Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

Kenyataan Media

22 Oktober 2002

 

SIASAT TUDUHAN!

 

Kerajaan dan pimpinan BN telah mengambil sikap keterlaluan terhadap tuduhan yang terdapat dalam laporan PBB mengaitkan BN dengan gerakan keganasan. Tuduhan terus ditolak tanpa sebarang siasatan. Menteri Dalam Negeri, Dato’ Abdullah Badawi sedang menimbang untuk mengharamkan buku berkenaan, dan menteri-menteri mengugut pengarangnya diikuti siri kutukan oleh penyokong.

 

Kerajaan yang bertanggungjawab sewajarnya mengarah polis menjalankan penyiasatan rapi dan menyeluruh. Dr. Rohan Gunaratna, pengarang buku Inside Al Qaeda, the Global Terror Network  menyatakan kesediaan bekerjasama dengan pihak berkuasa, dengan merujuk kepada sumber perisikan dan bersedia menamakan tokoh-tokoh BN berkenaan.

 

Tuduhan tersebut adalah berat dan justeru itu adalah sungguh memusykilkan bila menyaksikan bagaimana isu ini dikendalikan dengan cara yang tidak bertanggungjawab. Kegagalan menjalankan siasatan akan menjejaskan kewibaan kerajaan dan kesungguhannya dalam memerangi keganasan boleh dipertikai. Seandainya tuduhan yang sama dilemparkan kepada kalangan lain, pihak polis akan bertindak pantas dan orang-orang yang disyaki akan ditangkap dibawah ISA.

 

Kami tidak merestui tindakan zalim tersebut. Tetapi kami bimbang bahawa keengganan bertindak boleh ditafsirkan sebagai percubaan melindungi pesalah dan mempunyai kesan negatif termasuk dalam hubungan kita dengan negara jiran. Apa yang didakwa terhadap BN adalah bahawa terdapat pimpinannya yang terlibat dalam operasi gelap membantu gerakan militan yang menggugat keselamatan negara-negara jiran. Tuduhan tersebut mungkin dianggap tidak munasabah dan adalah bertentangan dengan dasar luar negara. Kita beranggapan bahawa simpati ke atas tuntutan masyarakat yang terpinggir seharusnya dikemukakan melalui inisiatif diplomatik.

 

Justeru itu kami mengulangi tuntutan supaya kerajaan menjalankan penyiasatan rapi dan menyeluruh terhadap tuduhan tersebut.

 

Dr. Wan Azizah Wan Ismail

Presiden


Raja Petra Kamarudin
Director, Free Anwar Campaign
http://www.freeanwar.com/index.html
 


COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke