Bila baca nampaknya semua nak salahkan UMNO saya tak kata yang saya ni 
penyokong tapi cuba fikir tanpa menyalahkan orang lain. Bagi saya yang salah tu 
orang melayu sendiri tak kira politik mana . Sikap orang melayu yang terlalu 
berlembut dan sikap tak mengapa selagi tak kena batang hidung sendiri tapi 
kalau sesama melayunya tak boleh nak bertolak ansur kalau tengok melayu kaya 
aje mulalah nak dengki kianatnya siap lagi dengan ilmu guna2nya. cuba tengok 
orang cina boleh berniaga barang yang sama kedai sebelah menyebelah kalau tak 
ada barang dikedai sendiri boleh pula minta kita pergi tengok kedai sebelah , 
kalau melayu tengok kedai kawan sebelah  maju aje dah mulala nak bomohkan kawan 
sendiri tapi kalau dengan cina tak buat pun. Jadi ubah sikap orang melayu 
dulu.Kes terbaru pasal arak yang beri izinkan orang melayu juga, tender juta2 
dapat dekat orang melayu tapi melayu lebih percaya kaum lain dari melayu 
sendiri buat kerja (alibaba) jadi bila timbul
 masaalah jangan nak tunding dekat kaum lain tapi tunding dekat kaum sendiri 
saya rasa kalau orang melayu mahu bersatu seperti nenek moyang kita dulu tak de 
siapa berani.
Yang buat saya paling geram , sedihnya orang melayu masih tak sedar 
dipergunakan .
Rasanya semua di sini cerdik pandai jadi fikirla dengan fikiran terbuka selagi 
kita  taksub pada politik sesuatu parti kita tak akan dapat berfikir dengan 
sewajarnya, Islam agama terbaik jadi ikuti apa yang diajar bukannya apa yang 
ahli politik ajar kalau ramai yang tak sokong benda tak akan terjadi .
Renunglah dengan hati terbuka dan berikrarlah untuk menjadi melayu 
sejati...........
Maaf di atas kata saya kalau ada yang tersinggung tapi saya dah lama menanggis 
lihat sikap orang melayu ni sesama sendiri bermusuh tapi kaum lain siap dipuji 
kerana politik sanggup anayai kaum sendiri .




________________________________
Daripada: "ferio...@yahoo.com" <ferio...@yahoo.com>
Kepada: Ikhwanul Muslimun <hidayahnet@yahoogroups.com>
Dihantar: Selasa, 4 Ogos, 2009 3:33:22
Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
aku!!!

 
saudara yg kirim emel cerita tan sri,
 
kenapa mewar-warkan sangat soal hak sama rata ni..saya tak suka sebut, tapi 
sebab sdr suka mengulang2 skrip ciptaan umno nampaknya. inilah modal yang 
sedang dijaja setiap hari hinggakan ada mufti kita sendiri nampaknya sudah 
terpedaya.
 
sdr, apa sangat yg diminta oleh golongan pendatang (yang bukan kroni umno) ini 
dibandingkan dgn apa yg telah diberi oleh umno kpd rakan cina mereka tauke2 
mca. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn berapa ribu 
tender pelbagai kontrak yg diali-babakan oleh melayu sendiri? tapi umno menipu 
rakyat dgn menyebut org melayu sudah pandai berdikari. lain yg disebut lain yg 
dibuat. apa yg penting sangat hak sama rata dibandingkan dgn berapa ribu hektar 
tanah (orang kita melayu!) yang sudah diberi utk dimajukan oleh syarikat2 cina? 
tanah di pulau pangkor, genting highlands, johor, di melaka,  dan merata lagi 
cina yang punya. siapa yang beri?? kontrak balak ribuan juta di sabah & pahang, 
siapakah pemilik terbesar? apakah ini tidak penting utk kita bantah?cubalah 
kita renung sedalam2nya. ..janganlah mudah sangat terpengaruh dgn emel2 yg 
kononnya nak membangkitkan kesedaran melayu bahawa kaum pendatang ini sudah 
melampau menuntut yg mcm2.
 hakikatnya hak org melayu sendiri sudah lama dahulu digadaikan oleh umno. 
cubalah teliti berapa hak rizab melayu sudah dijual kepada cina? saya soal 
kembali, mana yang lebih mustahak, mempertahankan & menuntut kembali setiap 
inci tanah org melayu yg sudah diberi kepada tauke mca atau berjaja ke sana 
sini cerita kaum pendatang ingin menuntut hak sama rata?  
setiap saat kita asyik mendendangkan hak sama rata ini, hak sebenar kita iaitu 
kekayaan negara yg kita cintai ini sedang diratah perlahan2 oleh kroni2 umno 
iaitu mca sedikit demi sedikit selama 5o tahun. apa yg umno rugi? mereka 
sendiri dapat komisyen. mahukah mereka dengar rintihan org melayu yg ditindas 
oleh tauke cina? ayah saya buktinya. sudah bertahun2 kerja dgn dinafikan 
bayaran. dia seorang subkontraktor di bukit tinggi, pahang di bawah berjaya 
groups sdn. bhd. milik TAN SRI vincent tan seorang jutawan karib umno, tetapi 
sehingga kini tidak dibayar. malah diugut akan ditarik bayaran kalau mahu 
mengadu di mana2. nasib kontraktor & subkontraktor2 melayu di bawah syarikat2 
cina mca ni terlalu menyedihkan, cuma kita tak tahu & tak mahu ambil tahu. 
bayangkanlah sudah berapa lama bukit tinggi resort itu sudah siap.
 
apakah ini tidak penting utk kita pertahankan selain dari mengomel hak sama 
rata. ia sudah dijamin dalam perlembagaan negara. ydpa agong adalah pemerintah 
tertinggi negara. di bawah perkara 37, baginda lah yang merupakan pelindung hak 
istimewa org melayu dan perkara 152, 153 tidak boleh dipinda di parlimen. kalau 
pun pembangkang menang 2/3 majoriti pun masih tidak boleh pinda perlembagaan 
utk menghapuskan hak istimewa melayu. lalu mahu pinda bagaimana? askar melayu 
diraja, polis melayu diraja, semuanya di bawah kekuasaan ydpa agong. beranikah 
kaum pendatang nak menyebut meminda hak istimewa ini? mahu kena tembak? 
ringkasnya, mekanisme yg mempertahankan hak istimewa org melayu sudah 
diperuntukkan dalam perlembagaan. jadi apa yg ribut2 sangat pasal hak sama rata 
ini? seperti yg saya katakan, umno sedang menipu rakyat malaysia. benda yg 
tiada diada2kan.
 
nasihat saya cuba teliti perlembagaan kita. ia sudah pun 'safeguard' hak kita 
org melayu.. yang lebih penting ialah memikirkan hak melayu yg tidak 
dipertahankan oleh perlembagaan seperti perkara2 yg saya sebut tadi yg sedang 
dijual oleh umno satu persatu. zaman ini saudara, wang segala2nya.. .apa sangat 
nak dibanggakan dgn perjuangan melayu kalau duit tiada di poket. itu yg lebih 
mustahak pada pengkhianat2 bangsa ini. maafkan saya sebab berkasar. tapi saya 
sedih dgn penipuan bertahun2 ini...kita tidak kenal mana musuh kita yg 
sebenarnya. yang bermulut manis itulah musuh tapi kita asyik tertembak musuh yg 
salah...sedihnya. .
 
sekian.


--- Pada Khm, 30/7/09, kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com> menulis:


