Re: Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS

2010-08-20 Terurut Topik Kholid Ali
    Sebut tentang jangkitan HIV/AIDS yang menjadi monopoli orang Melayu/Islam 
mengapa seolah-olah tiada jalan keluar kearah mengurangkan bilangan mereka yang 
menghidapinya ? Ada maklumat menyatakan ramai mendapat jangkitan akibat 
bertukar jarum ketika mengambil dadah !! Mereka yang baru dikesan terlibat 
mengambil dadah pula adalah 63 kes setiap hari dan 44 adalah orang Melayu 
seperti yang dinyatakan !! Angka ini amat menggerunkan !! Apa akan jadi kepada 
negara ini sepuloh dua puloh tahun lagi ?? Semasa wawasan 2020 dicanangkan 
apakah ianya tidak termasuk bagaimana tentang penyelesaian permasalahan ini ??

   Apakah kemungkinan kerana anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa 
terutama ibubapa Melayu dibanding dengan ibubapa berbangsa Cina ?? Keluarga 
Melayu masih ramai yang merempat tetapi kebanyakan ibubapa tetap bekerja keras 
untuk menampong sara hidup. Malangnya saya rasa anak-anak tidak dapat merasai 
keperitan susahnya ibubapa. Ramai anak-anak lebih suka hidup berseronok. Jika 
ada motosikal mereka akan kesana kemari tapi nak isi minyak motosikal pun 
ibubapa masih berikan duit !! Tambahan pula suasana hari ini dimerata-rata 
terdapat tempat-tempat menarik untuk hiburan.

   Saya rasa kurikulum pendidikan diperingkat sekolah rendah dan menengah perlu 
diubah dengan memastikan mereka dididik dengan menghayati Islam semasa di 
rumah. Hari ini di merata-rata tempat terdapat masjid dan surau. Mungkin perlu 
wujud kerjasama antara sekolah dan masjid. Pelajar sekolah perlu dihantar 
sekurang-kurangnya dua atau tiga kali seminggu ke masjid terutama pada hari 
cuti hujung minggu !! Saya pernah juga diberitau yang sistem pendidikan Barat 
juga tidak pisahkan antara sekolah dan gereja !! Bahkan pelajar bukan Kristian 
pun di setengah-setengah universiti di Barat diwajibkan berada di gereja pada 
waktu-waktu yang ditetapkan !!

   Jika masjid juga berperanan, masjid juga perlulah disediakan dengan 
guru-guru agama bukan sekadar imam dan bilal dan mereka mestilah diberi hak 
menilai akhlak murid. Ketika saya remaja saya dihantar kerumah tok guru kampong 
dan jika ada budak-budak yang nakal tok guru akan jatohkan hukuman dan jika 
menerima laporan salah laku di luar juga tetap akan dihukum. Kebanyakan ibubapa 
memahami jika anak mereka memang benar bersalah tok guru diberi keizinan 
menghukum asalkan jangan ketahap cacat dan cedera sahaja !! Hari ini guru di 
sekolah sekolah hanya mementingkan pencapaian akedemik. Guru disiplin sukar 
menjalankan tugas kerana anak-anak terlalu dimanjakan kebanyakan ibubapa !! 
Wallahua'lam.


--- On Fri, 8/6/10, bawanggoren...@yahoo.com BawangGoreng @yahoo.com wrote:

From: bawanggoren...@yahoo.com BawangGoreng @yahoo.com
Subject: Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Melayu paling ramai hidap 
HIV/AIDS
To: Ikhwanul Muslimun hidayahnet@yahoogroups.com
Date: Friday, August 6, 2010, 12:59 AM







 










Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS










Aduha Nampaknya MELAYU menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif... Well 
done, Malays!




Menurut berita yang ditulis oleh Mohd. Rafie Azimi di UM 06/08/2010 :


KUALA
 LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra
Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih
dadah yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu.


Lebih
 menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6
daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap
hari.

“Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula
dengan cuma empat kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan
sehingga penghujung 2009. Sebanyak 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri 
daripada individu Melayu
 diikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa serius
gejala itu di kalangan masyarakat Melayu negara ini,” katanya.

Beliau
 berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung
Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama
Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim,
Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia,
Datuk Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati 
60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami.


“Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang membawa 
maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13 tahun ke bawah 
menjadi yatim piatu.
 Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa kesan sosial yang besar kepada
anak itu. Ia secara tidak langsung turut merugikan negara,” katanya.

Beliau
 turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar
memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat
 bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Pencegahan
 merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada ubat dan
vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat untuk
menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia

Help Palestine [hidayahnet] RENUNGAN : Melayu paling ramai hidap HIV/AIDS

2010-08-13 Terurut Topik BawangGoreng�
 Melayu paling ramai hidap
HIV/AIDShttp://laman-seri.blogspot.com/2010/08/melayu-paling-ramai-hidap-hivaids.html

http://laman-seri.blogspot.com/2010/08/melayu-paling-ramai-hidap-hivaids.html

http://4.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFuV_9MXE8I/Fm0/W7Ym73jiMgI/s1600/dadah.gifAduha
Nampaknya MELAYU menjadi JUARA lagi dalam hal-hal negatif... Well done,
Malays!

http://1.bp.blogspot.com/_oV1RUxbNq84/TFuUQp4dqUI/Fms/C85ISeEiLds/s1600/footer+bunga.png
Menurut berita yang ditulis oleh Mohd. Rafie
Azimihttp://www.blogger.com/rafie.az...@utusan.com.mydi UM
06/08/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0806pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_13.htm:

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Universiti Putra
Malaysia, Datuk Dr. Faisal Ibrahim mendedahkan, daripada 63 penagih dadah
yang dikesan setiap hari, 44 daripadanya Melayu.

Lebih menyedihkan katanya, daripada 9 kes HIV/AIDS yang dikesan, 6
daripadanya melibatkan individu Melayu dengan purata 3 kematian setiap hari.

“Fakta diperoleh daripada Kementerian Kesihatan. Bermula dengan cuma empat
kes pada 1986, sebanyak 87,710 kes HIV dikesan sehingga penghujung 2009.
Sebanyak 71.8% atau 62,975 daripada kes itu terdiri daripada individu
Melayudiikuti Cina (14.6%) dan India (8%). Ia menunjukkan betapa
serius gejala itu
di kalangan masyarakat Melayu negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja Seminar Menyambung
Kasih Ilahi: HIV/AIDS Bersama Ditangani di Pusat Islam, Jabatan Agama
Wilayah Persekutuan di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pengarah Jakim,
Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz dan Presiden Majlis AIDS Malaysia, Datuk
Zaman Khan.

Faisal menambah, kajian dilakukan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mendapati
60% ibu hamil yang dijangkiti HIV menerima virus itu melalui suami.

“Masalahnya, mereka ini lama-kelamaan dijangkiti pula virus AIDS yang
membawa maut. Hal ini menyebabkan kira-kira 6,000 kanak-kanak berusia 13
tahun ke bawah menjadi yatim piatu. Pastinya ketiadaan ibu dan ayah membawa
kesan sosial yang besar kepada anak itu. Ia secara tidak langsung turut
merugikan negara,” katanya.

Beliau turut mengingatkan kira-kira 1,000 peserta seminar tersebut agar
memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan di kalangan masyarakat
bagi membanteras penyalahgunaan dadah di negara ini.

“Pencegahan merupakan satu-satunya jalan kepada masalah ini kerana tiada
ubat dan vaksin yang mampu membunuh virus HIV. Apa yang ada hanyalah ubat
untuk menyekat pembiakan virus itu. Itu pun ia memerlukan belanja yang besar
sehingga mencecah ribuan ringgit setahun,” ujarnya.

Rujuk : UM 
06/08/2010http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0806pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_13.htm