*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* { Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net } { Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] } { Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] } *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~* UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

From: "abd_adzis Ismaail" <[EMAIL PROTECTED]>
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: 10 Syarat Sah Syahadah bhg 1
Date: Tue, 25 Feb 2003 06:43:25 +0000

Assalamualaikum sdra, sdri yang dihormati sekelian, didoakan semuga
sentiasa didalam rahmat dan keredhaan ALLAH.

Bismillahirrahmanirrahim,

Mari kita bersama-sama membincangkan hal-hal berkaitan
dengan'Syahadah'.

Syahadah ini adalah kalimah yang kita ikrar dengan lidah,
ditasdiqkan( diyakini) didalam hati iaitu Tiada Tuhan yang kita
sembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad SAW itu adalah Pesuruh
ALLAH.
Di dalam sembahyang kita menyebut ikrar ini 9 kali sehari dan
hendaklah kita tahu syarat-syaratnya kerana kalimah ini adalah
kalimah tayyibah yang paling besar, yang paling agung...kalau
terbatal bermakna terbatallah iman, tak sah sembahyang.
Rukun iman yang 6 dan rukun Islam yang 5 semuanya terangkum didalam
ibadah solat...kita mendirikan sembahyang untuk mengingati ALLAH 5
kali sehari dimana kita memahami dan merasai kedua-dua Rukun yang
terbesar didalam Islam sehinggalah kita membawanya kedalam kehidupan
seharian.
Syahadah terdapat didalam sembahyang, bermakna besarlah sembahyang
walaupun sembahyang sunat. Kita sepatutnya mengadap ALLAH didalam
sembahyang dengan membawa 'profile' yang baik, kena ada quality.
Kita buat rumah yang cantik, mestilah ada perabut, barulah ada
nilai...bukan hanya istana kosong.
Syahadah adalah tunjang kepada sembahyang...sekiranya kita faham
akan berat dan pentingnya syahadah itu, tak usahkan nak tinggal
sembahyang, lambat sembahyang pun dah terasa tersiksa.

Ada 10 syarat sah syahadah yang perlu kita ketahui:
Kepada semua umat Islam yang mengucap syahadah mesti ada yang 10
ini:-

1.Kasih dan Cinta kepada ALLAH
Untuk senang nak faham, orang yang berkasih ini selalu beri
hadiah, dan tak ada rasa jemu...bila ada rasa cinta, dengar azan
adakah kita nak lengah-lengah nak berjumpa ALLAH?
Bila baca surat cinta, selalunya menitis air mata. Tetapi bila tak
ada rasa cinta atau tak pernah bercinta memang tak rasa apa-apa pun.
Kepada yang dah berpengalaman bercinta, sewaktu menulis surat cinta
berkajang-kajang panjangnya, macam-macam diceritakan...apa yang
dimakan, apa yang dipakai semuanya masuk dalam surat cinta, cerita
benda yang sama pun tak rasa jemu!
Syahadah dibaca didalam azan, Kekasih Agung memanggil kita untuk
bertemu-Nya, apa perasaan kita sewaktu itu?
Bila sebut ALLAH kita rasa apa?...bila sebut satay kita rasa apa?...
mari kita suluh diri dan perasaan kita didalam situasi yang berbeza
ini.
Nampaknya syarat sah syahadah yang pertama ini pun kita tak lepas
lagi... itulah sebabnya sembahyang kita tak berwajah, tak
bernilai...kita masih main-main dengan panggilan ALLAH.
Para-para sahabat, mereka dah kecut perut bila waktu sembahyang dah
hampir, mereka kenal siapa yang mereka akan mengadap, setengahnya
ada yang mabuk dan ada yang pengsan dengan ALLAH.
Untuk kita sebagai manusia biasa, dapat rasa sedih sedikit pun dah
cukup.
Sewaktu ita baca Bismillahirrahmanirrahim, kenalah faham akan
maknanya. Kalau baca laju, macam mana nak faham.
Cuba baca buku atau novel cinta supaya kita faham akan perasaan
cinta ini...ini baru cinta sesama manusia. Bila tengok cerita
Hindustan atau cerita Melayu, kita tengok watak-wataknya asyik
berebut perempuan, berebut cinta sampai boleh bunuh
membunuh...sekiranya kita bercinta dengan ALLAH tak ada masalah yang
timbul sebab kita tak perlu berebut-rebut. ALLAH akan membalas cinta
semua hamba-hambaNya.
Kita pun faham maksud peribahasa pungguk rindukan bulan...kasih
sayang ALLAH sungguh tinggi nilainya kerana ALLAH sayangkan kita
lebih dari seorang ibu yang sayangkan anaknya.
Bukankah kepada orang-orang yang bercinta, nyawa pun sanggup
diserah.
Bila kita ada rasa cinta dengan ALLAH, rindu nak dengar azan... baca
Al Quran rasa macam baca surat cinta, bila diceritakan hal-hal
Neraka  ada rasa takut... bila diceritakan hal-hal Syurga terasa
kehebatan ALLAH.

Bagi diri saya sendiri, syarat yang pertama ini pun dah gagal tetapi
kita tak boleh putus asa, kenalah kita berusaha membaiki diri,
bertaubat dan berdoa selalu agar ALLAH anugerahkan rasa cintakan
ALLAH ini didalam hati kita. Setakat ini dulu, insyaALLAH kita akan sambung lagi di lain masa.
Yang baik dan benar itu semuanya datang dari ALLAH, terimalah. Yang
cacat dan buruk itu datangnya dari nafsu dan kelemahan saya sendiri,
betulkan dan maafkanlah.


Ampun maaf,

Ustaz Abd Adzis Ismaail






_________________________________________________________________
Using a handphone prepaid card? Reload your credit online! http://www.msn.com.my/reloadredir/default.asp



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB) ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB) ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan ) ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net ) ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] ) ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "SITI BALKIS" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke