Saya harap fahamkanlah betul-betul surah Al-Kafiroun tersebut. Allah Maha Adil 
dalam memaksudkan sesuatu. Biarpun kafir bukan bermaksud membenci kafir. Tapi 
menunjukkan kepada kafir keindahan Islam. Kalau boleh difahami betul² ayat 
tersebut tanpa rasa hipokrit, membenci @ menghina agama lain, pasti kita boleh 
faham apa yang cuba disampaikan oleh Kalam Allah.

Dari pemahaman saya, dalam menjalankan dakwah Islam kita tidak boleh membiarkan 
si kafir membenci kita sebaliknya mengagumi keteguhan kita kepada Allah. Kita 
mengharapkan mereka memuji & mulai mencintai Islam kerana keteguhan kita 
sebagai muslim/muslimah yang adil tanpa hasad dengki.

Adakah Marina Mahathir menyembah apa yang mereka sembah? Adakah dia beribadat 
apa yang mereka ibadatkan? Mungkin ya, jika nawaitunya untuk mendapatkan berkat 
dari semua agama. Mungkin tidak jika dia sekadar menghormati agama lain yang 
berkongsi doa untuk Dr. Mahathir. Apatah lagi kalau dia didesak mengadakan 
kelompok doa beramai-ramai oleh pelbagai pihak agama. Untuk tidak menyinggung 
mana² pihak, dia biarkan mereka dengan cara mereka & semoga mereka boleh 
melihat cara kita sebagai Islam. Insya-Allah, 1 @ 2 dari mereka insaf melihat 
keharmonian Islam. Insya-Allah, lambat laun moga² ada terbuka pintu hati 
mendekati Islam... jika mereka boleh sebut befriend with the enemy, kita juga 
boleh.

Kalau Marina Mahathir turut serta berdoa seperti setiap dari agama² mereka 
(termasuk berpangkah salib!), Wallahualam! Allah Maha Mengetahui atas segala 
yang berlaku & Dia Maha Pengampun. Kita sebagai manusia biasa yang tidak berada 
di situ & tidak memahami nawaitu Marina Mahathir secara jelas, jangan tambahkan 
dosa kita dengan berkata itu & ini selain Allah menunjukkan jalan mereka yang 
benar² insaf.

Siapakah umat jenis Marina? Siapakah kita yang berhak menghukum sesuatu umat? 
Maha Suci Allah, saya tidak berani berkata tidak @ ya kepada sesuatu yang lain 
kecuali diri saya sendiri. Tapi demi Allah, sesuatu yang tercipta itu ada 
hikmah di sebaliknya. Jangan sesekali mengatakan tidak kepada Islam Hadhari @ 
mana-mana jenis Islam pun jika prinsip yang terkandung di dalamnya itu berpandu 
dari Kalam Allah. Ingatlah, sebaris ayat Al-Quran mampu ditafsirkan dalam 
pelbagai cara. Tapi maksud sebenarnya Allah saja yang tahu. Kita sentiasa kena 
ingat bahawa setiap yang tercipta di depan mata kita biarpun ia buatan manusia 
tetap dari Allah... biarpun dia kafir.

Sudah cukup sempurnakah kita sebagai hamba Allah hingga mampu mengatakan tidak 
pada Islam Hadhari? Masya-Allah....

Setahu saya tanpa Islam Hadhari dulu juga kebanyakan muslimin & muslimah di 
Malaysia tetap begini perangainya... memusuhi yang bukan Islam tanpa asas, 
membenci bangsa lain tanpa mengira dia Islam @ tidak. Entahlah... cukup²-lah 
dengan peperangan yang memburukkan Islam. Cukup²-lah mengkhianati @ mencurigai 
saudara se-Islam sendiri. Ini bukan kita yang menentukan mereka (khianat @ 
tidak), Allah ada 99 sifat. Dia Maha Tahu Segalanya. Tugas kita, jadikan Islam 
sebahagian dari hidup mereka yang bukan Islam. Jangan lupa, perayaan kita 
sendiri di Malaysia pun kalau nak diikutkan tak serupa Islam juga kalau di 
lihat betul-betul. Perayaan kita lebih kepada budaya. Begitu juga perayaan 
Aidilfitri Islam di India, China, Korea, Jepun, US & negara² lain. Islam itu 
bersifat universal.

Kita boleh raikan Gong Xi Fa Cai & Deepavali tapi jangan sampai pergi ke kuil 
mereka @ makan makanan haram. Tapi kalau niat berdakwah menunjukkan inilah 
sifat² mulia Islam, apa salahnya. Mereka juga ada membantu kita. Tak 
bersyukurkah kita melihat kini ada yang bukan Islam sudah pandai memberi salam, 
ada yang sudah pandai menyebut kalimah Allah tanpa niat? Mana tahu ia menjadi 
kenyataan, Insya-Allah.

Seperti yang disebut "Pada zaman Rasulullah SAW orang kafir hidup dalam satu 
bumbung dengan orang Islam dan mereka menerapkan sistem undang² negara Islam." 
Bukankah itu yang ingin kita mulaikan di sini. Permulaan Islam di Malaysia dulu 
lebih teruk dari sekarang kalau diikutkan berpandu sejarah Tanah Melayu. 
Insya-Allah, moga² Islam Hadhari akan membawa mereka yang bukan Islam memahami 
Islam lebih mendalam. Kita meraikan agama mereka pun kerana kita ingin 
menunjukkan sikap adil kita supaya mereka memahami Islam kerana Islam tidak 
memaksa sesiapa kecuali kalau terpaksa.

Apa pun, bagi sesiapa yang ada di situ hari itu maka sepatutnya tegurlah Marina 
segera & bukan tambah lagi aibnya dengan e-mel sebegini. Setiap dari kita ada 
melakukan kesilapan. Sebesar mana pun pangkat Marina, tak perlulah takut 
menegur jika kita lakukannya demi Allah. Lagi kita tambah aib Marina, maka lagi 
bertambah dosa kita di sini. Beginikah caranya kita melayan sesama Islam?

  ----- Original Message -----
  From: SHAIK TAMBY ADAM
  To: Ikhwanul Muslimun
  Sent: Friday, October 12, 2007 7:45 AM
  Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tun Dr M- Doa selamat (ape nak jadi 
dg org Islam???)



  In The Name Of Allah The Beneficent The Merciful

  Al-Mumtahinah (The Examined One)
  60:1 O ye who believe! Choose not My enemy and your enemy for friends. Do ye 
give them friendship when they disbelieve in that truth which hath come unto 
you, driving out the messenger and you because ye believe in Allah, your Lord? 
If ye have come forth to strive in My way and seeking My good pleasure, (show 
them not friendship). Do ye show friendship unto them in secret, when I am best 
Aware of what ye hide and what ye proclaim? And whosoever doeth it among you, 
be verily hath strayed from the right way. -  English

  60:1 "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan 
musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka 
(berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka 
telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan 
(mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu 
benar-benar keluar untuk berjihad pada jalan-Ku dan mencari keridaan-Ku 
(janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia kepada 
mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu 
sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barang siapa di antara kamu yang 
melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus."

  >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

  [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
    Aku rasa leon ni dah pening kot..., macam mana dier boleh cakap mcm tu...???
    Aku rasa macam dia dah menyamakan taraf agama Islam ni dengan agama lain di 
sisi Allah...
    Maksudnya tak kesah la nak menganut agama apa dan mengikut ajaran apa, tapi 
yang penting kepada yang Esa...
    Sembahyang lah ikut cara agama lain2 tapi diniatkan dihati menyembah yang 
Esa...

    Aku rasa Leon, lebih baik anda tarik balik kata-kata anda dan bertaubat..., 
walaupun mungkin anda tidak bermaksud untuk menulis atau berpendapat demikian, 
tetapi kata2 anda boleh menyebabkan orang lain salah paham dan akidah 
seterusnya terpengaruh dengan tulisan yang tidak dimaksudkan demikian...

    Selalu ingat pesanan guru saya, jika bedebat mengenai agama, pastikan anda 
tau hujung pangkal atau anda mungkin terpesong dan lebih teruk lagi kepada 
syirik. Kalau tak sure lebih baik senyap jer dan jgn melawan. Syirik itu sangat 
bahaya...



    TUdiN



    ----- Original Message ----
    From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]>
    To: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
    Sent: Thursday, 4 October, 2007 2:36:11 PM
    Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Tun Dr M- Doa selamat (ape nak 
jadi dg org Islam???)


    Tanyalah, tidak mengapa. Tak taulah kalau ada ke tidak sebab tak pernah 
dengar. Tapi kalau tak pernah dengar, tidak bermakna tiada. Pegangannya adalah 
hanya ada satu tuhan, dan tuhan itu ALLAH. Mana ada dua tuhan atau lebih. Kalau 
kata ada 2 atau setengah pun sudah dikira syirik. Ada tuhan yang lain pun sudah 
dikatakan syirik. Kalau sudah percaya satu tuhan, yang lain lain tu berdoa 
kepada siapa. ALLAH jualah. Mana ada tuhan yang lain. Syirik ooi kata mereka 
menyembah kepada yang lain. Macam mana nak sembahyang terawah dengan ugama 
lain, sebab cara sembahyang dia berbeda. Mereka dengan cara mereka. Mana boleh 
basikal berlumba dengan motorsikal. F1 pun tak boleh berlumba dengan A1. 
Sekadar bersenda.

    "man ah lok"@yahoo.com wrote:
      Salam saudara leonadrianto,

      aku nak tanye nko sikit la, ada ke Nabi S.A.W. kita berdoa dgn paderi2 
kristian atau paderi2 yahudi. Baginda pon tak suruh umat dia berdoa dgn 
penganut2 agama lain. Setahu aku la (sila betulkan jika ada dalil sahih). Ini 
bole mendatangkan syirik sbb menduakan Allah. kalau la penganut agama lain tu 
berdoa, tapi niat ditujukan kepada selain Allah, tidakkah itu syirik? ini bukan 
topik asma`ul husna, nama Allah ada 99 tu, tapi AKIDAH. aku pon takkan 
sembahyang terawih bersama sama penganut hindu. hehehe. aku sekadar kekalkan 
akidah kita agar tak lari.
      wassalam



      On 9/24/07, leonadrianto <leonadrianto> wrote:
        Apa yang kecoh kecoh ni. Seorang anak membuat doa selamat untuk bapanya 
pun menjadi isu. Dia meminta kaum kaum lain untuk sama-sama berdoa pun jadi 
isu. Biarlah. Takkan itu pun salah. Tuhankan hanya ada satu. Tuhan yang satu 
itu namanya ALLAH, dan ada 99 nama lagi. Kalau sudah satu tuhan, sesiapa jua 
yang berdoa itu kepada siapa perginya, kalau tidak kepada ALLAH jua, kecualilah 
kalau diniatkan kepada pokok, gunung atau lainnya. Pandai pun menulis, kita 
dengan cara kita, dia dengan cara dia. Tapi bila mereka buat cara mereka, kita 
hendak marah pula. Hai binggung betul.

        [EMAIL PROTECTED] wrote:
          >Kesiannya anak Tun M sanggup buat doa selamat utknya menggunakan
          >berbagai kepercayaan, sedangkan terdpt larangan Allah swt dalam
          >Al Quran surah Kulya Ayuhal Kafirun iaitu "Bagi engkau agama engkau 
dan
          >akuagamaku dan aku tak akan sembah apa yg engkau sembah
          >dan engkau tak akan sembah apa yg aku sembah". Sedihnya multi 
religion
          >practices sedang berleluasa dipratikkan di Indonesia & Singapura dan
          >nampaknya telah sampai pun di Malaysia kini dan semalampun Majlis 
fatwa
          >pundah boleh terima masok org yg tak ada agama background sebagai 
ahlinya.
          >Semuanya kerana Malaysia Boleh
          >
          >Surat Jemputan dari Datuk Marina Mahathir,
          >Dear friends,
          >You are cordially invited to a multifaith doa selamat
          >on Sunday Sept 9 2007
          >at 7pm
          >at Blog House, 66, Lorong Setiabistari 2, Bukit Damansara, KL
          >
          >Programme:
          >7pm Arrival of guests
          >7.15pm Maghrib prayers led by Imam Feisal Abdul Rauf
          >7.30pm Prayers by each faith to be led by:
          >
          >Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
          >Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
          >Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
          >Buddhist community (TBC)
          >Sikh community (TBC)
          >Baha'i community (TBC)
          >
          >Imam Feisal will end with a doa.
          >8.00pm Dinner
          >(Times are approximate)
          >
          >Please do join us if you can. The gathering is to do a thanksgiving 
to
          >God Almighty for my father's successful operation and continued 
recovery. It
          >is also an opportunity for us to thank all well-wishers for the kind
          >prayers and support that they have extended to me and my family.
          >
          >Thank you.
          >
          >Marina and family
          >
          >Dah x percaya kat tuhan sendiri kerr??


          ------------ --------- --------- --------- -- (on mail)

          MARINA 3.jpg was scanned and no virus found
          MARINA 4.jpg was scanned and no virus found
          MARINA 5.jpg was scanned and no virus found
          MARINA 6.jpg was scanned and no virus found
          MARINA 7.jpg was scanned and no virus found
          MARINA 1.jpg was scanned and no virus found
          MARINA 2.jpg was scanned and no virus found
          ------------ --------- --------- --------- --------- ---------




------------------------------------------------------------------------
        Got a little couch potato?
        Check out fun summer activities for kids.





----------------------------------------------------------------------------
    Looking for a deal? Find great prices on flights and hotels with Yahoo! 
FareChase.





----------------------------------------------------------------------------

    For ideas on reducing your carbon footprint visit Yahoo! For Good this 
month.




------------------------------------------------------------------------------
  Pinpoint customers who are looking for what you sell.

   

Kirim email ke