Berita // News : Isu
Bahasa Inggeris: UMNO Keseorangan
hold=0>
Tuesday, October 22, 2002 - 12:02 AM GMT



Keputusan MCA
menentang sepenuhnya cadangan UMNO untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai
medium pengajaran Sains dan Matematik, jelas menunjukkan parti perkauman itu
mendapat tentangan rakyat pelbagai bangsa, agama dan fahaman politik,
demikian kata Timbalan Ketua Pemuda YB Saudara Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menambah bahawa keputusan MCA itu mengesahkan pandangan umum bahawa
UMNO sudah hilang pertimbangan dan gagal memahami aspirasi rakyat. "Dengan
penentangan terbuka parti-parti perkauman BN sendiri, maka sudah sampai
masanya Mahathir menerima hakikat ideanya it! u membawa kesan buruk kepada
negara," kata beliau kepada pemuda-keadilan.org Cadangan Mahathir itu
menerima tentangan hebat dari parti-parti pembangkang, sasterawan dan
gerakan bahasa ibunda. Walau bagaimana pun, media BN memainkan isu itu
menjadi isu perkauman, dengan menuduh orang Cina bersifat ekstremis kerana
menentang dasar caca merba Mahathir Mohamad itu. YB Saudara Saifuddin juga
memberi peringatan kepada pemimpin UMNO supaya jangan bergolok gadai dengan
masa depan anak Melayu. Ramai penganalisa politik percaya kerana takutkan
MCA dan Gerakan, UMNO hanya akan melaksanakan dasar tersebut ke atas pelajar
Melayu dan mengecualikan pelajar bukan Melayu. UMNO sebelum ini terpaksa
bergantung kepada sokongan orang Cina yang dibawa MCA dan Gerakan, kerana
dipulaukan secara besar-besaran oleh orang Melayu selepas tragedi kezaliman
ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. YB Saifuddin juga menyeru supaya satu
kongres khas dipanggil, yang tidak ber! bau partisan, untuk mencari jalan
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. MCA semalam
menyatakan pendiriannya yang berbunyi hampir sama dengan pendirian keADILan
dan parti BA yang telah dibuat dua bulan lepas - iaitu masalah penguasaan
bahasa Inggeris hanya boleh ditangani dengan meningkatkan kualiti pengajaran
dan pembelajaran bahasa Inggeris, bukannya melalui penggunaannya sebagai
medium pengajaran mata pelajaran lain.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke