Nampaknya Bala Gila dan Sakit Mental di Malaysia ini kurang mendapat perhatian. 
Sebelum ini saya ada menulis artikel betapa serius ini penyakit ini dan ianya 
boleh menjadi wabak bala baru umpama bom jangka. Kes sembelih anak di Kelantan 
bukan kes baru dan mungkin bukan yang terakhir.

Artikel saya sebelum ini ada 3 juta pesakit mental dan betapa seriusnya kes 
sakit mental, gila dan bunuh diri di Malaysia pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html 

Semua pihak harus memainkan peranan terutama media. Media sekarang ini terlalu 
melalaikan, membuat provokasi penyokong parti untuk membenci antara parti yang 
lain.

Media terutama TV dan akhbar perlu menyeru orang ramai terutama umat Islam 
kembali kepada Al Quran sepenuhnya, bukan kembali ke Bazar Ramadan sepenuhnya.

Semarakkan masjid, penuhkan masjid, solat jemaah di masjid sepanjang bulan, 
bukan bulan Ramadan sahaja.

Sebelum ini Ustaz Zakaria Talib dari Rembau berkata , sekarang in terlalu 
banyak kekacauan, antara puncanya ialah terlalu banyak sihir dan ilmu hitam. 
Justeru dia menyeru kepada semua umat Islam banyakkan beramal, banyakkan baca 
Al Quran, di rumah, di masjid, di surau, di stesen bas ketika menunggu bas dan 
sebagainya.

Malam tadi pun di Surau Alamanda , Senawang didatangi oleh seorang pemuda 
Melayu yang tampan dan diri terurus yang belum pernah nampak sebelum ini tapi 
seperti seorang pesakit mental. Keliling surau, tapi tak sembahyang, kejap 
petik buah kelapa, bawa keliling surau. Jemaah suruh semua budak-budak masuk 
surau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Saya menghubungi polis. Tidak lama kemudian datang 2 anggota polis menaiki 
kapcai. Polis tanya pemuda tadi mana IC, ditunjuknya kertas berlipat itu Icnya. 
Tanya tinggal kejap kata Rahang, kejap kata entah mana. Tanya nama, diberi nama 
perempuan.

Polis tadi kata susah kes ini, sebab dia tak kacau orang, nak bawa balai pun 
atas kes apa, nak panggil hospital pun tak boleh sebab dia tak kacau orang. Itu 
ialah prosedur mereka. Akhirnya polis tadi atas inisiatif dia sendiri bawa 
pemuda tadi pergi makan.

Nampaknya prosedur polis, kementerian kesihatan dan hospital pun tak jelas 
dalam kes orang sakit mental ni. Tunggu orang sakit mental tadi bunuh atau 
sembelih atau hentak kepala budak dan sebagainya baru boleh bawa ke hospital 
dan sebagainya.



      

Kirim email ke