Assalamu alaikum warahmatullah,

Terdapat jawatan kosong di sebuah IPTA seperti berikut : 


1. Pembantu Hal Ehwal Islam ( Pentadbiran )

- Skop kerja meliputi kerja-kerja perkeranian dan sekali-sekala
membantu muazzin di masjid. Kerja 8.00 pg - 5.00 ptg, 5 hari seminggu.
Tuntutan elaun kerja lebih masa jika diarahkan. Kemudahan perubatan.
Bonus tahunan jika baik. Jawatan kontrak boleh ditukar ke jawatan
tetap jika mampu menunjukkan komitmen. 

- Kelayakan : 18 tahun ke atas . Minimum SPM, kelebihan jika ada
kelulusan yang baik dalam Pendidikan Islam. Mampu menggunakan komputer.

- Gaji mengikut kelayakan dan pengalaman kerja. 


2. Pembantu Hal Ehwal Islam ( Masjid )

- Sebagai Bilal dan pembantu imam. Bertanggungjawab terhadap
kebersihan dan ketertiban masjid. Masa kerja flexi, perlu memenuhi
jumlah masa minimum sehari/seminggu. Rumah disediakan. TIADA elaun
lebih masa. Kemudahan perubatan. Bonus tahunan jika prestasi
memuaskan. Jawatan kontrak boleh ditukar ke jawatan tetap jika mampu
menunjukkan komitmen. 

- Minimum 18 tahun. SPM dengan kelulusan baik dalam pendidikan Islam.
STAM dan seumpamanya diutamakan. Boleh azan dan membaca al-Quran
dengan baik. Mampu menggunakan komputer. 
- Gaji mengikut kelayakan dan pengalaman. 

Untuk maklumat lanjut sila email ke [EMAIL PROTECTED]  atau hubungi
016-5531418 (Ustaz) . 

Wassalam



Kirim email ke