Sila Layari blog saya : http://akob73.blogspot.com/

Taat seruan agama persiapan hadapi kematian
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Agama/20080528062400/Article/index_html

JUDUL: Persiapan Menghadapi Kematian
Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus
Penerbit: Karya Bestari Sdn Bhd
Pengulas: Jami'ah Shukri

KEMATIAN adalah perkara yang pasti, tanpa mengenal
bangsa, kedudukan dan kekayaan, cuma ajal maut itu
tidak diketahui bila waktunya hanya tuhan maha 
mengetahui dan ia berlaku dengan pelbagai cara sama
ada disebabkan menghadapi sesuatu penyakit, kemalangan
atau kematian mengejut.

Tiada siapa boleh melarikan diri daripada menghadapi
kematian dan mereka tidak mempunyai kuasa untuk
mempercepat atau menangguhkan.

Setiap manusia perlu sentiasa bersiap sedia terutama
dari segi amalan supaya kematian disambut dalam
keadaan yang bebas daripada sebarang dosa. Manusia
yang tenggelam dalam kemewahan duniawi, dikuasai hawa
nafsu dan maksiat, mungkin tidak begitu memikirkan
mengenai kematian.

Bagaimanapun, bagi mereka yang sentiasa mengingati
kematian, akan lebih berwaspada menghadapi liku
kehidupan dan berusaha menurut perintah Allah serta 
meninggalkan segala larangannya.

Di dalam buku ini, penulis melakarkan cara terbaik
untuk mengingati kematian antaranya, perlu menziarahi
kubur kerana ia dapat membantu kita mengingatkan 
mengenai nasib yang sama menghadapi kematian,
menziarahi orang sakit serta menghadiri majlis
pengkebumian.

Mengingati kematian hanya sekadar meyakinkan ajal
pasti tiba dan perlu mempersiapkan diri menghadapinya,
selain menimbulkan ketenangan jiwa dengan kesulitan. 

Ini sekali gus memberi kesedaran kesenangan berbentuk
duniawi tidak kekal. Hanya kehidupan di akhirat yang
kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk 
mempergunakan segala kesenangan di dunia demi mencapai
kebahagiaan di akhirat.

Rasulullah mengkategorikan insan yang sentiasa
mengingatkan kematian sebagai manusia paling
bijaksana.

Bagi menghadapi kematian itu, seseorang itu perlu
bertaubat kerana kehidupan kita tidak sunyi daripada
melakukan perkara yang menyalahi syariat Islam
terutama kalangan mereka yang hanyut dengan perbuatan
maksiat. Keinginan bertaubat hanya akan terdetik
apabila timbul kesedaran perbuatan itu salah, boleh 
menghancurkan hidup, meragut kebahagiaan di akhirat,
membunuh jiwa serta punca regang hubungan dengan
Allah.

Namun, bertaubat akan mudah dilakukan dengan menyedari
kesalahan dilakukan dan berazam untuk memperbaiki
serta menjauhi perbuatan yang melanggar syariat. 

Bagaimanapun, bagi memastikan taubat itu diterima,
sewajarnya, mereka menghentikan segala maksiat,
menyesal atas perbuatan dilakukan dan berazam
bersungguh tidak mengulangi.

Apa yang pasti, amalan bertaubat itu akan dapat
menyucikan diri daripada dosa dan Allah mengasihi
mereka, sikap segera bertaubat adalah ciri-ciri orang
orang berjaya, dapat menghindarkan diri menerima azab
pedih di dunia dan akhirat dan akan bebas dari sifat
golongan orang yang zalim.

 





      

Kirim email ke