Date: Thu, 14 Jun 2001 17:29:43 +0800

Ustazah Fatimah minta wanita BA turun ke Putrajaya
Oleh Saidah Hairan
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah
Fatimah Ibrahim berharap pergerakan wanita Barisan Alternatif menyertai
bantahan ISA di pejabat Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya esok.Bantahan
ISA esok anjuran Dewan Muslimat PAS Pusat.
Ia dijadual pukul 2.30 petang dan kemuncaknya ialah penyerahan memorandum
kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Muslimat PAS dan sesiapa yang ingin mengiringi delegasi penyerahan
memorandum itu diminta berkumpul di masjid Putrajaya pukul 2 petang.
Menurut Ustazah Fatimah penyertaan wanita Barisan Alternatif bersama
muslimat PAS ialah tanda "bantahan berterusan wanita terhadap ISA dan
tindakan kerajaan menahan aktivis politik menggunakan akta itu".
Tindakan ini, kata beliau, "amat memalukan dan menjatuhkan maruah negara
yang mempunyai kedaulatan undang-undang! , peraturan dan perlembagaan."
"Muslimat PAS Pusat membantah keras ISA yang diamalkan oleh kerajaan Barisan
Nasional bagi mengugut rakyat yang bersuara menuntut kebebasan," katanya.
Menurut beliau, penghantaran memorandum esok boleh dilihat sebagai "susulan"
kepada usaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Sabtu lalu yang dihalang polis.
Sabtu lalu ratusan polis dikerah untuk menghalang penyerahan memorandum
bantahan ISA kepada Abdullah di kediamannya di Jalan Bellamy di ibu negara.
"Ini merupakan langkah pertama muslimat PAS dan selepas ini kita akan
mengadakan program menziarahi keluarga tahanan ISA bagi memberi sokongan dan
semangat dalam meneruskan perjuangan menegakkan keadilan," ujarnya.
Ini kerana kata beliau, golongan muslimat lebih memahami perasaan isteri
dalam menguruskan anak-anak apabila suami mereka ditahan dibawah ISA.
Comments ? E-mail Us



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do You Yahoo!?
Yahoo! Buzz Index - Spot the hottest trends in music, movies, and more.

Kirim email ke