Assalamualaikum,

Memohon izin moderator.

*Dr. Danial Zainal Abidin* berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada *1 Mei 2007* bagi sesi bicara buku dan pelancaran buku terbarunya yang diterbitkan oleh PTS Millennia Sdn Bhd "QURAN SAINTIFIK : Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains". Buku yang cukup menarik dan hebat dengan mendapat kata pengantar daripada dua Mufti Kerajaan Negeri, Dato' Dr. Harussani dan Dr. Asri Zainal Abidin.

Perincian program adalah seperti berikut :

*Tarikh         : 1 Mei 2007 (Selasa)
Tempat        : Pentas Utama, Pesta Buku Antarabangsa KL, PWTC, KL.
Masa         : 1:00 Petang hingga  2:00 Petang*

Di samping itu juga pada tarikh yang sama, Dr. Tengku Asmadi, pakar motivasi terkenal dengan Motivasi Alihan Pelajar turut bersama dalam sesi bicara buku terbaru beliau"MOTIVASI ALIHAN PELAJAR. Acara bermula pada jam 12 tengah hari.

Marilah sama-sama kita berkumpul di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007 bagi mendengar perbahasan satu topik menarik daripada tokoh penulis yang terkenal dengan buku bestsellernya, "7 formula Individu Cemerlang" iaitu Dr Danial Zainal Abidin. Terima kasih.

PS: Jemput ke gerai PTS Publications & Distributors Sdn Bhd di Pesta Buku Antarangsa Kuala Lumpur 2007, PWTC. No. Gerai 3148 hingga 3153


Kirim email ke