RM5.49 juta bangunkan 96 Desa Taqwa
Tuesday, October 22 @ 19:03:16 MYT


KOTA BHARU, 22 Okt (Hrkh) - Kerajaan Kelantan sehingga kini memperuntukan
lebih RM5.49 juta bagi membangunkan 96 Desa Taqwa di seluruh negeri sejak
diwujudkan pada 1992 hingga tahun lepas.

Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan Islam dan Dakwah, Ustaz Mohamed Daud
berkata, jajahan Kota Bharu mendapat peruntukan paling besar iaitu RM743,900
bagi membangunkan 16 Desa Taqwa.
Jajahan yang mendapat peruntukan kedua tertinggi iaitu Pasir Mas sebanyak
RM741,300 bagi membangunkan 12 Desa Taqwa. Jajahan lain, iaitu Bachok -
RM551,300 (10 Desa Taqwa), Gua Musang - RM392,800 (tujuh).
Jeli - RM420,500 (lapan), Kuala Krai - RM469,700 (lapan), Machang -
RM540,390 (lapan), Pasir Puteh - RM541,400 (sembilan), Tanah Merah -
RM572,800 (sembilan) dan Tumpat - RM522,800 (sembilan).
Menjawab soalan Ustaz Mohd Yusof Abdullah (PAS - Bukit Tuku) Ustaz Mohamed
berkata, tiga j! enis tumpuan pembangunan yang dijalankan di Desa Taqwa iaitu
keagamaan, sosial dan ekonomi.
Menurutnya, antara aktiviti keagamaan yang diadakan iaitu mengimarahkan
masjid, tadarus, qiamulai dan perayaan hari-hari kebesaran Islam serta kelas
fardhu ain.
"Aktiviti sosial yang dianjurkan pula iaitu pendidikan, motivasi,
kursus-kursus kemahiran dan bengkel-bengkel peperiksaan. "Bagi aktiviti
ekonomi lebih ditumpukan kepada bidang pertanian termasuk penanaman
sayur-sayuran, buah-buahan dan penternakan lembu serta kambing.
Menjawab soalan tambahan Haji Wan Hussin Wan Ahmad (PAS - Pengkalan Kubur),
beliau berkata, nampak jelas perbezaan di antara Desa Taqwa dan
kampung-kampung lain.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Kerajaan Tempatan
dan Pembangunan Wilayah, Haji Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan merupakan
negeri kedua terbanyak menjalankan kegiatan menternak burung layang-layang
di kawasan rumah yang diubahsuai.Katanya, sehingga kini terdapat 38 lot rumah diubahsuai untuk menternak
burung layang-layang iaitu kedua terbanyak selepas Setiawan, Perak.
Menjawab soalan Mejar (B) Mohd Anizam Abdul Rahman (PAS - Kemahang) beliau
berkata, Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) sedang menunggu garis panduan
dari Bahagian Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
mengenai lesen premis perniagaan bagi mereka yang mengusahakan ternakan
tersebut.
Katanya, MPKB menerima beberapa aduan daripada orang ramai mengenai kegiatan
menternak burung terbabit di sekitar bandar Kota Bharu termasuk bunyi yang
bising dan kekotoran.(MJ)
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke