*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:                   "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
To:                     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED]
Date sent:              Wed, 15 Dec 1999 13:48:29 +0800
Priority:               normal
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] Puasa beri kekuatan dalaman

[ Double-click this line for list subscription options ]

From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>

From: "Cyberita" <[EMAIL PROTECTED]>

Puasa beri kekuatan dalaman

Oleh: DR. MASHITAH IBRAHIM
Doa disifatkan dalam salah sebuah hadis sebagai senjata orang
Islam dan pada ketika yang lain diibaratkan sebagai otak dari
ibadat. Orang yang berpuasa seharusnya membanyakkan berdoa
kepada Allah. Doa memberi pengharapan dan menambah
keyakinan seorang hamba terhadap penciptanya. Doa juga
menyedarkan manusia betapa kerdil dan lemah manusia terhadap
perancangan Allah.

Walau apa pun yang dirancang manusia ditangan Allah jua kuasa
penentunya. Usaha manusia tidak akan dapat mengatasi qadak
dan qadar Allah.

Orang yang berpuasa digalakkan untuk banyak berdoa hinggakan
disebut dalam satu hadis bahawa mereka termasuk dalam 3
golongan manusia yang tidak akan ditolak doanya. Sabda
Rasulullah yang bermaksud 3 orang yang tidak akan ditolak
doanya ialah pemerintah yang adil, orang yang berpuasa hingga
dia berbuka dan orang yang teraniaya. Dapatlah kita fahami di
sini latihan jiwa hasil daripada puasa akan menyebabkan
manusia hampir kepada Allah dan lantaran ia dekat kepada Allah
doanya mudah diperkenankan.

Manusia yang banyak berdoa kepada Allah bukan saja akan akur
pada ketentuan Allah tetapi berkeyakinan bahawa Allah
memakbulkan permintaannya bahkan apa yang telah ditentukan
Allah adalah yang terbaik untuk dirinya.

Dalam ayat 186 Surah Al-Baqarah yang bermaksud: ''Apabila
hambaKu bertanya tentang Aku katakan (wahai Muhammad)
bahwa Aku dekat dan Aku menyampaikan doa orang yang
meminta kepada Ku.''

Allah menjanjikan bahawa setiap yang meminta pasti akan
dimakbulkan permintaannya. Ini bermakna Dia akan mengotakan
janji-Nya. Apa yang dihajati oleh orang yang berdoa tadi akan
ditunaikan tetapi menurut cara Allah dan perancangan-Nya bukan
perancangan manusia. Kadang-kadang perancangan Allah sama
dengan perancangan orang yang meminta kadang-kadang ia
berbeza. Apa pun yang pasti doanya termakbul dan Allah
memberi pilihan yang terbaik untuk manusia itu.

Ibadat puasa bukan saja menggandakan pahala untuk orang yang
taat melakukannya tetapi ia menambah kekuatan spirituil melalui
sifat ikhlas. Amalan puasa adalah antara manusia dengan Allah.
Jika kita makan atau minum dengan diam-diam mungkin tiada
siapa yang melihat cuma Allah saja yang tahu. Dengan ini puasa
menanam sifat jujur dalam diri sendiri dan kepada Allah.
Apabila kita membiasakan diri dengan ikhlas, kita bertambah
yakin dengan segala tindak-tanduk kita. Kerana pentingnya sifat
ikhlas ini Allah s.w.t. sendiri yang akan membatas pahala orang
yang berpuasa.

Ketahanan badan yang diperoleh melalui latihan berlapar dalam
puasa juga menghasilkan ketahanan mental dan rohani. Melalui
puasa dapatlah kita fahami bahawa seseorang menjadi kuat dan
boleh bekerja bukanlah kerana makan saja tetapi kerana
keyakinan dan iman kepada Allah akan menjadi nadi penggerak
kepadanya.

Ini terbukti dalam sejarah peperangan Badar yang berlaku dalam
bulan Ramadan ketika pertama kali orang Islam diwajibkan
berpuasa. Kekuatan seorang sahabat boleh bertambah menjadi
kepada tenaga kekuatan dua puluh orang hanya kerana keimanan
yang jitu pada Allah. Walaupun mereka sedang berpuasa musuh
yang kenyang akhirnya tewas ditangan orang Islam yang lapar
dan sedikit jumlahnya.

Kesan kerohanian ini sebolehnya dikekalkan dalam diri orang
Islam. Dengan itu mereka dianjurkan meneruskan puasa sunat
enam hari dalam bulan Syawal supaya kekuatan rohani ini
berkesinambungan.

Bahkan untuk menjamin kesan kerohanian ini lebih dirasai dan
berterusan, dari sebelum Ramadan orang Islam sudah mula
berjinak-jinak dan berlatih melalui puasa Rejab dan Syaaban.

Puasa Ramadan berbeza dengan puasa dalam bulan lain. Ia penuh
keberkatan, kedatangannya dialu-alukan dan pemergiannya
ditangisi. Jika manusia tahu apa yang terkandung daripada
keberkatannya mereka akan memohon supaya Ramadan itu
sepanjang tahun. Sayang sedikit bagi kebanyakan kita penekanan
persediaan Ramadan ialah seolah-olah Ramadan terpaksa dilalui
untuk meraikan raya. Persiapan untuk raya melebihi daripada
persiapan untuk puasa., Seharusnya kita bersiap untuk puasa
bersedia meningkatkan kekuatan dalaman.

Bulan Ramadan sangat istimewa. Berkat dan rahmatnya membuat
kebanyakan orang terpanggil untuk membuat kebajikan dan
menambah ibadat.

Orang yang jarang membuat amalan sunat pun akan sanggup
sama-sama berjemaah, tadarus dan bertarawih. Paling tidak pun
mereka terpanggil ke masjid untuk menikmati juadah berbuka dan
''moreh'' selepas tarawih yang disedekahkan oleh orang ramai.

Faktor pembangunan kekuatan manusia sebenarnya adalah
terletak pada tiga perkara utama iaitu akal, rohani dan jasmani.
Semua kekuatan ini dapat dibina melalui puasa. Akal menjadi
kuat dengan pembacaan al-Quran. Rohani dan jiwa pula kental
dengan zikir dan istighfar. Fizikal badan pula mendapat
ketahanan melalui puasa.

Ibadat puasa sesungguhnya berbeza dengan ibadat yang lain.
Kesannya tidak terlibat secara zahir. Ia lebih merupakan amalan
dalaman yang tersirat dalam diri seseorang. Ia berupaya
memberi kekuatan dalaman untuk pembangunan insan.

DR. MASHITAH IBRAHIM Penolong Profesor di Jabatan
Quran dan Sunah, Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains
Kemanusiaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Alla
h akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat - Ya Allah
Sabtu  - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim  (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melaink
an dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad  (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w
)
Rabu   - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian 
kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman


Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)

Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zan zin zun" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke