Date: Thu, 14 Jun 2001 10:49:43 +0800

Thursday 14 June, 2001 10:17 AM <<...>>

Isu kasino tidak jejaskan pakatan BA
KUALA TERENGGANU, 14 Jun (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Tuan Guru Haji
Abdul Hadi Awang yakin isu penutupan kasino di Genting Highland yang
dimainkan media massa perdana tidak akan menjejaskan perpaduan di kalangan
parti komponen Barisan Alternatif (BA).
Beliau berkata, pakatan BA akan tetap berjalan dengan masing-masing parti
menganut ideologi mereka dan menghormati fahaman agama masing-masing.
"Saya mengatakan bahawa perkara yang tidak bermoral ditentang oleh semua
agama dan ditentang oleh kemanusiaan sejagat, bukan saja orang Islam malah
orang bukan Islam," katanya ketika diminta mengulas isu penutupan kasino di
Genting Highland.
Sebelum ini akhbar membuat laporan bahawa PAS akan menutup kasino tersebut
jika parti tersebut diberi peluang memerintah negeri Pahang dalam pilihan
raya umum ak! an datang.
Ustaz Abdul Hadi berkata, kewujudan kasino yang meruntuhkan akhlak akan
ditentang oleh semua agama, bukan Islam sahaja.
"Saya pernah mengadakan dialog dengan pemimpin agama lain dan tindakan yang
akan diambil itu dihormati oleh semua agama," katanya.
Ditanya mengenai respons negatif yang diberikan oleh DAP berhubung isu
tersebut, beliau berkata: "Itu suasana demokrasi yang wujud dalam BA dan ia
tidak akan memecah-belahkan pakatan BA.
"Dalam BA setiap parti boleh memberi pandangan dengan cara yang terbuka dan
kita bersedia mendengar pandangan mereka," katanya.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Buzz Index - Spot the hottest trends in music, movies, and more.

Kirim email ke