*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

------- Forwarded Message Follows -------
Date sent:              Tue, 7 Dec 1999 19:29:08 -0800 (PST)
From:                   Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>
To:                     [EMAIL PROTECTED]
Send reply to:          [EMAIL PROTECTED]
Subject:                [lk] soal jawab terawih

[ Double-click this line for list subscription options ]

From: Lenggang Kangkung <[EMAIL PROTECTED]>

Sembahyang Tarawih 

Soalan: 
Adakah sembahyang tarawih termasuk dalam sunat muakkad


Jawapan: 
Berhubung dengan sembahyang tarawih ada 2 pendapat
ulama': 

a. Setengah ulama' menyatakan sembahyang tarawih sunat
biasa sahaja. 
b. Setengah ulama' pula mengatakan sembahyang tarawih
sunat muakkad. 

Pendapat yang kedua ini lebih kuat, berdasarkan hadis
daripada Abi Hurairah r.a bermaksud: "Adalah Nabi
s.a.w menggalakkan sembahyang tarawih di bulan
Ramadhan tanpa diwajibkan sabda Nabi s.a.w. "Barang
siapa mendirikan sembahyang tarawih di bulan Ramadhan
dengan penuh kepercayaan besar fadhilatnya dan
semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah nescaya
diampunkan dosa yang terdahulu". 

Maka mereka melakukan sembahyang tarawih secara
bersendirian.  Semasa Rasulullah meninggal para
sahabat sembahyang tarawih masih dengan cara lama
iaitu dengan secara bersendirian hingga kepada
Khalifah Abu Bakar, tetapi semasa Saiyidina Umar
sembahyang dilakukan secara berjemaah. 

Soalan: 
Bilakah waktu sembahyang tarawih 

Jawapan: 
Sembahyang tarawih waktunya selepas Isyak dan habisnya
hingga terbit fajar. 

Soalan: 
Berapa kalikah Rasulullah mengerjakan sembahyang
tarawih secara berjemaah dan bila 

Jawapan: 
3 kali sahaja iaitu pada malam 23, 25 dan 27 Ramadhan
tahun yang sama. 

Soalan: 
Merujuk kepada soalan di atas, selain dari tiga malam
yang tersebut di manakah Rasulullah menunaikan
sembahyang tarawih 

Jawapan: 
Selain dari tiga malam yang tersebut, Rasulullah telah
menunaikan sembahyang tarawih di rumahnya sendiri. 

Soalan: 
Adakah lebih baik dilaksanakan sembahyang tarawih
secara bersendirian atau berjemaah 

Jawapan: 
Sembahyang tarawih secara berjemaah lebih baik. 

Soalan: 
Kenapakah Rasulullah tidak menunaikan sembahyang
tarawih secara berjemaah kecuali pada 3 malam sahaja 

Jawapan: 
Sembahyang tarawih tidak ditunaikan oleh Rasulullah
secara berjemaah kecuali pada 3 malam sahaja kerana
Rasulullah khuatir sembahyang ini difardhukan (wajib)
ke atas umatnya. 

Soalan: 
Adakah pada masa Saiyidina A. Bakar dan Saiyidina Umar
r.a sembahyang tarawih ditunaikan secara berjemaah 

Jawapan: 
Pada masa pemerintahan Saiyidina A. Bakar r.a
sembahyang tarawih ditunaikan secara
bersendiri-sendiri sehingga tahun pemerintahan
Saiyidina Umar r.a barulah ditunaikan sembahyang
tarawih secara berjemaah. 
  
Soalan: 
Berapa jumlah rakaat sembahyang tarawih yang
disunatkan 

Jawapan: 
Ada beberapa pendapat antaranya, setengah ulama'
mengatakan 40 rakaat, dan setengah yang lain pula
mengatakan ada 36 rakaat.  Mengikut pendapat dalam
mazhab Syafi, Hanafi, Hambali, Maliki dan Thauri ada
20 rakaat. 

Soalan: 
Apakah pendapat yang mengatakan 40 rakaat dan 36
rakaat itu diambil dari hadis Rasulullah s.a.w atau
perbuatan sahabat

Jawapan: 
Bilangan yang terlebih dari 20 rakaat itu dipercayai
timbul dari pendapat yang boleh diterima dari segi
syara'. 

Soalan: 
Apakah dalil bagi mereka yang mengatakan sembahyang
tarawih itu dilakukan sebanyak 20 rakaat 

Jawapan: 
Dalilnya adalah dari perbuatan Saiyidina Umar, Othman,
Ali dan lain-lain sahabat yang menunaikan sembahyang
tarawih sebanyak 20 rakaat. 

Soalan: 
Apakah hadis yang menunjukkan bahawa sembahyang sunat
tarawih itu 20 rakaat 

Jawapan: 
Sebagaimana yang diketahui bahawa sembahyang sunat
tarawih itu dibuat secara berjemaah oleh Rasulullah
hanya 3 malam sahaja. 
Mengikut Abu Zar pada malam yang ketiga iaitu 27
Rasulullah bersembahyang tarawih selepas Isyak
sehingga hampir Subuh sebanyak 20 rakaat dan 3 witir. 

Soalan: 
Adakah hadis Abu Zar itu tidak bercanggah dengan hadis
Syaidatina Aisyah r.a. 

Jawapan: 
Tidak, kerana Syaidatina Aisyah r.a hanya menceritakan
apa yang diketahuinya sahaja. 

Soalan: 
Adakah pada masa Saiyidina Umar r.a ada mereka yang
bersembahyang tarawih bersendirian 

Jawapan: 
Tiada.  Kecuali pada permulaan beliau menjadi
khalifah. 
  
Soalan: 
Adakah Syaidatina Aisyah r.a sembahyang tarawih 8
rakaat 

Jawapan: 
Tiada.  Kalau Syaidatina Aisyah r.a sembahyang tarawih
8 rakaat nescaya ada riwayat mengenainya.  Dari
pendapat itu kita yakin Syaidatina Aisyah r.a juga
bersembahyang 23 rakaat bersama witir. 

Soalan: 
20 rakaat tarawih itu ada berapa salam 

Jawapan: 
10 salam, tiap-tiap 2 rakaat 1 salam. 

Soalan: 
Bolehkah dibuat sembahyang sunat tarawih 4 rakaat
dengan satu salam 

Jawapan: 
Tidak boleh. 

Soalan: 
Bilakah berlakunya malam lailatul qadar 

Jawapan: 
Malam lailatul qadar boleh berlaku pada satu malam di
mana-mana malam dalam bulan Ramadhan.  Mengikut
pendapat muktamad ianya berlaku pada satu malam pada
malam sepuluh yang terakhir.  Dalam bulan Ramadhan,
iaitu kemungkinan besar berlaku pada malam ganjil
sahaja (21, 23, 25, 27 dan 29). Mengikut pendapat Imam
Chazali dan yang sependapat dengannya kemungkinan
berlakunya malam lailatul qadar seperti berikut: 

a. Jika berinula Ramadhan pada hari Ahad dan Rabu maka
lailatul qadar itu berlaku pada malam yang ke 29. 
b. Jika bermula Ramadhan pada hari Isnin maka lailatul
qadar berlaku pada malam yang ke 21. 
c. Jika bermula Ramadhan pada hari Selasa atau jumaat
maka malam lailatul qadar berlaku pada malam yang ke
27. 
d. Jika bermula Ramadhan pada hari Khamis maka malam
lailatul qadar berlaku pada malam yang ke 25. 
e. jika bermula Ramadhan pada hari Sabtu maka malam
lailatul qadar berlaku pada malam 23. 
  
Soalan: 
Manakah yang lebih baik di antara sembahyang tarawih 8
rakaat diisertakan ceramah dengan sembahyang dua puluh
rakaat tidak berceramah 

Jawapan: 
Lebih baik menunaikan sembahyang 20 rakaat. 
  
Soalan: 
Apakah perbezaan antara masjid dan surau 

Jawapan: 
Perbezaannya di antara masjid dan surau ialah
perbezaan umum dan khusus.  Iaitu tiap-tiap masjid
adalah surau/ musalla dan tiap-tiap surau/musalla
bukan masjid seperti tiap-tiap Rasul adalah Nabi dan
bukan tiap-tiap Nabi itu Rasul. 
  
Soalan: 
Adakah boleh bertarawih di surau 

Jawapan: 
Boleh. 

Soalan: 
Adakah boleh beritikaf dan sembahyang tahiyatul masjid
di surau 

Jawapan: 
Tidak boleh kerana kedua-duanya hanya dikhususkan di
masjid sahaja. 

Soalan: 
Apakah kelebihan puasa sunat 

Jawapan: 
Puasa sunat ini sangat digalakkan dan pahalanya sangat
besar, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dari Abu
Said r.a dari Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang berpuasa satu hari kerana Allah, nescaya
Allah menjauhi mukanya dari api neraka sejauh tujuh
puluh tahun'. 

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All in one place.
Yahoo! Shopping: http://shopping.yahoo.com

--------------------------- ONElist Sponsor ----------------------------

    GRAB THE GATOR! FREE SOFTWARE DOES ALL THE TYPING FOR YOU!
Tired of filling out forms and remembering passwords? Gator fills in
forms and passwords with just one click! Comes with $50 in free coupons!
  <a href=" http://clickme.onelist.com/ad/gator4 ">Click Here</a>

------------------------------------------------------------------------
Rasulullah saw bersabda maksudnya: "Siapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu 
nescaya Alla
h akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

Zikir harian anjuran Iman Al Ghazali

Jumaat – Ya Allah
Sabtu  – Laa ila ha il lallah (Tiada Tuhan melainkan Allah)
Ahad   – Yaa Hayyu Yaa Qayyum (Ya Allah yang maha hidup lagi berdiri dengan sendirinya)
Isnin  – La haw la wala qu wata illa billah hil ‘ali yil ‘azim (Tidak ada upaya dan 
kekuatan melain
kan dengan kuasa Allah yang maha tinggi dan maha besar)
Selasa – Allah humma solli ‘ala saidina Muhammad (Ya Allah rahmatilah ke atas Nabi 
Muhammad s.a.w)

Rabu   – As tag firullah hal ‘azim (Aku mohon ampun kepada Allah yang maha besar)
Khamis – Subha nallah hil ‘azimi wa biham dih (Maha suci Allah yang maha besar dan 
pujian kepadaNya
)

Dipetik dari Buku Amalan harian Sepanjang Zaman


Moga Ada Manfaat
Lenggang Kangkung Mailing List

Untuk Melanggan Lenggang Kangkung List -> Hantar email kosong to:  
[EMAIL PROTECTED] (Free)

Untuk Berhenti Melanggan -> Hantar email kosong to:  [EMAIL PROTECTED]

Laman Web Lenggang Kangkung : http://www.angelfire.com/ct/lk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "zan zin zun" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke