>>>>>>
``Murid-murid itu ialah Tan Ju Shua dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang, Lim Chern Wei dari SRJKC Lick Hung, Selangor dan Chuah Wei Jian dari SRJKC Keat Hwa, Kedah,'' katanya.
>>>>>
 
Cuba perhatikan, kesemua murid-murid terbaik dari Malaysia adalah dari SRJK Cina. Saya pernah diberitahu oleh kenalan berbangsa Cina iaitu tahap matematik Tahun 1 di sekolah SRJK Cina sama dengan tahap matematik Tahun 3 disekolah kebangsaan.
 
Bagaimana anak-anak murid melayu nak maju sedangkan tahap pendidikan disekolah kebangsaan (yang mana kebanyakan pelajarnya adalah melayu) jauh ketinggalan berbanding dengan tahap pendidikan di SRJK Cina?
Ketinggalan anak-anak melayu tidakkah akan mencerminkan nasib mereka akan datang?
 
Dan kenapa pemimpin-pemimpin kita asyik menyalahkan masyarakat melayu sedangkan mereka (pemimpin yang juga melayu) tidak meletakkan keutamaan kepada sistem pendidikan kita???
(Sila lihat e-mail bertajuk: RE: H-Net* Mahader hina melayu lagi bertarikh 20-Julai-2001).

Murid-murid Malaysia tempat keempat terbaik pertandingan matematik

SEPANG 22 Julai - Pasukan Murid-Murid Malaysia menduduki tempat keempat terbaik di dunia dalam Pertandingan Matematik Antarabangsa Sekolah Rendah Po Leung Kuk 2001, Hong Kong, baru-baru ini.

Juara dimenangi oleh pasukan Sofia dari Bulgaria, kedua daripada pasukan Texas, Amerika Syarikat dan ketiga oleh pasukan Bulgaria B.

Jurulatih pasukan negara, Yusri Bappu, berkata, tiga daripada lapan peserta negara berjaya menduduki tempat Ketiga Kepujian peringkat Persembahan Individu dalam pertandingan yang bermula 15 Julai lalu.

``Murid-murid itu ialah Tan Ju Shua dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Kwang Hwa, Pulau Pinang, Lim Chern Wei dari SRJKC Lick Hung, Selangor dan Chuah Wei Jian dari SRJKC Keat Hwa, Kedah,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan sewaktu ditemui sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam tadi.

Pertandingan tahunan ini, katanya disertai oleh 29 pasukan daripada 16 buah negara sementara Malaysia menghantar dua pasukan iaitu Malaysia A dan B dengan masing-masing dianggotai oleh empat peserta.

Kesemua peserta negara, katanya, merupakan murid tahun enam daripada lapan buah sekolah rendah seluruh negara yang dipilih selepas melalui tiga peringkat saringan bermula dengan 70 orang pada Mei tahun lalu.

Selepas itu, fasa kedua menyaksikan hanya 50 orang peserta berjaya dan pada fasa ketiga hanya 36 orang sebelum Kementerian Pendidikan menyenarai pendek lapan orang sahaja yang terbaik bagi mewakili negara ke pertandingan itu.

Kebiasaannya, Kementerian Pendidikan akan memilih para peserta untuk tahun akan datang bermula Mei tahun sebelumnya memandangkan pertandingan berprestij itu berlangsung sekitar bulan Julai setiap tahun.

``Lebih menarik buat kali pertama, selain tujuh orang peserta keturunan Cina, seorang peserta Melayu turut terpilih mewakili negara iaitu Haider Hashamuddin dari Sekolah Kebangsaan Seafield di Subang, Selangor,'' katanya.

Menurutnya, semangat kerjasama berpasukan yang cukup tinggi pada setiap peserta negara membolehkan pasukan negara menduduki tempat keempat terbaik di dunia selain merupakan pasukan terbaik di rantau Asia Tenggara.

Turut mengiringi mereka ialah panel hakim, Heng Kow Keah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Petani, Kedah; Tan Goon Sim dari SMK Tanjung Sepat, Selangor dan jurulatih Mohd. Zainol Ahmad dari Jabatan Pendidikan Selangor.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2001&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Kirim email ke