*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,
Saya memang sokong sekiranya penulis yang bernama Akbar Ali ini diambil
tindakan terhadapnya kerana telah banyak artikel beliau yang sememangnya
terang-terang menghina Islam. Dulu memang saya melanggan The Sun tapi
sekarang tidak lagi.
Beliau banyak menulis mengikut lojik dan berpandukan keadaan moden
sekarang.
Siapakah Akbar Ali sebenarnya???????

firdaus ibrahim wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Hina Islam dalam akhbar: PUK minta Jawi bertindak
> Oleh Roy Rasul
>
> KUALA LUMPUR, 13 Mac (Hrkh) - Persatuan Ulama Kedah
> (PUK) hari ini membuat laporan kepada Bahagian
> Penguatkuasaan dan Pendakwaan, Jabatan Agama Islam
> Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi), berhubung dua
> artikel yang disiarkan akhbar 'The Sun' pada 14 Julai
> 1999 dan 21 Februari 2001 yang didakwa menghina Islam,
> mempersenda kitab suci al-Quran dan menghina institusi
> agama Islam di negara ini.
>
> Timbalan Yang Dipertua PUK, Haji Nia'mat Yusuf, yang
> mengetuai rombongan PUK ke sini berkata, dua artikel
> yang bertajuk 'Now, the the mufti blame Hindi film'
> yang disiarkan pada 21 Feb lepas serta 'Death for
> Apostates Unjust', pada 14 Julai 1999 lalu,
> menggambarkan penulisnya, Akbar Ali, menghina dan
> mempertikaikan syariat Islam.
>
> Beliau berkata, perbuatan tersebut boleh diambil
> tindakan di bawah Seksyen 7, 8 dan 9, Akta Kesalahan
> Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.
>
> Katanya, dalam artikel 'Now, the mufti blame Hindi
> film' penulis dikatakan seolah-olah memperlekeh dan
> menghina pemakaian serban yang dipakai oleh orang
> Islam, khususnya para mufti yang berkuasa mengeluarkan
> fatwa di negara ini.
>
> "Penulis menganggap para mufti yang memakai serban
> adalah orang bodoh dan tidak dapat berfikir dengan
> baik," katanya berhubung artikel tersebut.
>
> Katanya, PUK beranggapan kenyataan itu menghina sunnah
> Rasulullah. Manakala dalam artikel 'Death for
> Apostates Unjust' pula, penulis mendakwa hukuman bunuh
> kepada orang Islam yang murtad tidak ada dalam syariat
> Islam, bahkan penulis menyifatkan hukuman tersebut
> adalah zalim.
>
> Menurut Haji Nia'mat, kedua-dua artikel itu sangat
> berbahaya kepada akidah umat Islam dan boleh
> menimbulkan kemarahan masyarakat Islam.
>
> "Oleh sebab itu PUK menggesa pihak berkuasa mengambil
> tindakan, berasaskan peruntukan Undang-undang Jenayah
> Syariah bagi memenuhi tanggungjawab untuk
> mempertahankan kesucian Islam," jelasnya.
>
> Beliau juga kesal dengan tindakan media kini yang
> tidak menapis berita-berita yang disiarkan,
> terutamanya yang melibatkan isu agama.
>
> "Masalahnya, pihak media lebih membiarkan orang yang
> tidak profesional dalam bidang agama, menulis mengenai
> agama. Siapa saja boleh ulas.
>
> "Sedangkan ia perlu dirujuk pada wahyu dan hadis,"
> tegas beliau ketika ditemui di Pejabat Jawi di Jalan
> Ipoh, di sini.
>
> Mengulas perkara sama, Setiusaha Persatuan Ulama
> Malaysia Bahagian Wilayah Persekutuan, Ustaz Ahmad
> Fadzlah Mohd Salleh, yang mewakili Persatuan Ulama
> Malaysia dalam rombongan tersebut, berkata PUM turut
> memberi sokongan atas tindakan PUK itu.
>
> Katanya inisiatif yang dibuat oleh PUK adalah untuk
> mempertahankan institusi agama agar tidak
> dipersendakan dengan sewenang-wenangnya.
>
> "Jangan ingat PUM berdiam diri, kami juga ada hak
> untuk bertindak," tegasnya.
>
> Menurut Setiausaha PUK, Ahmad Tarmizi Sulaiman,
> rombongan PUK seramai enam orang itu membuat laporan
> tersebut kepada Ketua Bahagian Pendakwaan Jawi, Aziz
> bin Mashuri.
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Yahoo! Auctions - Buy the things you want at great prices.
> http://auctions.yahoo.com/
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: firdaus ibrahim <[EMAIL PROTECTED]>


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Zallaha Pandak" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke