*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
         UNDILAH PAS DAN BARISAN ALTERNATIF
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum WBH

Malam tadi ana dengar kuliah Sdra Zulkifli Nordin di Masjid Al Ittisam, 
TTDI Jaya Shah Alam. Kuliah bermula dgn tajuk isra' mikraj and berkembang 
hingga ke kisah pengisytiharan Malaysia negara Islam ( di sahkan oleh Samy 
Vellu & Lim Kheng Yaik) oleh KERAjaan BN sebagaimana yang kita telah 
maklum. Sdra Zulkifli menerangkan, utk sessi parlimen kali ini, ahli 
parlimen PAS telah menghantar soalan bertulis kepada Jabatan Pendaftaran 
Negara (JPN) yang menanyakan tentang

1) Jumlah permohonan dari orang islam yang di terima utk menukar nama 
dalam kad pengenalan atas alasan menukar agama

2) Jumlah permohonan yang telah diluluskan  

Menurut JPN, jumlah permohonan yang diterima setakat ini ( setakat bila 
tak diceritakan oleh sdra Zulkifli) ialah 13,700 kes dan jumlah permohonan 
yang telah di luluskan ialah 795 kes. Astaghfirullah.. itulah yang ana 
dengar dari mulut jemaah2 yang ada di kiri kanan ana. 

Majority yang murtad itu menggunakan undang-undang malaysia sendiri yg. 
membenarkan sesiapa saja yang berumur atas 18 tahun untuk menganut agama 
yang disukai. Sdra Zulkifli juga bercerita tentang peristiwa di parlimen 
dimana ketika Tuan Guru Haji Hadi cuba membawa usul utk meminda undang2 
malaysia utk menghalang orang islam dari murtad, Tuan Guru Haji Hadi telah 
di sorak dan di boo oleh ahli2 parlimen BN termasuklah dari sebuah parti 
melayu... malang sungguh puak2 ni... and malang jugak orang2 islam yang 
menghantar mereka ini ke parlimen...     

Wal'iyazabillah.. sama2 lah kita memohon perlindungan kepada Allah SWT 
dari di timpa fitnah yang sangat besar ini. 

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: mohd ariff <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke