www.harakahdaily.com

Malay Section

 

 

 


70 pertubuhan serah memorandum 'mansuh ISA' di Parlimen esok

Petaling Jaya, Okt 18 (Hrkh) - 70 buah pertubuhan dijangka akan berhimpun di Parlimen esok (19 Oktober) untuk menyerahkan memorandum memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diwarisi daripada penjajahan British.

Dalam satu kenyataannya, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang menjadi sekretariat kepada Jawatankuasa Ad-Hoc "Kumpulan Rakyat Menentang ISA" mengumumkan memorandum tersebut ditandatangani oleh kesatuan sekerja dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan akan diserahkan kepada Ketua Parti Pemerintah, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, Ketua Pembangkan Dato Fadzil Noor dan Speaker Dewan Rakyat.

Sementara itu, beberapa program telah disusun bagi memperingati 40 tahun akta ISA digunakan di Malaysia. ISA digubal pada 1 Ogos, 1960.

Pada 29 Oktober (Ahad), suatu konvoi akan diadakan ke Kem Kamunting, iaitu penjara yang dikhaskan untuk mereka yang ditahan di bawah ISA. [Sila lihat graf tahanan ISA di Kamunting, 1996-2000]

Antara program yang diatur di Kamunting ialah pembacaan Deklarasi Mansuhkan ISA pada jam 9 pagi, dan pelepasan belon-belon ke udara dengan kain rentang, " Mansuhkan ISA".

Selepas itu, majlis forum yang disertai oleh bekas tahanan ISA akan diadakan di Kampung Pasir, Kamunting. Sebuah pameran bagi tujuan memberikan penerangan tentang ISA dan bentuk penyeksaan yang dilalui tahanan ISA juga akan diadakan pada hari tersebut.

Ulangtahun penggubalan ISA juga diingati dengan penyebaran secara meluas risalah "40 Sebab Mengapa ISA Mesti Dimansuhkan", yang dicetak dalam empat bahasa.

Mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai program "Mansuhkan ISA" boleh menghubungi Suaram, Tel: 03-77843525.

Comments ? E-mail Us

 

 



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Messenger - Talk while you surf! It's FREE.
eGroups Sponsor

------------------------------------------------

ADIL-Net will remain a Free Forum
until further notice.

Disclaimer:
The opinions and views posted are not necessarily that of the
list owner's or ADIL's

--------------------------------------------------

Send a blank e-mail to:
[EMAIL PROTECTED] - to subscribe to the list
[EMAIL PROTECTED] - to unsubscribe from the list
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to normal
[EMAIL PROTECTED] - to switch your subscription to digest

ADIL Homepage: http://members.easyspace.com/reformasi/

Kirim email ke