Assalamu'alaikum warahmatullah
 
Setakat hari ini pihak JPRA baru menerima hanya satu pencalonan (5 nama). Harap2 dalam kesibukan kita membantu dan melibatkan diri dalam gerak kerja pilihanraya umum Malaysia..., pilihanraya Alumni tidak dilupakan.
 
Diharap ikhwah, akhawat semua dapat meluangkan sedikit masa memberi pencalonan utk pilihanraya memilih MKT Alumni Hira' bagi penggal 2004 - 2006
 
Pencalonan boleh dibuat dengan menggunakan email menggunakan format seperti di bawah.
 
Website dijangka siap lewat petang ini. Sila ke http://jpra2004.alumni-hira.org utk pencalonan melalui web.
 
MKT, AJK AGM, Wakil2 batch dan ahli2 diharap dapat mewar-warkan maklumat berkenaan pilihanraya ini.
 
Sekian dimaklumkan
 
JPRA 2004
 
 
Pencalonan
 
Peraturan :
1. Pencalonan akan bermula pada 8 Mac 2004 (Isnin) sehingga  21 Mac 2004 (Ahad)
2. Setiap ahli Alumni Hira' dibenar mencalonkan 5 orang sahaja.
3. Setiap ahli hanya dibenarkan membuat pencalonan sekali sahaja.
4. Pencalonan yang telah dibuat boleh dibatalkan atau dipinda dengan memaklumkan kepada JPRA 2004.
5. Kombinasi calon sebaik-baiknya 3 lelaki 2 perempuan atau 2 lelaki 3 perempuan.
6. Semua ahli alumni yang berdaftar layak dicalonkan kecuali ahli alumni dari batch terbaru (SPM 2003) dan ahli JPRA 2004 seperti yang tertera di atas.
 
Cara pencalonan :
1. Pencalonan boleh dilakukan samada melalui laman web jpra 2004 atau email.
2. Alamat laman web http://jpra2004.alumni-hira.org.
3. Pencalonan melalui email hendaklah dihantar ke alamat [EMAIL PROTECTED]
4. Format pencalonan melalui email :
        - Nama ahli yang mencalon :
        - No Keahlian atau No Kad Pengenalan :
 
        - Senarai 5 (lima) calon beserta batch atau no keahlian :
 
5. Cara-cara lain akan dibenarkan dengan permohonan dan keizinan khas dari JPRA 2004.

Kirim email ke