Berkongsi Melakukan Korban dan 'Aqiqah
Contributed
Soalan: Bolehkah berkongsi seekor lembu untuk dibuat
korban dan 'akikah sekali ? 

Jawapan:

Jumhur ulama berpendapat boleh melakukan 'akikah
dengan seekor kambing, unta atau lembu, akan tetapi
mereka berbeza pendapat, adakah 'akikah mengambil
hukum adhiyah (korban), atau sama dengan hukum korban,
sehingga akikah boleh berkongsi pada seekor lembu atau
unta? 

Ini adalah masaalah khilafiyah, ulama-ulama mazhab
al-Syafie berpendapat boleh kerana melihat akikah
adalah sama dengan korban yang boleh berkogsi bahagian
sepertimana yang disebut oleh al-Imam al-Nawawi.
Manakala ulama ulama mazhab Hambali dan Maliki
berpendapat tidak boleh, jika seseorang hendak
melakukan akikah dengan seekor lembu contohnya, ia
hanyalah untuk seorang anak sahaja tidak boleh
berkongsi bahagian kerana bagi mereka akikah tidak
sama hukumnya dengan korban dalam bab bolehnya
berkongsi bahagian. 

Di dalam laman islam-qa menyebut: "dan yang lebih
hampir, bahawasanya ia ('akikah) tidak boleh berkongsi
(niat), dan inilah (mazhab yang lebih hampir kepada
kebenaran) mazhab al-Malikiyyah dan al-Hanabilah."
(lihat al- Mausu'ah al-Fiqhiyyah 30/279)


Ulama yang berpendapat tidak boleh berkongsi dalam
melaksanakan 'akikah, melihat 'akikah adalah satu
penebusan terhadap anak yang dilahirkan, maka seekor
binatang yang disembelihkan untuk akikah adalah untuk
seorang anak sahaja, kerana itu tidak terdapat dalil
yang menunjukkan adanya perkongsian dalam melakukan
akikah, maka ibadah hendaklah dibina atas dasar
al-tauqif (mengikut dalil).

wallahu a'lam.

===========
Tidak boleh berkongsi haiwan korban bagi ibadah Korban
dan Aqiqah.
By Mohd Yaakub Mohd yunus

Terdapat segelintir umat islam yang menggabungkan
ibadah korban dan aqiqah dengan menggunakan formula
dua dalam satu. Hal ini sebenarnya tidak memiliki
sebarang dalil yang sabit daripada Rasulullah s.a.w..
Syaikh Abu Muhammad ‘Ishom bin Mar’i dalam kitabnya
Ahkamul Aqiqah berkata:

“Dalam masalah ini pendapat yang benar adalah tidak
sah menggabungkan niat aqiqah dengan korban. Sebab
aqiqah dan korban adalah ibadah yang berbeza jika
ditinjau dari segi bentuknya dan tidak ada dalil yang
menjelaskan sahnya mengerjakan salah satunya dengan
niat dua amalan sekaligus. Sedangkan sebaik-baik
petunjuk adalah petunjuk Rasulullah s.a.w. dan Allah
Ta’ala tidak pernah lupa.”




      
____________________________________________________________________________________
Looking for last minute shopping deals?  
Find them fast with Yahoo! Search.  
http://tools.search.yahoo.com/newsearch/category.php?category=shopping

Kirim email ke