Wanita BN ditempelak dengan isu rogol
Wednesday, October 16 @ 16:29:04 MYT


Oleh Salmiyah Harun
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Hrkh)-Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) menyelar tindakan
Kerajaan Barisan Nasional yang tidak mahu bangkit mengajak kaum wanita agar
bersatu membawa perogol ke muka pengadilan dan membela nasib wanita yang
menjadi mangsa keganasan kaum lelaki.

DUPP dalam kenyataannya memandang berat beberapa masalah rogol dan kegiatan
maksiat yang berlaku di Selangor, misalnya kejadian rogol yang berlaku di
Kajang baru-baru ini apbila bekas banduan telah merogol seorang pelajar
sekolah di siang hari.
Menurut Setiausaha DUPP, pihaknya yakin jika ditanya kepada keluarga mangsa
berkenaan berhubung hukum yang patut dikenakan kepada perogol, sudah
semestinya keluarga berkenaan mahu perogol dijatuhkan hukuman hudud dan
qisas.
"Hukuman itu setimpal dengan jenayah yang dilakukannya, benarlah apa yang
telah ditetapkan oleh Alla! h dalam Al Quran tentang jenayah yang dikenakan
adalah hukuman Hudud dan Qisas," kata DUPP dalam satu kenyataan hari ini.
Pihak DUPP juga sedang menunggu tindakan yang akan diambil oleh Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas seorang pegawai polis yang terlepas dari
hukuman rogol.
Pihak DUPP juga berharap agar Kerajaan Terenggau mempercepatkan langkah
pelaksanaan hukum hudud dan Qisas demi kebaikan rakyat negeri itu yang
terdiri dari penduduk Islam dan bukan Islam.
Sementara itu, Adun Kajang, Dr Syafie Abu Bakar pula berkata, beliau
melahirkan rasa dukacita atas kejadian yang menimpa pelajar berkenaan yang
sedang menghadapi peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).
Kata Dr Syafie dalam satu kenyataan baru-baru ini, tali yang ada bersama
mangsa adalah bertujuan mengikat mangsa menunjukkan perbuatan jenayah itu
adalah sesuatu yang dirancang oleh penjenayah.
"Kewujudan penjenayah sedemikian sangat membahaya orang ramai khu! susnya anak
gadis, apa lagi penjenayah adalah bekas banduan yang sebelumnya telah
melakukan beberapa siri jenyah," katanya.
Tambahnya, tempat yang menjadi punca jenayah dan maksiat seperti
premis-premis video games, snooker haram dan kelab malam hendaklah
dihapuskan.
> ATTACHMENT part 2 application/x-microsoft-ole-object name=Picture



COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COM



Do you Yahoo!?
Faith Hill - Exclusive Performances, Videos, & more
faith.yahoo.com

Kirim email ke