SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI SELANGOR Kesal pimpinan kerajaan membisu
Wednesday, October 23 @ 13:10:25 MYT


Oleh SAIDATUL AMANI
SHAH ALAM, 23 Okt (Hrkh) - Ketua Pembangkang Dun Selangor, Dato' Dr Hassan
Mohd Ali kesal dengan sikap Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad;
Timbalannya, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Badan Pencegah Rasuah
(BPR) yang masih belum membuat kenyataan berhubung aduan salah laku rasuah
yang melibatkan pimpinan tertinggi kerajaan Selangor.

Menurut beliau, sudah setahun lebih aduan dibuat oleh Ahmad Lutfi Othman dan
Adun pembangkang (PAS) kepada BPR di Putrajaya, tetapi sehingga kini tiada
tindakan yang diambil.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perbahasan belanjawan 2003 di Dewan
Undangan Negeri Selangor, semalam.
Katanya, selagi imej kepimpinan tertinggi kerajaan Selangor tidak
dibersihkan, maka sukar bagi negeri itu membangunkan negeri itu walaupun
dengan peruntukan besar s! ebanyak RM 1. 04 billion.
"Saya mengingatkan dewan tentang kes pengeluaran tanah sebanyak 400 hektar
kepada syarikat yang sama, meluluskan pemasangan paip air dari Semenyih ke
Banting dengan harga RM82.34 juta, membekalkan peralatan paip untuk Jabatan
Bekalan Air (JBA) Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong
Karang (Jet Sdn. Bhd), meluluskan kawasan balak di Kompasman 78 hutan Ulu
Langat serta meluluskan projek membina jalan dari Sekinchan ke Jalan Sungai
Haji Dorani," katanya.
Beliau menegaskan, kesemua kes tersebut merupakan inti aduan yang
disampaikan kepada BPR sebelum ini.
Hassan seterusnya berkata apabila sesuatu tuduhan dibuat terhadap PAS, maka
pimpinan Umno cepat mengambil tindakan tetapi apabila perkara itu berlaku
kepada pimpinan nya sendiri, pimpinan besar negara hanya mendiamkan diri.
Selain itu beliau mengingatkan bahawa Selangor bakal merupakan negeri yang
paling maju menjelang tahun 2005, tetapi dalam m! enuju kemajuan itu, masalah
kemiskinan yang menimpa rakyat masih tidak dapat diatasi.
Beliau berkata, di kawasan Sungai Burong terdapat lebih sepuluh keluarga
yang hidup dalam kemiskinan dengan rumah tiada tandas, bilik air, bekalan
letrik dan paip air.
"Sebagai Adun saya tidak mendapat peruntukkan daripada kerajaan negeri untuk
memberi bantuan kepada rakyat yang miskin. Sebaliknya saya terpaksa
menghulurkan bantuan kepada rakyat dengan pertolongan kawan-kawan daripada
pembangkang," ujarnya.
"Bagi tahun 2003, Selangor mempunyai matlamat membasmi kemiskinan, tetapi
saya fikir kemiskinan tidak akan selesai sekiranya cara pemikiran pimpinan
kerajaan negeri tidak berubah," tegasnya.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Y! Web Hosting - Let the expert host your web site

Kirim email ke