*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
From:                   "shah" <[EMAIL PROTECTED]>
To:                     [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED]
Date sent:              Wed, 15 Dec 1999 09:03:21 +0800
Priority:               normal
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [LK] Ramadan mengimbau kenangan silam

[ Double-click this line for list subscription options ]

From: "shah" <[EMAIL PROTECTED]>

From:                   Salina <[EMAIL PROTECTED]>

 Ramadan mengimbau kenangan silam
 
  Oleh Wan Faris Fawwaz
 
   
 
  SEMASA orang Arab memilih nama-nama bulan, Ramadan telah diambil bagi
 
 menamakan salah satu daripadanya. Ramadan bermaksud 'sangat panas'
 atau  'panas terik'.
 
  Berkebetulan pula pada ketika itu, bulan Ramadan ini mengalami
 perubahan cuaca  panas terik. Bulan inilah kemudiannya dipilih oleh
 Allah untuk diturunkan al-Quran buat  kali pertama di gua Hira' pada
 saat Rasulullah s.a.w. bermunajat dan berkhalwat ke  hadrat IIahi.
 
  Kemudiannya Allah menyebut di dalam al-Quran nama bulan yang penuh
 berkat ini di  dalam firman-Nya yang bermaksud: "Bulan Ramadan adalah
 bulan yang di dalamnya  diturunkan al-Quran untuk menjadi petunjuk
 bagi manusia dan berbagai-bagai  keterangan yang menjadi petunjuk dan
 pemisah di antara yang hak dan yang batil."  (al-Baqarah: 85).
 
  Demikian kehendak Allah memilih apa-apa sahaja yang dikehendaki-Nya,
 selaras  dengan firman-Nya yang bermaksud: "Dan Tuhanmu menciptakan
 apa-apa yang  dikehendaki dan memilih apa-apa yang dikehendaki."
 (al-Qashash: 68).
 
  Sebagaimana Allah memilih Muhammad s.a.w. sebagai manusia paling
 mulia, hari  Jumaat sebagai penghulu segala hari, demikianlah Dia
 menjadikan bulan Ramadan  sebagai bulan yang paling unggul, khusus
 untuk umat Nabi Muhammad s.a.w. Malah di  dalamnya pula Allah
 menjadikan satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan,  malam
 al-Qadar.
 
  Setiap detik daripada bulan Ramadan ini penuh dengan keberkatan dan
 limpahan  rahmat daripada Allah Taala. Bulan ini merupakan bulan
 pembersih segala kekotoran,  zahir dan batin. Adalah menjadi hak
 mutlak bagi setiap orang hamba untuk  menyucikan diri masing-masing daripada
 dosa dan nista melalui taubat dan istighfar  kepada Allah.
 
  Jika dikenang sejarah silam, pada bulan ini juga para pejuang Islam
 di  bawah  pimpinan Rasulullah s.a.w mencatatkan kemenangan bersejarah di
 dalam  pertempuran yang pertama dalam sejarah perjuangan Baginda
 s.a.w.
 
  Perang Badar sememangnya merupakan pertempuran hidup atau mati
 perjuangan  Islam yang tertekan oleh berbagai-bagai lapisan masyarakat
 di Madinah, Makkah dan  orang-orang kafir di Semenanjung Tanah Arab.
 
  Walaupun terpaksa menghadapi suasana panas terik, lapar, dahaga,
 letih dan segala  macam kesukaran, namun akhirnya mereka berjaya menunjukkan
 keunggulan mereka  pada bulan Ramadan lebih seribu empat ratus tahun
 lalu.
 
  Tentera Islam seramai 313 orang yang bersenjatakan pelepah tamar dan 
 kelengkapan perang yang paling ringkas, berjaya mengalahkan 1000 orang
 tentera  Musyrikin Quraisy yang lengkap dengan senjata yang dikira
 canggih pada ketika itu.
 
  Dengan kemenangan ini, Islam dipandang mulia dan semakin disegani.
 Lebih  daripada itu juga, kemenangan di Medan Badar membawa mesej
 dakwah yang  penting untuk menarik manusia kepada risalah Muhammad
 s.a.w.
 
  Bulan Ramadan ini juga pernah mencatatkan kejayaan Rasulullah s.a.w
 bersama  Sahabat r.a. merempuh kubu kekuatan Musyrikin yang
 bermaharajalela di Kota  Makkah.
 
  Para Sahabat r.a. berjaya menghancurkan kekuatan mereka dan membuka
 semula  Makkah serta membersihkan Tanah Suci daripada berhala - kecil
 dan besar - yang  bertaburan di sana-sini.
 
  Bermula dengan pembukaan Kota Makkah inilah, maka Rasulullah s.a.w.
 bersama  para sahabat r.a. mengatur semula strategi mengembangkan
 agama Islam ke utara,  selatan, timur dan barat dunia.
 
  Sehingga kini, kita berpeluang menikmati iman dan Islam hasil usaha
 berterusan para  pendakwah yang diasuh dan didik oleh Rasulullah s.a.w
 itu yang kemudiannya diikuti  oleh para sahabat r.a., tabi'in dan
 seterusnya kepada kita.
 
  Tanpa usaha yang berterusan, kita mungkin masih kekal dalam
 kejahilan.  Atas  penghayatan ini juga, maka bagi kita yang sedang menikmati
 nikmat iman dan Islam  ini sepatutnya berasa risau terhadap nasib anak cucu
 dan keturunan kita yang akan  datang. Adakah mereka masih berpeluang
 mendapat iman dan Islam jika sekiranya  dakwah dan seruan ke arah
 Islam sudah tiada lagi?
 
  Bagi kita, inilah saat yang bermakna untuk memikirkan tentang peranan
 kita sebagai  seorang Islam yang berkewajipan untuk meneruskan
 kerja-kerja dakwah.
 
  Justeru itu, Ramadan mengimbau kembali kenangan silam yang banyak
 memberikan  kesedaran dan kekuatan kepada umat Islam. Bersempena
 dengan  ini, seharusnya  kita berasa amat bahagia berada dalam bulan yang
 penuh dengan keberkatan.
 
  Atas rasa kegembiraan inilah, Rasulullah s.a.w bersabda pada saat
 munculnya  Ramadan dengan katanya yang bermaksud: "Telah datang
 kepadamu bulan  Ramadan penghulu segala bulan. Telah datang kepadamu
 bulan puasa yang  membawa segala rupa keberkatan, maka alangkah
 mulianya tetamu yang datang itu."  (Riwayat at-Tabrani).
 

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Alla
h akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat - Ya Allah
Sabtu  - Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   - Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  - La hawla wala quwwata illa billahil 'aliyyil 'azhim  (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melaink
an dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa - Allahumma shalli 'ala saiyidina Muhammad  (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w
)
Rabu   - Astaghfirullahal-'azhim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis - Subhanallahil-'azhimi wa bihamdih (Maha suci Allah yang maha besar dan pujian 
kepadaNya)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman


Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)

Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zan zin zun" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke