau berkata datuk dan nenek saudaranya itu tidak
mempunyai sebarang pekerjaan dan hanya bergantung
kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat
RM100. 

Nurul Nabila berkata, dia mendapat biasiswa RM270
sebulan selain bantuan yuran pengajian dan penginapan
daripada Mara untuk mengikuti program `foundation'
dalam bidang IT selama setahun di UTP. 

Penderitaan hidup keluarga itu mendapat perhatian
Penolong Setiausaha UMNO Bahagian Kuala Kedah, Abdul
Mutalib Harun apabila tampil memberi sumbangan
peribadi berupa barangan keperluan harian kepada
keluarga itu semalam. 

Mereka yang ingin membantu boleh menghubungi Nurul
Nabila di talian 016-4925172/04-7141240 atau terus ke
akaun Bumiputra-Commerce Bank Berhad nombor
0809-0068765-52-0. - Bernama

What the difference between Khairy Jamaluddin and the
rest of UMNO people ? Not much difference, they won't
stamp out corruption, cronyism, help bring up the
rural people, better infrastructure, efficient
utilisation of our resources and the list goes on.
There is no difference in all these UMNO politicians,
just that all of them have different names. They are
not there to work for our better future, they are
there just to line up their fat arse and bellies.








        
                
__________________________________ 
Do you Yahoo!? 
Yahoo! Mail - You care about security. So do we. 
http://promotions.yahoo.com/new_mail


Alternatif-Net : A Discussion Forum Focusing on Issues Related to Justice
            Forum Perbincangan Maya Yang Fokus Kepada Isu Keadilan

Disclaimer: Messages sent do not represent the stand of the Barisan Alternatif 
(BA) unless otherwise stated

Complaint : Send to [EMAIL PROTECTED]

To Sub    : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED]
To Unsub  : Send blank e-mail to [EMAIL PROTECTED] 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/alternatif-net/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Reply via email to