Aswt,

    Kita sedia maklum yang Pulau Pinang/ Penang yang juga dikenali sebagai 
Pulau Mutiara adalah satu daripada distinasi pelancong di negara kita yang 
digemari para pelancung samada dari dalam dan luar negara. Maka bagi memudahkan 
para pelancung menggunakan pengangkutan melalui laut sebuah jeti yang agak 
canggih telah dibina berhampiran Sg Pinang . Kos jeti tersebut ialah RM3.4 
juta. Malangnya perancangan yang lemah atau sekadar asalkan ada projek dan ada 
untung maka projek untuk pelancongan itu tidak bermanafaat dan telah bertukar 
kepada jeti untuk para nelayan memunggah tangkapan ikan mereka. 
    
     Tahukah kenapa? Tentu kita masih ingat suatu masa dulu ketika PM Dollah 
Badawi "melancong" ke pulau mutiara itu dan singgah sebentar di Sg Pinang untuk 
melihat-lihat apakah jenis ikan yang ada dalam sungai itu tapi beliau dapati 
ikan kemeras (yang kecil sebesar anak budu) pun tak mampu hidup kerana 
pencemaran yang amat teruk, kotornya tidak terkira, air nya hitam bagai minyak 
injin kereta yang dah setahun tak ditukar. Baunya pula tak sanggup untuk 
dihidu. Maka Dollah pun arah pihak kerajaan negeri pulihkan kebersihan sungai 
itu. Kalau tak silap saya semasa Mahathir jadi PM semasa lawatan ke sana pun 
beliau pernah menegur keadaan kotor Sg Pinang. 
   
     Selepas itu Menteri Alam Sekitar Datuk Azmi Khalid pun mengatakan ianya 
satu kesilapan dan pembaziran kerana kedudukan jeti di ?muka sungai yang 
tercemar teruk ditengah bandar George Town itu tentunya memalukan. Saya juga 
perasan betapa kotornya sungai tersebut setelah beberapa kali ke Pulau Pinang. 
Pihak berkuasa kerajaan negeri pun mengatakan mereka tidak tahu menahu tentang 
pembinaan jeti itu dan menuding jari kepada pelbagai pihak lain (yang sukar 
diterima akal). Katanya jeti terapong itu adalah terpanjang di Malaysia. Para 
nelayan pula mengatakan mereka memang memerlukan sebuah jeti tapi tak perlulah 
jeti yang kosnya lebih 3 juta itu untuk kemudahan mereka maka ianya adalah 
suatu pembaziran. 

    Maklumat diatas telah saya perolehi secara kebetulan melalui sebuah 
penulisan yang tersiar dalam sebuah akhbar arus perdana bertarikh 10 Mac 
2007.Sungguh menghairankan mengapa kerajaan negeri di bawah BN yang entah telah 
berapa lama berkuasa tetapi tidak mampu menyelesaikan masalah pencemaran Sg 
Pinang!!! Tidaklah pasti apakah sekarang pencemaran sungai itu telah berjaya 
dipulihkan yang kini telah genap setahun daripada tarikh ianya tersiar dalam 
akhbar (yang hanya tersiar di muka tercorot).

    Dalam PRU ke 12 pada 8hb Mac lalu keputusan mengejutkan tercatat dimana 
Pulau Pinang yang selama ini dikuasai BN dan diterajui oleh parti Gerakan telah 
tewas. Pulau Pinang kini di perintah oleh DAP yang bergabong dengan PKR dan 
juga ?PAS. Maka kerajaan yang baru menerima mandat ini diharap tidak mengulangi 
pembaziran-pembaziran yang dilakukan oleh BN dan bersihkan segara Sg Pinang 
yang kotor itu kalau masih tercemar. Namun satu tugas yang lebih berat ialah 
untuk mencari jalan agar orang Melayu Pulau Pinang dapat dibangunkan dari segi 
sosio ekonomi dan jiwa agama mereka. Mungkin ianya  menjadi  suatu 
tanggungjawab berat kepada PKR dan PAS tetapi tentunya akan menjadi ringan jika 
DAP juga menunjukkan rasa tanggung jawab mereka. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal
      

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke