Rogol: Terkejut dengan jawapan Abu Zahar
Wednesday, October 16 @ 16:58:35 MYT


Roy Rasul
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh) - Ahli Parlimen, Chong Eng (DAP - Bukit
Mertajam) terkejut dengan jawapan Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam
Negeri, Abu Zahar Isnin yang menyatakan gadis berusia 13 tahun yang dirogol
di pusat tahanan pendatang tanpa izin di Sabah baru-baru ini merupakan gadis
jalanan.

Beliau yang bercakap kepada media selepas sesi soal jawab dalam dewan rakyat
hari ini berkata, beliau menbantah sekeras-kerasnya pandangan yang dianggap
tidak bertanggungjawab daripada seorang pegawai tertinggi kerajaan.
"Kenyataannya itu menggambarkan seolah-olah beliau tidak mengendah
undang-undang perogolan dalam negara ini dan kami menolak pandangan beliau
yang cuba merendah maruah gadis tersebut," katanya.
Katanya lagi, tindakan Abu Zahar mengaitkan perlakuan tidak baik mangsa
dalam kes tersebut adalah tidak relevan.
Sebelum ! itu semasa sidang dewan rakyat berlangsung menyaksikan pertikaman
lidah antara Chong Eng dan Abu Zahar.
Chong Eng yang tidak beruas hati dengan jawapan Abu Zahar kepada soalan
tambahan yang dibangkitkan wakil Tebrau, Dato' Mohd Ali Hasan mengenai
tuduhan yang dibuat oleh Filipina terhadap Malaysia berhubung isu gadis
tersebut.
Abu Zahar ketika menjawab soalan tersebut berkata, setelah disiasat gadis
berkenaan adalah seorang yang 'of not a good character'.
Sebelum itu soalan asal berhubung perkara ini dibawa Che Ghani Ambak
(PAS-Setiu), meminta Menteri Dalam Negeri menyata jumlah pekerja asing yang
dihantar pulang di bawah program 'pengampunan pekerja asing'.
Dalam pada itu sebelum meneruskan soalannya berhubung isu bahasa Inggeris
Chong Eng terus membidas Abu Zahar.
Dengan nada marah beliau berkata perlakuan seorang mangsa rogol tidak boleh
dipersoalkan.
"Gadis yang dirogol di pusat tahanan dan kemudian dihantar ke Filipina ituadalah seorang 'is not a good character'?" soalnya kepada dewan.
Ketika ini juga dewan menjadi kecoh seketika sehingga Timbalan Speaker Dewan
Rakyat Dato' Lim Si Cheng menegur kedua-dua wakil apabila Abu Zahar turut
bangun mempertahankan kenyataannya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke