www.pemuda-keadilan.org

Berita // News: Belum Pun Mahathir Sampai, Ismail Ibrahim Sudah
Jual
Koyok
      Friday, June 07, 2002 - 04:04 AM GMT


         Belum pun Mahathir tiba di Vatican untuk melakukan kunjungan
hormat
terhadap Paus (Pope) John Paul II, akademik pro-UMNO Ismail Ibrahim
telah
mula "menjual koyok" kononnya Paus berusia 82 tahun itu ingin "belajar
dari
Mahathir".

            Menurut laporan Bernama, Ismail yang diangkat oleh Abdullah
Badawi sebagai pengerusi Majlis Fatwa menjelaskan Paus John Paul mahu
"melihat Perdana Menteri sebagai pemimpin yang berjaya menguruskan
sebuah
negara Islam dengan penduduk berbilang agama yang hidup dengan aman dan
makmur".

            Kenyataan yang dibuat secara sembrono itu langsung tidak
berasaskan bukti! , tetapi dikutip bulat-bulat oleh media massa milik BN.

            Yang jelas, lawatan Mahathir digembar-gemburkan sebagai
"penghormatan" kepada seorang tokoh yang "berpengalaman" walaupun
Mahathir
didahului oleh Presiden Indonesia Megawati Soekarnoputri yang turut
diundang
bertemu Paus tersebut.

            Ismail Ibrahim yang terkenal sebagai apologis UMNO
menggambarkan
pertemuan itu "sangat penting" walaupun hakikatnya Mahathir bukanlah
pemimpin Islam terutama yang dijemput menemui Paus tersebut.

            Sebelum ini, Mahathir pernah mendakwa bahawa pertemuannya
dengan
Presiden Amerika Syarikat George Bush, Perdana Menteri Britain Tony
Blair,
Canselor Jerman Gerhard Shcroeder, Presiden Libya Muammar Ghadaffi dan
Raja
Maghribi Al-Malik Muham! mad adalah kerana mereka "mahu belajar"
daripadanya
cara mentadbir negara sehingga "sebegitu maju".

            Semalam, Timbalan Ketua Pemuda Sdr YB Saifuddin Nasution
Ismail,
dalam memorandumnya kepada Paus John Paul II telahpun memberi
peringatan
kepada ketua gereja Roman Katolik itu bahawa pertemuan itu akan
"digembar-gemburkan" dengan menyatakan "Paus mahu belajar dengan
Mahathir".

            Memorandum Pemuda Keadilan juga ditus kepada Setiausaha
Negara
Vatican Angelo Cardinal Sodano, Setiausaha Luar Vatican Archbishop
Jean-Louis Tauran dan Duta Besar Vatican ke Istana St James Archbishop
Pablo
Puente.



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Sign-up for Video Highlights of 2002 FIFA World Cup

Kirim email ke