Macam stail con artist je...
 
 
Khalid Jafri Guna Alamat Syarikat Lain Untuk Terbit Buku
 
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen Ampang di sini pada Rabu bahawa dia tidak sedar mengenai penerbitan buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" menggunakan alamat pejabatnya.


Ramli Abdullah, 63, pengerusi syarikat Arteesee Enterprise berkata beliau hanya mengetahuinya apabila alamat itu disiarkan di televisyen dan akhbar.

Katanya beliau tidak tahu bagaimana penerbitan itu dibuat dan nama syarikat media Pulau Lagenda yang digunakan dalam buku itu.

"Alamat itu, syarikat saya punya, tapi syarikat itu (Pulau Lagenda) saya tidak tahu," kata Ramli ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes penulis buku Khalid Jafri yang dituduh dengan niat jahat menulis buku "50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM," yang dikatakan mengandungi berita palsu di muka surat 29 buku itu.

-- BERNAMA

Kirim email ke