*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang mati, 13 cedera dalam
pergaduhan akibat dendam


GAMBAR KIRI: Seorang anggota polis memegang senjata-senjata yang dirampas
dalam pergaduhan di Taman Desaria, Jalan Klang Lama Kuala Lumpur semalam. -
GAMBAR KANAN: Dr. Mohamad Khir Toyo melihat kecederaan yang dialami oleh
salah seorang penduduk yang menjadi mangsa pergaduhan di Taman Desaria, Jalan
Klang Lama Kuala Lumpur semalam.


PETALING JAYA 9 Mac - Dendam akibat salah faham di rumah
kenduri kahwin dan kematian di Taman Desaria, Jalan Klang Lama
minggu lalu, mencetus semula pergaduhan tengah malam tadi yang
mengakibatkan seorang terbunuh, dua cedera parah dan 11 cedera
ringan.

Pergaduhan berlaku apabila pihak-pihak tertentu dikatakan
menyebarkan khabar angin berbau perkauman sehingga
menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi tegang.

Serentak itu, polis menggerakkan dua platun Pasukan Gerak Am
(PGA) bagi membantu satu platun Unit Simpanan Persekutuan (FRU)
dan 400 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya
bagi mententeramkan keadaan di situ.

Ia membabitkan kawasan Kampung Medan, Kampung Lindungan
Jaya dan Taman Datuk Harun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Sheikh
Mustapha Sheikh Ahmad berkata, mangsa yang terbunuh dikenali
sebagai Sega mengalami cedera parah di bahagian kepala akibat
ditetak dengan parang.

Ekoran kejadian itu, polis menahan lapan penduduk di taman
perumahan itu bagi membantu siasatan.

``Kita menambah dua platun lagi iaitu kira-kira 70 anggota bagi
memastikan kawasan ini selamat,'' katanya kepada pemberita di sini,
hari ini.

Sebelum itu Sheikh Mustapha bersama 5Menteri Besar Selangor,
Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo mengadakan lawatan ke Kampung
Lindungan Jaya bagi meninjau penduduk kampung yang terlibat.

Turut hadir semasa lawatan itu ialah Ketua Polis Selangor, Datuk Nik
Ismail Nik Yusoff dan Ketua Siasatan Jenayah Selangor, Datuk
Mangsor Ismail.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 malam semalam,
sebuah kereta di Taman Desaria, Kampung Medan pecah cerminnya
akibat dilastik dengan batu.

Ekoran daripada insiden itu, berlaku pergaduhan yang serius
sehingga merebak ke beberapa kawasan perumahan berhampiran.

Mengulas kejadian yang berlaku malam semalam, Sheikh Mustapha
berkata, pergaduhan yang pada mulanya kecil itu berlarutan sehingga
ke tengah malam.

``Bagaimanapun, polis dengan bantuan Unit Simpanan Persekutuan
(FRU) berjaya mengawal keadaan pada pukul 12 tengah malam dan
keadaan kembali pulih pada pukul 2 pagi,'' katanya.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati pergaduhan itu
merebak kerana khabar angin yang disebarkan oleh orang-orang
tertentu.

Sheikh Mustapha berkata, pihaknya juga percaya perbuatan
menyebarkan khabar angin itu dilakukan oleh orang luar yang berada
di luar perkampungan itu.

``Kumpulan itu dipercayai cuba mengambil kesempatan menabur
fitnah bagi mencetuskan pergaduhan,'' katanya.

Justeru beliau berkata, pihak polis memberi jaminan akan mencari
mereka yang terlibat dalam menyebarkan khabar-khabar angin itu
sehingga ke akar umbi.

Difahamkan, pergaduhan di kawasan perumahan itu pernah berlaku
pada tahun 1999 dan kali terakhir pada 4 Mac lalu mengakibatkan
sebuah keluarga pengantin dan sebuah keluarga kematian.

Ketika ditanya sama ada kejadian yang berlaku malam semalam ada
kaitan dengan peristiwa 4 Mac lalu, Mustapha menolak kemungkinan
itu.

Sementara itu, Sheikh Mustapha meminta semua penduduk kampung
di kawasan itu supaya bertenang bagi membolehkan pihak polis
menjalankan siasatan.

Oleh: SHARILFUDDIN SAARI


______________________________________________________________
This email has been sent through 2b at http://www.2bmail.co.uk


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Temingat Di Belantara" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke