Elly sanggup sujud di kaki Azalina jika dibukti tidak bersalah

Nash Rahman 1:49pm Thu Oct 24th, 2002 Elly Zalilah Yusof, bekas pembantu
Azalina Othman Said berkata beliau sanggup sujud di kaki Azalina sekiranya
ketua Puteri Umno itu dapat membuktikan bahawa dia tidak pernah
menyalahgunakan wang pergerakan itu. Berikutan itu Elly mengalu-alukan
tindakan pihak polis memulakan siasatan berhubung dakwaanya terhadap
Azalina, mengenai wujudnya tiga akaun bagi Puteri Umno, kehilangan wang
kutipan untuk mangsa Afghanistan dan pendaftaran empat van milik pergerakan
itu atas nama mereka yang tiada kaitan dengannya. Malaysiakini difahamkan
bahawa polis Bukit Aman sudahpun memulakan siasatan ke atas laporan Elly itu
dengan memanggil seorang bekas exco pergerakan itu untuk memberi keterangan
berhubung dakwaan itu minggu lalu. Difahamkan beberapa orang lagi bekas
exco dan pegawai pejabat Puteri Umno akan dipanggil untuk memberi keterangan
meng! enai dakwaan berkenaan. Mengulas lanjut mengenainya, Elly berkata
beliau mempunyai kepercayaan penuh bahawa pihak polis akan menyiasat secara
terperinci kes itu bagi membuktikan dakwaannya terhadap Azalina.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke