LAWATAN SHEIKH SALIM HILALI KE KUALA LUMPUR

Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia diamanahkan
oleh Pejabat Mufti Perlis untuk menjadi tuan rumah
kepada Sheikh Salim Eid Muhammad Hilali (Sila Lihat
Biografi) mulai 2 September hingga 6 September 2007. 
Beliau yang akan tiba pada 27 Ogos 2007 atas jemputan
Sahibus Samahah Mufti Perlis terlibat dalam beberapa
program di Pulau Pinang dan Perlis sehingga 1
September.

Program yang telah disusun untuk Sheikh Salim Eid
Muhammad Hilali adalah seperti berikut:


2hb Sept (Ahad) 
8.30 pagi – 12.30 tengahari di Ceramah Perdana  KGPA
(Kelab Golf Perkhidmatan Awam)
5.00  – 6.30 petang Taaruf dengan Al-Nidaa Pejabat
Al-Nidaa’
8.00 – 10.00 malam      Wacana di Al-Nidaa’, Pejabat
Al-Nidaa’

3hb Sept (Isnin)
8.30 pagi – 12.30 tengahari Daurah Akademi Al-Nidaa’
8.00 – 10.00 malam Al-Khadeem-Kayu Ara

4hb Sep (Selasa)        
8.30 pagi – 12.30 tengahari     Daurah  Akademi Al-Nidaa’
3.30 – 5.00 petang      Universiti Malaya Lembah Pantai
8.00 – 10.00 malam      UIA, Matrik Petaling Jaya

5hb Sept (Rabu) 
8.30 pagi – 12.30 tengahari Daurah Akademi Al-Nidaa’
3.30 – 5.00 petang      UKM, Bangi
8.00 – 10.00 malam      UIAM, Gombak

6hb Sept (Khamis)
11.59 malam     Pulang ke Amman 


Untuk menyertai program ini, sila hubungi:

1.      Ustaz Fadlan bin Mohd Othman -  019-2233754
2.      Ustaz Shapizan bin Johari - 012-3708078
3.      Ustaz Anzaruddin bin Ahmad -  012-3808579 

BIOGRAFI SINGKAT SYAIKH SALIM BIN 'IED AL HILALI
(Dipetik dari
http://www.alaisar.com/index.php/content/view/46/35)

Tempat dan Kelahiran : 

Beliau di lahirkan di Kota Al Khaleel (Hebron) 
Palestin pada tahun 1377 H/1957 M.
 
Pendidikan: 

Beliau menyelesaikan studinya dalam jurusan ‘Ilmu
hadith’ 

Latar belakang  Beliau :

Beliau menimba ilmu daripada Syaikh Muhammad
Nashiruddin Al Albani–Rahimulloh-dan menemani beliau 
hampir selama  25 tahun.  Beliau juga bertemu dan
menimba ilmu daripada beberapa ulama Hadith di India,
Pakistan dan Hijaz (Arab Saudi–red) yang kemudian
beliau menerima ijazah sebagai perawi/periwayat hadith
dari guru-guru tersebut dan diperbolehkan mengajar dan
 meriwatkannya. Diantara guru-guru beliau dalam
belajar ilmu hadith adalah Shaikh Badee' Ar-Raashidee
(Muhaddith dari Sind), Shaikh Muhibb-ud-Deen
Ar-Raashidee, Shaikh ' Abd-Ul-Ghafaar Hasan, Shaikh
Muhammad ' Abdah Al-Falaah, Shaikh ' Ataa-Ulaah Haneef
(Muhaddith dari Punjab) dan Shaikh Hammaad Al-Ansaaree
(Muhaddith dari Madeenah).

Peranan Beliau dalam Dakwah :

Beliau aktif dalam menyerukan dakwah kepada manhaj
Salaf. Beliau mungkin adalah salah satu   ulama salafi
 cukup terkenal di negara-negara Barat (Eropah dan
Amerika) karena beliau rutin mengadakan perjalanan
untuk berdakwah  ke  Negeri Barat untuk mengunjungi
dan  menghadiri undangan pertemuan dan konferensi
Islam, program serta seminar terutama di Inggeris dan
Amerika Syarikat. Beliau juga mengajar dan memberi
kuliah di Jordan, sehingga banyak sekali rakaman kaset
 pelajaran  yang beliau sampaikan baik dalam Bahasa
Arab atau diterjemahkan dalam Bahasa  Inggeris .

Buku karangan Beliau :

Beliau termasuk ulama yang produktif dalam berdakwah
melalui karya tulisan mencapai hampir 100 karya tulis
,diantaranya:

1.      Bahjat-un-Naadhireen Sharh Riyaad As-Saaliheen (3
Jilid)  [Penjelas/Syarh         Riyaadh As-Saaliheen,
tersedia di www.al-aisar.com]

2.      Mawsoo'at-ul-Manaahee ash-Shara'iyyah fee Saheeh
As-Sunnat-in-   Nabawiyyah (4 Jilid)

3.      Kifaayat-ul-Hafadha Sharh Muqaddimat-ul-Mooqidhah
[Buku yang      menjelaskan     tentang terminology dalam
Ilmu Hadits]

4.      Limaadha Akhtartu al-Manhaj as-Salafee [Mengapa
Memilih Manhaj Salaf, kitab     terjemahan tersedia di
www.al-aisar.com]

5.      Basaa’ir Dhiwee Sharaf [Buku yang menjelaskan
beberapa prinsip Manhaj Salaf]

6.      Mu’alifaat Sa’eed Hawaa [Buku kritikan terhadap
buku-buku Sa’id Hawwa]
7.      Al-Jamaa’aat al-islaamiyyah [buku terjemahannya “
jama’ah-jama’ah         Islam   Ditimbang  menurut Al Qur’an
dan As Sunnah, dapatkan di www.al-      aisar.com]
        [Buku ini beliau tulis ketika masih berusia 25 tahun
]

8.      Al-Qaabidoon ‘alaal-Jamr [Memegang Sunnah – bagai
memegang bara api]

9.      Madaarij al-‘Uboodiyyah 

10.     Toobaa Lil-Ghurabaa [Kumpulan hadits yang
berkaitan dengan golongan       Al      Ghurabaa  

11.     As-Sabr [Kesabaran]

12.     Maqaami’ ash-Shaytaan [Jalan-jalan  untuk
mencegah Syaithon]

13.     Halaawat-ul-Eemaan [manisntya Iman]

14.     Qisat Ka’ab Ibn Maalik [Kisah  hadist Ka’ab Ibn
Maalik]

15.     Al-Qawl-ul-Mubeen fee Jamaa’at-ul-Muslimeen 
[Pembahasan tentang siapakah    jamaah muslimin]

16.     Ar-Riyaa [Riya]

17.     Al-Hayaa  

18.     Makaarim al-Akhlaaq [Akhlak Terpuji] 

Selain sibuk dalam beberapa jabatan pekerjaan Syaikh
Salim juga aktif memberikan catatan kaki, meneliti dan
menilai derajat hadith (tahqiq, takhrij dan ta’liq) 
dari beberapa kitab ulama salaf, diantaranya : 

1.      Al-Waabil as-Sayyib karya f Ibn Al-Qayyim 

2.      Al-‘Itisaam  karya  As-Shaatibee (2 jilid)

3.      Blind Following of the Madh-habs of Al-Ma’soomee

4.      Al-Adhkaar  karya Imam An-Nawawee (2  jilid),
telah diterjemahkan “Shahih dan Dhaif   kitab Al
Adzkar” lihat di www.al-aisar.com

5.      ‘Uddat-us-Saabireen  Karya  Ibn Al-Qayyim

6.      Jaami’-ul-‘Uloom wal-Hikam  Karya Ibn Rajab  

Beliau juga aktif menulis artikel yang berkaitan
dengan Tauhid, Aqidah dan Manhaj di beberapa majalah
Islam dan jurnal. Beliau juga merupakan salah satu
pendiri majalah Islami bermanhaj Salaf yang terbit di
Jordan, yakni majalah Al Ashaalah  dan menjabat
sebagai pemimpin editor. Beliau Juga sebagai salah
satu pendiri dan  menjabat sebagai direktur Markaz Al
Albani di Jordan,  sebagai institusi pendidikan Islam
bermanhaj Salaf, yang juga sering  mengadakan beberapa
program dan seminar.






      
____________________________________________________________________________________
Park yourself in front of a world of choices in alternative vehicles. Visit the 
Yahoo! Auto Green Center.
http://autos.yahoo.com/green_center/ 

Kirim email ke