>Daripada: kho...@yahoo. com <kho...@yahoo. com>
>Subjek: Re: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap 
>hak aku!!!
>Kepada: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>Tarikh: Khamis, 30 Julai, 2009, 10:26 AM
>
>
> 
>   "Pendatang janganlah meminta berlebih-lebih" , rasanya inilah yang ingin 
>diperkatakan. Namun apa yang berlaku hari ini (sejak 50 tahun merdeka) dibawah 
>kepimpinan UMNO belum apa pun diminta oleh "puak pendatang" mereka sudah 
>diberi !! Ketetapan hanya 30% dalam DEB kepada Bumiputra apakah ianya wajar ?? 
>Adilkah itu ? Apabila negeri Kedah diterajui Pakatan Rakyat dasar pemilikan 
>rumah yang dibina oleh pemaju telah dinaikkan kepada ? 50% kerana tanah-tanah 
>itu rata-ratanya adalah milik orang Melayu tapi mengapa dibawah UMNO orang 
>Melayu hanya boleh milik 30% saja ?? Apakah dasar ini dipatohi oleh 
>syarikat-syarikat milik bukan Melayu (walau pun sekadar untuk 30%) yang perlu 
>diperuntukan kepada orang Melayu tak kiralah sama ada dari segi rumah kediaman 
>/gedung perniagaan lebih-lebih lagi saham mau pun kakitangan nya. Kakitangan 
>profesional lagilah jangan diharap !!
>
>    Saya tak fikir apa yang dilakukan oleh kerajaan Kedah itu satu tindakan 
>perkauman tapi ianya adalah dasar bagi mengembalikan hak orang Melayu (pemilik 
>asal tanah tapi dimajukan oleh syarikat pemaju). Itu dalam hal pemilikan tanah 
>dan harta benda tapi dalam soal perniagaan pula berlaku monopoli oleh bukan 
>Melayu dan kadangkala mereka bertindak "menikam dari belakang" agar peniaga 
>Melayu dalam bidang yang sama gulong tikar. Berlaku juga jika ada Melayu yang 
>bekerja di syarikat milik bukan Melayu macam-macam diskriminasi dilakukan tapi 
>demi kesinambungan politik UMNO jika ada pun tindakan ianya sekadar melepaskan 
>batuk di tangga.  Lebih menyedihkan ada puak dalam UMNO yang mudah dapat 
>projek tapi bila dapat diAlibabakan kerana nak dapat untung "atas angin". 
>Sepatutnya jika tidak ada daya saing pun janganlah diAlibabakan tapi 
>laksanakan secara Ali dan Baba. Masalah dengan kontraktor-kontrakt or Melayu 
>ni bila dapat bayaran bukan diguna untuk
 berniaga tapi diguna untuk kepentingan lain samada bertujuan politik atau 
peribadi.
>
>    Kabarnya di Kelantan pada tahun lepas ada seorang kontraktor dapat kontrak 
>bina satu jambatan (? berkembar) dan dikatakan jutaan ringgit telah dibayar 
>oleh kerajaan Pusat yang ? tidak sepadan dengan kerja-kerja yang dilaksanakan. 
>Dengar cerita wang itu banyak dibelanjakan untuk menang dalam pilihan raya 
>2008 di sebuah DUN dalam parlimen Kota Bharu. Kabarnya ada pekerja parti yang 
>dibawa melancong ke Indonesia tak tahulah berapa yang dibelanjakan. Ianya wang 
>kerajaan Pusat tapi mungkin ianya dibayar ? atas dasar kepentingan UMNO walau 
>pun kerja-kerja projek yang telah dilaksanakan tidak setimpal !!?? Tapi kerana 
>bijak pengundi di DUN tersebut calun itu kalah mungkin kerana ? ramai para 
>pengundi "makan umpan tapi tak makan kail" (? tidak seperti sebahagian 
>pengundi di Manik Urai) !! Maka apa yang berlaku dengan hak Melayu (hakikatnya 
>segalanya milik dan amanah Allah swt) adalah kerana Melayu sendiri yang 
>sanggup gadaikan demi kepentingan sendiri
 /puak !! Wallahua'lam.
>
>ibnuAli
>kota jembal 
>
>--- On Sun, 7/26/09, aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com> wrote:
>
>
>>From: aiman.hussin@ yahoo.com <aiman.hussin@ yahoo.com>
>>Subject: Help Palestine [hidayahnet] Hak anda hak aku tapi hak aku tetap hak 
>>aku!!!
>>To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayah...@yahoogro ups.com>
>>Date: Sunday, July 26, 2009, 6:34 PM
>>
>>
>> 
>>Email ini saya terima dari kawan-kawan, mungkin kisah ini benar...
>>
>>Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan 
>>Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 
>>orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat 
>>Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
>>
>>Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. 
>>Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang 
>>Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun 
>>bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar 
>>sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka 
>>wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih 
>>berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan 
>>dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.
>>
>>Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini 
>>bekerja dengan Tan Sri?
>>
>>Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun 
>>sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan 
>>saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi 
>>dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
>>
>>Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni 
>>kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
>>dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan 
>>Sri tadi.
>>
>>Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang 
>>mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak 
>>kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada 
>>mereka.
>>
>>Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang 
>>Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri 
>>pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. 
>>Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
>>
>>
>

________________________________
Dapatkan nama E-mel keutamaan anda!
Kini anda boleh @ymail.com dan @rocketmail. com.



      Nikmati lebih banyak perbualan di blog dan tapak web. Alaminya dengan 
Online Pingbox Creation Wizard. http://my.messenger.yahoo.com/pingbox/

Kirim email ke