Semoga kisah berikut menjadi contoh kepada kita semua...


Al Ahnaf b. Qais tergolong dalam ulama' yang terkenal di zaman hidupnya.
Pada suatu hari, datang seorang pemuda dari suku Tai'yi berkunjung ke
rumahnya. Rumah Al Ahnaf memang sentiasa dikunjungi  oleh orangramai
terutama oleh anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yang datang itu
adalah untuk berguru dan menuntut ilmu dari beliau. Walaubagaimanapun
kedatangan pemuda dari suku Tai'yi ini amatlah menarik perhatian Al Ahnaf.
Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan berbeza dari pemuda yang
sebaya dengannya.

Lalu Al Ahnaf pun bertanya, "Wahai anak muda ! Adakah kamu menghiasi wajahmu
dengan sesuatu ? 

Jawab pemuda itu, "Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan
sesuatu iaitu 
*       JIKA BERCAKAP SAYA TIDAK PERNAH BERBOHONG. 
*       KALAU ADA ORANG YANG SEDANG BERCAKAP, SAYA HANYA DUDUK DIAM DAN
MENDENGAR
*       JIKA SAYA BERJANJI, AKAN SAYA TEPATI JANJI ITU.
*       JIKA SAYA DIBERI AMANAH, SAYA TIDAK MENGKHIANATINYA

Mendengar jawapan yang bernas itu, maka berkatalah Al Ahnaf "Benar akan
kata-katamu itu, wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu
dengan akhlak yang mulia. 

Wassalam.

Dipetik dari : Diari Islamiah

-------------------------- eGroups Sponsor -------------------------~-~>
Dial 1-800-555-TELL -- You Won't Believe Your Ears!
For more details, click here:
http://click.egroups.com/1/9537/2/_/30126/_/971757535/
---------------------------------------------------------------------_->

Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun 
satu ayat..."  

Untuk melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]
Berhenti melanggan: Hantar email ke [EMAIL PROTECTED]

Dakwah eGroups
http://www.egroups.com/group/dakwah/

Bina empayar anda di Internet dengan Netmyne!! 
http://www.netmyne.com/



Kirim email ke