Assalamualaikum wbt, Akhir-akhir ini kedudukan Islam di negara kita begitu tercabar !! Mufti minta dipecat !!( walau pun dah minta maaf) Azan minta dihentikan !! Perlembagaan yg memberi keistimewaan untk Islam minta dipinda !! Kumpulan yang perjuangkan Islam liberal bersekongkol dengan IFC dapat bersuara lantang !! TAPI UMNO TETAP MENDABIK DADA MENGATAKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM, MEREKA TAK AMALKAN POLITIK SEMPIT. MAKA CALUN MIC DILETAK BERTANDING DI IJOK YANG SEPAROH PENGUNDI ADALAH ORANG MELAYU !! MAKA HASIL TAK AMALKAN POLITIK SEMPIT ISLAM SEMAKIN TERCABAR !! Maka para Mufti, para Ustaz, para pencinta Islam janganlah dok nyenyak tidor lagi !! Ini bukan masa untuk jadi bisu. Allah SWT beri lidah kepada kita untuk bercakap tapi ramai masih dok tunggu dan lihat. Yang berada di sekitar Selangor berilah kesedaran kepada pengundi di Ijok tentang kewajipan mereka pilih pemimpin beragama Islam. Berilah keyakinan kepada orang bukan Islam yang mereka sekali-kali tidak akan dianianyai. Mereka boleh lihat bagaimana PAS memerintah Kelantan, telah 17 tahun orang bukan Islam tidak pernah dianianyai !! Kerajaan Kelantan tak benarkan judi kerana judi bukan saja rosakkan orang Islam tapi bukan Islam pun rosak akibat judi sebab tu ada bukan Islam sokong Tok Guru Menteri Besar apabila tiada lagi tempat berjudi secara terbuka. Yang curi-curi buat juga tu mereka punya hal lah. JADI CONTOH SUDAH ADA DIDEPAN MATA !! BUKAN ISLAM LEBIH SELAMAT SEKIRANYA ISLAM MEMERINTAH !! Pendakwah dan para-para cendiakawan Islam bergeraklah untuk menyampaikan makna Islam kepada pemimpin dan rakyat bukan Islam!! Sedarkan lah mereka agar tinggalkan amalan nenek moyang mereka menyengutukan Tuhan yang maha esa. Banyak agama yang ada hari ini jika dikaji sejarah nya dalam kitab-kitab mereka terutama kitab Hindu dan Bible ada menyebut tentang kedatangan Nabi Muhammad sebagai manusia yang akan menyelamatkan seluruh umat manusia. Sebagai contoh Agama Hindu meriwayatkan Nabi Muhammad akan Lahir Sebagai Pemimpin: Dalam kitab tua Hindu, Rig Veda ada disebut tentang Narashangsa. Dr Ved Prakash Upaddhay telah menghuraikan bahawa Narashangsa itu ialah Nabi Muhammad SAW yang akan lahir paa suatu hari nanti. Ini boleh dirujuk dalam Rig Veda 1:13:3, 1:18:9, 1:106:4, 1:106:4, 1:142:3, 2:3:2, 3:29:11 dan banyak lagi. Antara hujah Dr Ved Prakash ialah dalam kitab tersebut menyatakan tempat Narashangsa (Yang Terpuji) akan lahir adalah di kawasan padang pasir. Narashangsa akan mendapat pengetahuan secara wahyu. Dalam Vedas pula Narashangsa dikenali sebagai Kavi. Makna Kavi ada dua; satu sebagai penyair dan satu lagi orang yang menerima pengetahuan dari Tuhan. Dalam Atharvaveda iaitu kitab suci Hindu juga menyebut tentang Narashangsa akan mempunyai 12 orang isteri. Narashangsa juga disebut sebagai seorang yang akan mencegah daripada melakukan dosa. Seseorang yang melakukan dosa, beliau akan menolong orang itu supaya tidak lagi melakukan dosa pada masa depan. Semua itu bertepatan dengan peribadi Nabi Muhammad SAW (ruj:Mengapa Kami Memeluk Islam? ms 21-27 oleh Dr Nawi Jusoh: 2006). Banyak lagi hujah dalam Kitab tua Hindu menceritakan akan lahirnya seorang yang membawa agama suci penyelamat manusia yang mempunyai persamaan dengan peribadi Nabi SAW. Dalam kitab agama Kristian iaitu Bible memang kita telah sedia maklum. Wallahua'lam. Ibnuali Kota Jembal
--------------------------------- Ahhh...imagining that irresistible "new car" smell? Check outnew cars at Yahoo! Autos.