Berita // News : Kereta
EXCO Pemuda Diceroboh Semasa Dalam Jagaan Polis
hold=0>
Monday, October 21, 2002 - 11:57 PM GMT



EXCO Pemuda
Saudara Badrul Hisham Shaharin hari ini melahirkan rasa kesal kerana sikap
polis yang tidak bertanggungjawab dan kurang professional sehingga wang dan
barang peribadi yang berada dalam keretanya dicuri, ketika kereta tersebut
berada dalam jagaan polis. Dalam satu insiden di sekitar Pasar Seni hujung
minggu lalu, sekumpulan polis berpakaian biasa telah menyerbu dan menahan
EXCO Pemuda yang pada ketika itu sedang mengedarkan risalah mengenai kempen
'ISA Mala Fide' yang dilancarkan bulan lalu. Dua orang EXCO Pemuda iaitu
Datuk Sanusi Abdullah dan ! Saudara S Manikavasagam telah ditahan dan
dipenjarakan. Lebih dari itu, mereka telah tidak diberikan makanan selama
lebih 18 jam sehingga Datuk Sanusi terpaksa dibawa ke hospital. Dalam
insiden yang sama, kereta Cikgu Badrul yang berada berdekatan dengan Pasar
Seni telah ditahan dan dibawa ke perkarangan balai polis. Kereta itu ditahan
oleh polis tanpa sebarang sebab. Walau bagaimana pun, ketika kereta
tersebut berada di perkarangan balai polis, beberapa orang berpakaian biasa
dilihat menggeledah kereta itu. Sehingga kini identiti mereka yang
mencerobohi kereta tersebut tidak diketahui, walaupun ramai mengesyaki
mereka adalah anggota Special Branch. Apabila Saudara Badrul mendapat
keretanya kembali, wang tunai berjumlah lebih RM3,000 yang berada di dalam
kereta telah hilang, bersama-sama item peribadi yang lain. Mengulas
perkara itu, Cikgu Badrul mengecam tindakan keras polis yang menurutnya
jelas sekali memperlihatkan polis gentar perk! ara sebenar mengenai penahanan
pemimpin keADILan di bawah ISA diketahui umum. Beliau juga berkata kejadian
kecurian, yang dipercayai dibuat oleh anggota polis sendiri hanya akan
memburukkan imej pasukan polis di negara ini.

> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 3 application/x-microsoft-ole-object name=Picture > ATTACHMENT part 4 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke