Assalamualaikum wbt,
   
      Di ambang menyambut ulangtahun kemerdekaan ke 50 gah keseluruh dunia 
kemajuan itu dan ini yang telah dicapai oeh negara.Maka dihebahkan keseluruh 
dunia supaya datanglah melawat Malaysia untuk tengok betapa pesatnya negara 
Malaysia dibangunkan. Bangunan yang indah-indah disana sini. Tempat-tempat 
menarik disana sini. Mungkin mereka boleh berbangga dengan bangunan yang 
ditegakkan tapi tidak mungkin mereka dapat mendabik dada dengan segala ciptaan 
Allah yang indah di muka bumi ini sebagai ciptaan dan kejayaan yang mereka 
bangunkan. Mungkin lebih banyak yang telah mereka rosakkan.
   
      Bila solat mereka mengangkat takbir membesarkan Allah. Dalam masjid 
pelbagai pujian diberikan terhadap Allah tapi apabila melangkah keluar saja 
dari masjid Allah pun dihina. Apa yang diucap ketika dalam masjid tidak lagi 
relevan maka tinggallah Islam terpenjara dalam masjid. Amalan dalam Islam itu 
hanya bacaan-bacaan. Al Quran itu hanya bacaan untuk dilagukan bukan untuk 
dijadikan panduan hidup bagi mengabdikan diri kepada Allah swt. Apa yang 
berlaku ini cukup membimbangkan. Sudah banyak "negara Islam" sedang menerima 
pelbagai penghinaan daripada Allah swt. 
   
     Dalam satu tulisan yang disiarkan SIASAH baru-baru ini menyebut yang 
kebanyakan manusia kini hanya mengaku tuhan itu wujud tapi tidak lagi 
berfungsi. Manusia ghairah mengagungkan  segala permodenan yang dicapai 
sehingga  menjadikan diri mereka sebagai tuhan-tuhan kecil. Ini bukan bermakna 
Islam menentang kemajuan dan permodenan tapi manusia terutama seseorang yang 
mengaku dirinya Islam harus ingat yang dirinya yang serba canggih itu adalah  
ciptaan Allah. Maka berbuatlah apa juga untuk maju selagi ketetapan Allah swt 
dipelihara. Tanpa kecanggihan tubuh manusia yang dianugerah  Allah swt itu 
mampukah manusia berbuat apa-apa?? Tuan Guru Nik Abdul Aziz pernah berkata 
dalam satu kuliah "lubang dubor yang manusia guna untuk berak itu pun dicipta 
oleh Allah swt". Maka sesatlah mereka yang menganggap diri mereka lebih pandai 
dari Allah samada dalam hal mencipta reka sesuatu mau pun dalam soal dasar dan 
panduan hidup di muka bumi ini!! Wallahua'lam.
   
  ibnuAli
  kota jembal

       
---------------------------------
Boardwalk for $500? In 2007? Ha! 
Play Monopoly Here and Now (it's updated for today's economy) at Yahoo! Games.

Kirim email ke