Hadapi dakwaan PBB secara bersama-sama - Mahfuz
Wednesday, October 23 @ 14:11:46 MYT


Oleh NYZA AYOB
KUALA LUMPUR, 23 Okt(Hrkh) - Ketua Pemuda PAS, Hj Mahfuz Omar, meminta
ahli-ahli Parlimen bersatu dalam menghantar nota bantahan kepada Setiausaha
Agung Parti Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menolak tuduhan pengganas yang
dibuat oleh badan tersebut ke atas beberapa pertubuhan parti politik dan
bukan politik (NGO) di negara ini.

Beliau berkata demikan sewaktu membahaskan usul berkaitan isu penyenaraian
kerajaan Barisan Nasional, PAS, ABIM serta beberapa pertubuhan lain sebagai
mempunyai kaitan dengan pertubuhan al-Qaeda oleh Majlis Keselamatan Parti
Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) di Dewan Rakyat semalam.
Katanya isu yang berlaku ini merupakan isu yang harus ditangani bersama demi
kepentingan dan keselamatan negara.
Terdahulu, dalam ucapannya, Mahfuz melahirkan kekesalan terhadap kenyataan
Timbalan Perdana Menteri, Dato' s! eri Abdullah Badawi, bahawa kerajaan akan
menghantar surat bantahan kepada PBB agar mengeluarkan nama BN dari senarai
tersebut tetapi tidak termasuk parti-parti dan pertubuhan lain yang turut
tersenarai.
Sebaliknya pihak kerajaan meminta PAS dan ABIM serta pertubuhan lain
menyelesaikan perkara tersebut secara berasingan.
"Tuduhan ini merupakan tuduhan liar dan tidak berasas yang melibatkan negara
secara keseluruhan, bukan BN semata-mata, justeru ia mesti dihadapi secara
bersama-sama," tegasnya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mengingatkan kerajaan agar
berhati-hati dalam memberi respons terhadap tududhan liar yang dilemparkan
kepada Malaysia itu.
Beliau melahirkan kebimbangan jika nota bantahan yang dihantar oleh kerajaan
kepada PBB akhirnya akan menjadi kuasa 'tawar menawar' yang dibuat oleh
pertubuhan tersebut yang mana jika kerajaan ingin mengeluarkan nama BN dalam
senarai tersebut, dengan syarat Kerajaan mesti mengha! puskan PAS dan parti
pembangkang yang lain.
Dalam pada itu beliau juga melahirkan kekesalan di atas penyerahan pelajar
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Ahmed Ibrahim Bilal kepada
kerajaan Amerika.
"Ini memperlihatkan bagaimana kerajaan kita lebih akur kepada kehendak
Amerika. Apabila berhadapan dengan situasi ini kita seharusnya bertegas
supaya kita menjadi negara yang benar-benar berdaulat yang berasaskan
demokrasi, "tegas Mahfuz.
Dalam pada itu, Abdul Rahman Yusoff(PAS-Kemaman) yang turut membahaskan usul
tersebut meminta agar kerajaan tidak mengaitkan keganasan dengan parti
pembangkang.
"Kerajaan tidak seharusnya menggunakan ISA untuk melindungi dakwaan yang
tidak berasas. Sebaliknya kerajaan harus istiqamah dalam memartabatkan Islam
dan menentang keganasan,"tegasnya.
Pendapat Abdul Rahman itu disokong oleh Mohamad Sabu (PAS-Kuala Kedah) yang
berkata, kerajaan hendaklah membebaskan tahanan ISA agar kerajaan tida! k akan
dikatakan pengganas.
Sementara itu, Chow Kon Yeow (DAP-Tanjung) yang turut membahaskan usul
tersebut berharap agar kerajaan Malaysia dapat menyiasat secara berani dan
terbuka dakwaan bahawa wujudnya sel logistik dan kewangan di Malaysia untuk
memajukan operasi Al Qaeda di Asia Tenggara.
Sebelum itu, Mahfuz menyerahkan memorandum bantahan terhadap laporan
penyenaraian PAS, ABIM dan Kerajaan BN sebagai pengganas di pejabat PBB.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke