Dewan kecoh, timbalan speaker keluar dewan
Tuesday, October 22 @ 17:13:48 MYT


Oleh Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Hrkh) - Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Dato' Mohamad
Abdullah, bertindak keluar dewan sekaligus menangguhkan persidangan selama
sepuluh minit pagi tadi apabila berlaku kekecohan dan tuduh menuduh antara
penyokong kerajaan dan wakil pembangkang berhubung isu pengajaran
matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.


Kekecohan berlaku apabila Dato' Noh Omar, (BN- Tanjung Karang) enggan
menarik dakwaannya bahawa wakil pembangkang, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi
(PAS - Kuala Terengganu) belum menyelesaikan pembayaran saman Universiti
Teknologi Mara (UiTM) berjumlah RM50,000 terhadap beliau.
Noh membuat dakwaan itu ketika Setiausaha Parlimen Kementerian Pendidikan,
Dato' Mahadzir Mohd Khir, memulakan ucapannya sewaktu perbahasan Rang
Undang-undang Perbekalan 2003 (Kementerian Pendidikan) hari ini.Dalam ucapannya, Mahadzir turut menyerang Syed Azman berhubung ucapannya
semalam yang menyifatkan Menteri Pendidikan sebagai 'pengkhianat' dan
mempersoalkan kreadibiliti Umno dalam isu penggunaan bahasa Inggeris.
Noh bangun mencelah menyokong Mahadzir dengan mmengatakan bahawa ada seorang
anak Melayu yang meninggalkan UiTM untuk berkhidmat dengan Universiti Malaya
sebelum disaman UiTM sebanyak RM50 000.
Noh berkata anak Melayu itu hanya membayar RM5000 kepada UiTM dan merupakan
pengkhianat bangsa yang sebenar..
Dewan mula riuh-rendah dan pada ketika itu juga Syed Azman bangun dan
meminta Noh menyebutkan nama orang yang dimaksudkannya.
Sebelum itu, Noh juga berkata bahawa UiTM amat kecewa dengan tiondakan anak
Melayu itu kerana telah membelanjakan hampir RM300 ribu untuk menjadikan
beliau seorang pemegang ijazah doktor falsafah.
Syed Azman bangun mengemukakan bantahannya dengan berkata, "ini kes mahkamah
kena sebut (nama orang itu)."!
Dewan menjadi semakin tegang apabila beberapa anggota kedua belah pihak
bangun untuk mempertahankan wakil masing-masing.
Syed Azman bangun sekali lagi dengan menyatakan isu tersebut telah
selesaikan melalui peguamnya dan peguam UiTM.
"Ini bukan lagi isu, tetapi satu tuduhan peribadi," tegasnya lagi.
Beliau seterusnya meminta Noh menarik balik tuduhan tersebut isu berkenaan
telahpun diselesaikan oleh peguam masing-masing.
Suasana dewan semakin bingit dengan jeritan dan kecaman daripada penyokong
kerajaan dan pembangkang dan iterpaksa ditenangkan sekali lagi oleh Timbalan
speaker.
Timbalan speaker meminta Noh dan Syed Azman yang bertegang lidah ketika ini
duduk.
"Saya minta ditarik balik, kalau macam ni susah saya hendak buat keputusan.
Kalau benda sudah selesai kita kira selesai dan tidak usah bangkitlah" kata
Mohamad kepada Noh.
Bagaimanapun Noh tetap mendakwa beliau tidak perlu menarik balik kerana Syed
Azman belum habis m! embuat pembayaran tersebut.
Dalam pada itu, Syed Azman yang diminta oleh Timbalan speaker menarik balik
perkataan 'kurang ajar' yang disebutnya dalam ucapannya semalam akur dengan
permintaan tersebut.
Timbalan speaker meminta pula Noh menarik balik tuduhannya dan sekiranya Noh
menganggap saman tersebut belum selesai maka ia boleh siasat di luar dewan.
"Itu keputusasan saya dan persoalan ini tak boleh berterusan," tegas
Mohamad, sambil berkata jika Syed Azman sudah membayar bererti beliau telah
mengambil tindakan.
Noh yang diminta berkali-kali oleh Timbalan speaker menarik balik tuduhannya
tetap tidak mahu berbuat demikian.
Sementara itu, ketika ditemui di lobi parlimen, Syed Azman berkata, perkara
yang ditimbulkan Noh dalam dewan itu bertujuan untuk mengalihkan isu yang
dibahaskannya semalam iaitu isu bahasa Inggeris.
Beliau berkata, pada 2 Oktober lalu isu Bahasa Inggeris ini sudah dianggap
muktamad oleh kerajaan, tetapi timbul k! embali apabila MCA secara rasmi
menyatakan tidak persetujuannya baru-baru ini.
"Umno tertekan kerana menghadapi tentangan dari dalam BN sendiri dan perkara
ini pula amat penting dalam polisi dan dasar pendidikan negara," katanya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke